BAB 4

111 4 0
                                    

Bab 4

Hari ni mood aku macam tak berapa nak ada bila pagi-pagi lagi Qistina dah tanya pasal kekasih aku yang tak wujud tu. Dia tanya kerja apalah, umur berapalah. Macam detektif dah dia tu. Aku pun jawab jelah ikut yang terlintas di kepala aku ni. Farahana awal-awal pagi dah keluar. Sarapan dengan kesayangan dia, Faliq. Hari ni pergi tempat kerja tumpang Arfan sebab kereta Farahana bawa. Aku pun selama ni menumpang je. Kalau tak kereta Fana, aku tumpang kereta Arfan. Paling-paling pun aku naik teksi tak pun bas.

"Eh Nur.. Qis cerita, kau dah ada boyfriend eh.. Tak share pun dengan aku kan.."
Tiba-tiba Arfan buka topik. Aduh aku jadi kekok pula bila cerita bab ni. Qistina tu pun satu hal kalau boleh semua benda dia nak cerita dekat Arfan.
"Takdelah.. Aku cuma malas nak kecoh kecoh je.."
Balas aku. Jawapan playsafe.
"Eleh kau ni kedekutlah.. Kalau tak pun tunjuklah gambar ke.."
Tambah Arfan lagi. Eh eh dalam hati aku ni rasa macam nak tumbuk je muka mamat ni tapi aku tahan je.
"Biarlah suprise.. Takut nanti tak jadi pulak kan.."
Aku bagi jawapan selamat lagi.
"Kau ni terbawa-bawa sangat dengan kisah Luth tu.. Lelaki tak semua sama lah.. InshaAllah ada jodoh tu tak ke manalah.."
Tambah Qistina pula. Aku sekadar sengih. Cepatlah sampai pejabat. Aku malas nak jawab segala soalan siasat dua pasangan ni.

Sedang aku khusyuk buat kerja, Encik Azhar datang menghampiri aku. Mulalah aku gelabah. Aku ni dah lah cepat gelabah. Aku risau kalau kalau aku ada buat salah. Aku menanti butir-butir kata dari bibir Encik Azhar.
"Annur.. Esok awak ditugaskan untuk pergi event Projek Buku di Ipoh ya dua hari..so esok tak perlu masuk pejabat.."
Ujar Encik Azhar. Aku lega. Ingatkan apalah tadi.
"Saya sorang ke cik?"
Soal aku. Aku ni lagi gelabah kalau sorang-sorang.
"Awak dengan staf yang lama tiga orang.."
Balas Encik Azhar. Aku angguk. Fuhhh lega. Kalau aku sorang mau tunggang terbalik both kami nanti.

Malam itu aku kemas beg untuk ke Ipoh. Seronok juga kerja luar. Duduk kat pejabat tu hadap laptop dua puluh empat jam boleh berputar kepala aku. Qistina dan Farahana membantu aku menyusun pakaian dan barang keperluan.
"Best lah kau dapat kerja luar. Patut aku dengan Fana yang patut pergi tau sebab kami bahagiakan management.."
Qistina memuncung. Aku sengih jelah. Dah Encik Azhar pilih aku nak buat macam mana.
"Alaa nanti ada event lain, Encik Azhar pilih korang pulak.."
Balas aku.
"Eh Nur kau taknak tunjuk ke gambar boyfriend kau?"
Kali ini soalan itu keluar dari bibir Farahana pula.
"Asik nak tengok boyfriend aku je kan.. Dah takde takde.. Rahsia.."
Balas aku macam biasalah.
"Nanti dah tiba masanya sampailah kad kahwin masa tu nanti korang datang majlis aku tatap puas-puas muka dia.."
Tambah aku lagi. Farahana dan Qistina saling berpandangan. Mengajuk aku.
"Yelah.. Haaa kau nanti kat Ipoh tu elok-elok jaga diri.."
Pesan Farahana. Farahana memang sweet sikit. Tu yang aku paling suka kat dia. Manis macam gula-gula!

