Hari ini aku pulang ke rumah aku. Aku tidak mahu menyusahkan Makcik Jamilah dan Pakcik Hasnul. Aku cuba positif dan beranggapan bahawa tiada apa yang akan berlaku ke atas diriku. Aku yakin dan aku pasti. Lagi pun aku bosan di rumah Makcik Jamilah. Sudah dua hari aku tidak berniaga. Duit pun tak masyuklah. Aku harap aku diterima bekerja di Read And Eat Cafe tu tak lama lagi. Aku menghidupkan komputer ribaku. Masa untuk menaip.
Andai waktu dapat diputar semula, aku mahu sentiasa menjadi anak kecil. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Yang hanya tahu ketawa tanpa sebarang masalah dan kerunsingan jiwa.
Aku menekan butang publish. Malamku hanya ditemani bunyi cengkerik. Kopi panas di sebelah meja kuhirup perlahan. Bunyi ranting kayu seakan-akan dipijak membuatkan aku terjeda daripada terus mengupdate blogku. Jantung ku berdegup kencang. Apa lagi kali ni? Allahu. Aku perlahan-lahan menuju ke arah tingkap yang terkuak luas. Tanganku menggeletar. Lututku lemah hendak melangkah. Setiba sahaja ditingkap aku terus menarik dan mengunci laju. Aku tidak mahu mengintai siapa yang ada di luar. Aku takut. Aku terus berlari ke kamarku. Mengunci pintu bilik. Aku melihat sekeliling kamar. Jantung ku semakin laju. Bunyi tapak kasut menghampiri kamarku. Nafasku turun naik. Aku seakan-akan semakin sukar bernafas. Laju tanganku mencapai telefon bimbit menelefon Makcik Jamilah. Aku berbisik berbual diganggang telefon. Takut perbualanku didengar oleh makhluk di luar rumahku itu. Makcik Jamilah bilang sebentar lagi dia tiba bersama Pakcik Hasnol. Aku memeluk tubuh. Terpuruk di hujung katil. Menanti Makcik Jamilah dan Pakcik Hasnol tiba. Tingkap ku seolah-oleh sedang dicungkil sesuatu. Terbuntang mataku memandang ke arah tingkap bilik ku itu. Jangan! Jangan! Hatiku berkata. Nafasku bagaikan mahu terhenti. Tiba-tiba perlakuan itu terhenti dan pintu hadapan rumahku diketuk. Aku dengar suara Makcik Jamilah dan Pakcik Hasnol di hadapan rumah. Aku berlari keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Pintu dibuka. Sebaik sahaja pintu terbuka, aku terus memeluk Makcik Jamilah di hadapanku. Lega rasanya. Mahu tidak mahu, malam itu aku terpaksa juga bermalam di rumah Makcik Jamilah. Pintu rumah ku kunci rapi. Barang berharga ku bawa bersama.
"Tadi pakcik nama kereta saga merah pergi bila kami sampai. Laju je kereta tu.."
Ujar Pakcik Hasnol sambil memandu menuju ke rumahnya. Aku yang sedang ketakutan itu sekadar menelan air liur.
"Bahayalah Nur. Kan dah lama makcik cakap tidur je dengan rumah makcik. Tak pun kamu kahwin.. Selamat sikit diri tu.."
Tambah Makcik Jamilah. Otakku tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku tidak dapat berfikir pada ketika itu. Ketakutan masih menyelubungi diriku. Siapakah insan yang sentiasa mengganggu hidupnya itu? Luth? Adakah dia Luth?Aku tidak berani keseorangan lagi. Pagi itu aku ikut Makcik Jamilah ke kedai. Apa salahnya bantu Makcik Jamilah berniaga. Sedang aku mencuci pinggan mangkuk di belakang kedai, telefon bimbitku berbunyi. Panggilan daripada nombor yang tidak aku kenali. Aku lap tanganku pada apron lalu menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Cik Annur Shauqiya ya?"
Soal suara halus seorang wanita itu.
