Bab 2
Tepat pada waktunya. Thaqif tiba di saat Qistina pulang ke rumah. Aku mengintai dari dalam rumah. Qistina sedang menuju masuk ke dalam rumah. Segera aku berlari duduk di sofa. Konon-konon tak tahu apa yang berlaku di luar rumah.
"Nur, ada orang delivery bunga untuk kau la.. Kau dah ada boyfriend ek? Tak bagitau pun kan.."
Qistina menjenguk di pintu rumah. Aku bingkas bangun. Membalas pertanyaan Qistina dengan senyuman lebar. Aku menuju ke arah mat bunga di luar pagar rumah itu.
"Jadi awaklah Annur?"
Soal Thaqif. Mungkin sekarang dia tengah fikir aku ni gila. Peduli apa aku. Aku meletakkan jari telunjukku dibibir minta Thaqif diam. Psiko gila perempuan ni. Order bunga untuk diri sendiri. Orang macam ni pun ada ke? Bisik hati Thaqif. Sebaik sahaja aku selesai menandatangani buku penghantaran itu, Thaqif terus berlalu. Seram sejuk pula rasanya.Apa lagi, jadi bualanlah kejadian siang tadi. Sebaik sahaja Farahana tiba di rumah, Qistina terus ajak bergosip. Berkali-kali tanya aku siapa boyfriend aku tu tapi aku cuma katakan ianya rahsia. Memanglah kena rahsiakan, siapa pula pakwe segera yang aku nak rembat sekarang ni. Kerja gila kau buat ni Annur Shauqiya.
"Kalau rahsia.. Bagitau nama dia je.. Nama dia.."
Ujar Farahana.
"Nama ek.. Nama dia.. Ameer..."
Aku main sebat je nama tu. Nama tu je yang terlintas kat kepala otak aku ni. Nasiblah siapa siapa yang nama Ameer tu.
"Siapa dia tu? Macam mana kau kenal?"
Soal Qistina pula. Dia tu memang kalau dia nak tau memang dia korek sampai dapat.
"Dia senior sekolah aku.. Tu jelah.."
Aku teruskan pembohongan. Aku bingkas bangun. Tak mahu teruskan penipuan ini. Lagi lama aku dengan makcik makcik ni lagi banyak penipuan aku bakal terjadi nanti.
"Alaaa Nur.. Share la lagi...."
Pujuk rayu Qistina tidak aku hiraukan.Sebelum aku ke tempat kerja sempat aku ke kedai bunga tempoh hari. Flower Sister's. Tu je satu kedai bunga yang aku tau. Kedai bunga lain aku tak tau. Lagi pun kedai ni menyediakan perkhidmatan delivery and diaorang pun buat bouqouet of chocolate. Kali ni aku pesan chocolate pulak. Biar terkejut dua orang makcik makcik tu. Aku dah pesan kat Thaqif hantar tepat waktu lunch nanti takdelah kecoh kat pejabat. Nanti orang cakap budak praktikal over pula. Tepat waktu lunch dan tepat kaki aku bersama Farahana dan Qistina melangkah keluar dari kawasan pejabat, Thaqif tiba membawa jambangan coklat tapi kecik jelah takdelah besar. Maklumlah aku pun takde duit nak beli hadiah mahal mahal untuk diri sendiri.
"Wah... Ada suprise lagi ke Nur.. Sweetnya boyfriend kau.."
Ujar Farahana. Aku sekadar senyum mengangkat kening. Thaqif macam biasalah dengan muka pelik dia tu. Aku rasa aku kena kompromi dengan si Thaqif ni. Kalau tak habis bocor rahsia aku.Hari ni aku kena kerja lebih waktu. Banyak yang kena aku edit. Qistina dan Farahana dah pulang awal. Inilah nasib pelajar intern. Nak tak nak kena hadap juga. Aku melihat jam di tangan. Lagi sepuluh minit pukul sepuluh malam. Aku dah kerja lebih masa ni. Aduh.. Aku nak jumpa Thaqif ni. Kedai bunga tutup pukul sepuluh. Okey sikit je lagi.
