Bab 6
Aku rasa idea hantar bunga kat diri sendiri dah bosan. Mungkin aku boleh guna cara lain pula. Coklat dah, bunga pun dah. Apa lagi ye? Polaroid! Yes polaroid! Satu buku polaroid! Kali ni mesti manis habis! Potong kaki punya! Cumanya kedai Flower Sister's tu da ke buat perkhidmatan polaroid. Tanpa melengahkan masa aku terus menuju masuk ke dalam kedai bunga itu. Aku dah jadi pelanggan tetap kat situ. Thaqif sah pandang pelik dah. Mungkin dia fikir aku ni memang gila sebab tak berhenti-henti buat kejutan dekat diri sendiri.
"Apa pula kali ni?"
Soal Thaqif.
"Kalau saya nak tempah polaroid ada tak?"
Soal aku pula.
"Kitaorang takde buat perkhidmatan polaroid. Cari kedai lain.."
Balas Thaqif.
"Alaa.. Takkan takde.."
Keningku bertaut. Thaqif menggeleng kepala. Malas nak layan aku agaknya.
"Saya nak bunga ros merah campur dengan bunga ros putih yaa"
Suara seorang lelaki menyelinap ke telingaku. Suara yang amat aku kenali. Aku menoleh ke kiri. Susuk tubuh yang tinggi. Tak sah lagi memang aku kenal. Faliq! Habislah kalau Faliq tanya aku buat apa kat sini. Thaqif baru saja beredar mengambil bunga-bunga yang diminta oleh Faliq.
"Eh Nur.. Buat apa kat sini? Cari hadiah untuk Fana juga ke?"
Soal Faliq. Alamak.. Dia perasan pula. Aku nak kelentong apa ni? Aku sekadar menyengih. Thaqif tiba kembali.
"Bunga ni okey bro?"
Ujar Thaqif. Aku menghembus nafas lega. Perlahan-lahan aku mengundur ke belakang dan terus membuka langkah seribu. Hampir terbongkar rahsia aku.
"Kenal ke perempuan tu?"
Soal Thaqif.
"Kenal.. Kawan girlfriend i.."
Balas Faliq.
"Dia okey tak sebenarnya?"
Soal Thaqif lagi.
"Eh kenapa pula?"
Soal Faliq, kehairanan.
"Dia selalu datang sini.. Tempah bunga untuk diri sendiri.."
Thaqif membongkar rahsia. Thaqif anggap Annur betul-betul gila. Dia berharap dengan menyuarakan kata-kata itu rakan sekeliling Annur dapat menyelamatkannya daripada jauh tersasar. Faliq sekadar senyum kehairanan. Selesai membayar Faliq terus menapak berlalu pergi dari kedai itu.Malam ni Faliq dah janji nak belanja kami semua makan sempena sambut ulangtahun kelahiran Farahana bersama keluarga Faliq. Aku dan Qistina turut dijemput. Siap menghias diri, aku keluar dari bilik. Farahana dan Qistina sudah berlalu keluar dari rumah. Eh, takkan diaorang nak tinggalkan aku. Aku berlari anak mengejar.
"Eh.. Tunggulah aku baru siap.."
Aku mengangkat sedikit kainku supaya pergerakan ku lebih mudah.
"Kau nak ikut? Tak payah.."
Ujar Farahana. Air wajah Farahana dan Qistina berubah ketika itu. Tak macam selalu. Seperti marahkan sesuatu.
"Kenapa? Takkan aku lambat korang marah kot.. Selalu okey je.."
Ujar aku.
"Kau tu penipu kan sebenarnya? Kau tipu aku dengan Qis.. Apalah kau ni.. Betullah orang cakap kau ni memang kurang kasih sayang.."
Aku terlopong mendengar kata-kata Farhana itu. Takkan rahsia aku dah terbongkar kot. Aku sekadar diam. Lidahku kelu. Mataku berkaca.
"Kenapa ye? Kenapa kau sanggup tipu kami? Patutlah selama ni mengelak taknak bagitau.."
Tambah Qistina pula. Aku tidak menjawab. Hanya air mata yang menjawab semua kata-kata yang dilemparkan kepadaku itu.
"Dah laa Nur.. Tak payah menangis sangat. Faliq dah cerita kat aku.. Aku dah lambat dah ni.. Jom Qis.."