"Ya saya.. Siapa ya?"
Soalku semula.
"Ini panggilan dari Read And Eat Cafe. Cik Annur diterima bekerja. Esok boleh start. Jam sembilan pagi ya.."
Alhamdulillah! Hatiku menjerit. Akhirnya!
"Baik cik.. Terima kasih.."
Balasan sambil menamatkan panggilan telefon dengan senyuman melebar.Tiba-tiba Thaqif menyelinap diingatanku. Kena bagitau Thaqif ni! Tapi Thaqif ni macam chipsmore laa kejap ada kejap takde. Semalam takde pula dia whatsapp aku. Pelik... Nak bagitau ke taknak ye? Arghh biarlah.. Aku biarkan saja ego menguasai diriku.
Kak Lin hairan. Thaqif sering menulis pada kad kecil itu. Setiap minggu Kak Lin terpaksa menempah kad itu disebabkan hampir habis digunakan oleh Thaqif. Kak Lin memerhati dari jauh. Siap menulis, Thaqif memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Setiap hari, itulah perbuatan yang akan diulang oleh Thaqif. Kak Lin cuba menghampiri dan menyapa.
"Thaqif okey hari ni?"
Soal Kak Lin. Thaqif segera menoleh. Menolak kotak tadi ke dalam meja kaunter. Thaqif melempar senyuman.
"Okey je kak.. Kenapa?"
Balas Thaqif.
"Akak tanya jangan terasa pula ya?"
"Apa tu kak?"
"Dah boleh lupakan Dania?"
Soal Kak Lin lembut. Thaqif senyum.
"Memang susah kak. Tapi saya cubalah ni.."
Thaqif balas dengan senyuman. Nampak macam dah move on. Mata Thaqif tak nampak berkaca dan sedih langsung.
"Baguslah.. Nak lagi senang, cari je orang baru.."
Kak Lin berseloroh. Thaqif sekadar sengih.
"Akak keluar kejap tau.. Amik anak sekolah. Jaga kedai elok-elok.."
Kak Lin berlalu meninggalkan Thaqif sendirian."Mak Uda!!!!"
Kedengaran suara seseorang di depan kedai. Bergema ke gegendang telingaku. Siapa pula ni? Orang dah nak tutup kedailah! Kalau nak datang, datanglah awal awal pagi. Aku selesai mencuci dan menghabiskan pinggan terakhir. Aku lap tanganku yang basah pada apron. Aku mengatur langkah ke hadapan mahu melihat siapa gerangan yang menyibuk waktu-waktu begini. Pakcik Hasnol dan Makcik Jamilah kelihatan mesra berbual dengannya. Aku cuba menghampiri.
"Haaaa.. Along, ni Nur.. Kira anak angkat Mak Uda dengan Pak Uda jugaklah.. Dia sebatang kara.."
Perkenal Makcik Jamilah. Aku melemparkan senyuman. Lelaki di hadapan aku itu turut melemparkan senyuman. Manis. Rambutnya yang ikal mayang membuatkan dia kelihatan baby face gitu.
"Ni anak sedara makcik.. Ameer namanya.. Baru balik dari Sabah.. Tentera.. Baru habis latihan kat sana.."
Aku menelan air liurku. Ameer? Ini nama kekasih tak wujud yang aku cipta. Aku mengangguk.
"Eh jomlah balik. Kita masak-masak lepas tu makan tengahari sekali.."
Ujar Pakcik Hasnol.
"Haaa jomlah.."
Makcik Jamilah mengangkat bakul-bakul dan bekas makanan yang habis dijual. Aku turut membantu. Ameer mengekori dari belakang.
YOU ARE READING
KEKASIH YANG TAK WUJUD
RomanceAnnur Shauqiya. Kehilangan ibu dan ayah. Kesepian dan kesunyian. Farahana dan Qistina sahabat karib yang masing-masing sudah mempunyai pasangan. Turut ingin merasakan diri disayangi, Annur menempah bunga dan coklat buat dirinya sendiri. Kononnya su...