Aku ada masa beberapa saat je sebelum kedai tutup tapi malangnya aku nampak kelibat kakak kelmarin sedang memangga kedai. Aku berlari anak. Kakak itu menoleh ke arahku.
"Kedai dah tutup ni dik.."
Ujarnya.
"Saya nak jumpa..aa.. Thaqif.."
Aku cuba untuk mengingat nama mat bunga itu.
"Ooo.. Thaqif kerja sampai pukul enam je.. Malam kakak yang jaga kedai.. "
Balas kakak itu. Aku mengangguk mengerti.
"Takpelah kak.."
Aku berlalu. Macam mana ni.Keesokan harinya. Aku mengambil keputusan untuk tidak makan tengahari bersama Farahana, Qistina dan Arfan. Aku meminta diri dengan alasan mahu makan tengahari bersama buah hatiku sedangkan aku menuju ke kedai bunga untuk bertemu Thaqif.
Aku menolak daun pintu. Ye, kali ini aku bijak. Aku tidak lagi menarik daun pintu yang tertulis tolak. Aku senyum lebar. Thaqif ada di kaunter. Segera aku menuju ke arahnya. Thaqif memandangku hairan. Aku rasa dia ingat aku gila kot.
"Nak tempah bunga untuk diri sendiri lagi ke?"
Soal Thaqif. Aku tak tahulah ini satu perlian atau pun pertanyaan biasa.
"Saya nak minta tolong sikit ni.."
Ujar aku tak tau malu. Walhal aku kenal si Thaqif ni pun tidak. Dengan tak semena-mena aku ajak dia bersubahat. Thaqif mengangkat kepala, ingin tahu apa permintaan aku.
"Tolong rahsiakan benda ni.."
Tutur aku sambil menyusun sepuluh jari. Thaqif menahan tawa lalu melepaskan tawanya. Bergema satu kedai.
"Eee kenapa awak gelak pula.. Saya serius ni.."
Aku tidak mendapatkan sebarang jawapan daripada Thaqif. Thaqif berlalu dari kaunter. Ada pelanggan yang tiba. Aku menoleh ke belakang. Thaqif sibuk melayan pelanggan. Aduh. Dah la perut aku ni lapar tahan tak makan tengahari sebab nak deal dengan kau. Kau gelakkan aku pula. Aku mengomel dalam hati.Selesai makan malam, kami macam biasa berkumpul di ruang tamu sambil sama-sama mengisi buku log harian latihan industri. Sempat Qistina bertanyakan soalan padu pada aku. Tersentak juga aku nak jawab soalan dia tu.
"Nur.. Selalu kan orang kalau bercinta berkepit dengan handphone je. Kau pegang handphone pun tak. On the phone pun tak pernah.. Selalu awal awal macam kau ni lah semua manis.."
Haa sudah! Aku memang not a handphone person. Jarang aku duk hadap handphone walau bosan macam mana pun aku. Aku menang takde siapa nak contact. Nak telefon mak ayah apatah lagi. Macam yang aku cakap aku ni keseorangan. Sunyi sepi. Maka aku bagi soalan selamat.
"Dia busy kerja.."
Aku melihat jam di telefon bimbitku.
"Haaa dia dah habis kerja.. Aku masuk bilik dulu.. Nak on the phone.."
Aku bingkas bangun. Membawa buku log harianku berlalu ke kamar. Menyelamatkan dari daripada di soal lagi banyak. Fuhhh lega rasanya dah dapat bersembunyi dalam bilik.
YOU ARE READING
KEKASIH YANG TAK WUJUD
RomanceAnnur Shauqiya. Kehilangan ibu dan ayah. Kesepian dan kesunyian. Farahana dan Qistina sahabat karib yang masing-masing sudah mempunyai pasangan. Turut ingin merasakan diri disayangi, Annur menempah bunga dan coklat buat dirinya sendiri. Kononnya su...