Thaqif lega kerana hari ini tidak didatangi gadis psiko dan gila yang sering menganggu hari-harinya. Dah taubat kot hantar bunga kat diri sendiri. Aman sikit hidup aku. Tak sangka orang macam ni pun wujud. Telefon bimbit Thaqif berbunyi. Panggilan dari ibunya. Segera Thaqif menjawab.
"Qif tengah kerja ke?"
Soal ibunya, Puan Aqeela.
"Datang hospital sekarang.."
Balas Puan Aqeela. Thaqif sedikit terperanjat.
"Kenapa bu?"
"Dania masuk hospital lagi ni.."
Segera Thaqif mematikan panggilan telefon. Berlari mendapatkan Kak Lin di belakang.
"Kak Lin saya balik awal boleh? Tunang saya masuk hospital.."
Ujar Thaqif tergesa-gesa.
"Haaa awak baliklah dulu, Kak Lin jaga kedai.."

Hari pertama di Ipoh. Seronok. Tugas aku cuma jaga both dan melayan pelanggan yang datang dan bersoal tentang buku-buku yang kami pamerkan. Antaranya ialah karya-karya Faizal Tehrani, Hisyam Badrul, Daniyal Kadir dan ramai lagi. Seseorang yang amat aku kenali menghampiri both kami. Aku cuma mengecam. Ini bukan ke girlfriend Luth dulu? Si Nazeera? Dia berkepit dengan siapa pula ni? Aku saja buat-buat tak kenal. Memang tak kuasalah aku nak tegur. Dulu dia siap hina, maki aku lagi sebab nak kat boyfriend dia yang kaki penipu tu. Aku ingatkan dia tak perasan aku yang berdiri tegak depan dia ni, alih-alih dia yang tegur aku dulu.
"Annur kan?"
Soalnya dengan senyuman melebar. Aku balas dengan anggukan acuh tak acuh.
"Aku dah tunang sekarang. Ni tunang aku. Azam.."
Aku mengangguk lagi. Aku tak tanya apa-apa pun. Mungkin dia nak show off tunang dia kot. Bolehlah tahan. Kacak.
"Btw, kau bolehlah tackle Luth semula.. Taknak aku kat dia dah.. Penipu, bukan ada duit sangat pun.. Kau yang nak dia sangat dulu kan.."
Sempat pula dia buka cerita lama kat sini. Rasa macam nak bagi tumbukan padu sedas tapi aku cuba untuk bersabar. Nasib baik Abang Zahid datang menyampuk.
"Haaa ni buku baru.. Baru je kami terbitkan.."
Abang Zahid mempromosikan karya-karya batu terbitan syarikat kami kepada Nazeera. Fuhh! Lega. Aku terus menapak ke belakang. Malaslah nak layan. Buat pening kepala otak buat sakit hati je.

Dania. Tunang Thaqif. Sudah satu tahun mereka mengikat tali pertunangan. Dania menghidap penyakit jantung berlubang. Sejak kebelakangan ini Dania nampak sihat saja. Sebelum sebelum ini Dania memang biasa dikejarkan ke hospital kerana kesesakan nafas tapi kali ini keadaan Dania kelihatan lebih parah daripada sebelum ini. Setibanya di hospital, Thaqif terperanjat melihat keadaan Dania yang hanya bernafas menggunakan alat bantuan hospital. Ibunya sedang memberikan kata-kata semangat di samping Dania. Dania anak yatim piatu. Hanya menumpang kasih sayang Puam Aqeela dan Thaqif. Dania menoleh ke arah Thaqif perlahan-lahan. Dia mencapai sehelai kertas di atas meja bersebelahan katilnya. Thaqif menghampiri perlahan. Kertas yang dilipat kecil itu dihulurkan kepada Thaqif.
"Bertahan sayang.. Awak kuat.."
Bisik Thaqif. Dania melemparkan senyuman sambil air ayahnya mengalir perlahan. Perlahan-lahan matanya terpejam. Thaqif dan ibunya saling berpandangan. Thaqif mengesat air matanya yang mengalir.

"Awak terima kasih terima saya walaupun awak tau saya tak sempurna.. Saya ni orang berpenyakit, saya tak mampu nak bergerak aktif macam orang lain.."
Kata-kata Danja melintas laju dikotak fikiran Thaqif.
"Saya janji saya akan kuat untuk awak dan majlis perkahwinan kita nanti akan jadi majlis yang paling bahagia untuk kita.."
Kata-kata Dania bagaikan hilang dibawa angin. Ya Allah, jika benar kau sayangkan dia, kau ambillah dia, kau redhakanlah hatiku.

KEKASIH YANG TAK WUJUDWhere stories live. Discover now