Farahana dan Qistina masuk ke dalam perut kereta meninggalkan aku yang kebingungan. Ini semua mesti mat bunga tu punya pasal. Kalau bukan dia siapa lagi yang bongkarkan rahsia aku. Esok pagi pagi aku memang kena bersemuka dengan mamat ni!Qistina dan Farahana sedang bersarapan. Aku cuma melihat dengan hujung mata. Farahana dengan Qistina pula langsung tak pandang aku.
"Lepas ni pergi kerja pergi sendiri lah tau.. Aku taknak kawan dengan penipu.."
Ujar Farahana. Aku tidak menjawab dan tidak menoleh malah terus melangkah keluar dari rumah. Salah aku sendiri juga. Nak tak nak kenalah hadap sendiri. Siapa suruh cari masalah.Tiba sahaja di kedai Flower Sister's, aku terus menuju ke arah kaunter. Nasib baik takde pelanggan lain, senang aku nak serang mamat ni. Kedai nampak macam baru buka. Thaqif pula tengah lepak menikmati nasi lemak. Aku menghampiri.
"Awak ke yang bagitau kawan saya yang saya tempah bunga untuk diri sendiri?"
Ujar aku. Ya aku sedang marah tapi aku tutur dengan nada yang tenang.
"Yelah sebab saya risau tengok keadaan awak ni.."
Balas Thaqif selamber.
"Maksud awak?"
Soal aku.
"Awak ni depress ke? Atau awak kurang kasih sayang?"
Soal Thaqif pula. Aku terkejut mendengar kata-kata itu. Ya. Sejak zaman universiti lagi rakan-rakan menggelarkan insan yang kekurangan kasih sayang tetapi mereka tidak faham. Tiada siapa pun faham keadaan aku.
"Semua orang cakap saya kurang kasih sayang dan semua orang tak faham sebenarnya apa yang saya lalui.."
Balas aku, geram. Aku mengetap bibir menahan air mata.
"Memang saya tak faham.. Kalau ada orang datang nak tempah bunga untuk diri sendiri, awak pun akan anggap dia gila kan?"
Kali ni aku bertambah geram. Jadi, dia nak cakap aku gila?
"Sekarang ni awak nak cakap saya gila lah? Awak memang tak faham sebenarnya.."
"Dan saya taknak faham pun.."
Sebaik sahaja mendengar pertelingkahan itu, Kak Lin muncul dari belakang kedai.
"Kenapa bising-bising ni?"
Soal Kak Lin.
"Entahlah Kak Lin.. Orang gila mana entah ni datang bising-bising.."
Balas Thaqif. Aku memandang marah dan terus berlalu pergi. Tak guna betul.Lagi dua hari je nak habis praktikal. Ya tuhan.. Kau tabahkanlah hatiku. Selama dua hari ni terpaksalah aku naik kenderaan awam. Disebabkan Fana dah haramkan aku naik kereta dia. Nak buat macam mana. Ini semua Mat Bunga tu punya pasal. Geram betul aku dengan dia tu. Fuhh sabar Annur.
Dua hari jugalah aku tak bercakap dengan Qis dan Fana. Langsung tak bercakap walau sepatah pun. Makan pun dah tak sekali. Diaorang pun dah tak pelawa aku makan sekali. Akhir-akhir ni aku banyak beli nasi bungkus je. Makan sorang dalam bilik sambil tatap gambar ibu dengan ayah. Tipulah kalau tak nangis. Sampai satu malam, aku makan maggie sebab dah takde duit dalam poket. Aku menangis sorang-sorang. Kuah maggie aku makin banyak disebabkan air mata aku mengalir tak berhenti. Aku gurau je tapi aku memang menangis. Aku langsung tak keluar bilik. Aku dah takde sesiapa. Aku kehilangan ibu dan ayah dan sekarang aku kehilangan dua orang sahabat aku.
Tamatlah status aku sebagai budak praktikal. Maka aku terpaksalah mengangkut segala barang keperluanku dengan menaiki bas memandangkan Farahana tidak lagi sudi untuk menumpangkan aku. Masa masuk ke rumah sewa ni Farahana yang tumpangkan aku dan aku memang banyak bergantung pada Farahana. Aku pulang ke rumahku. Di kawasan kampung yang sunyi dan sepi. Lebih tenang di sini walaupun sepi. Aku bercadang untuk bekerja sementara menunggu hari graduasi. Bolehlah buat duit poket untuk aku balik ke Penang nanti.
Aku bercadang untuk membuat kuih ataupun nasi lemak dan hantar kat kedai Makcik Jamilah. Dapatlah tampung duit aku sikit-sikit. Misi aku hari ini adalah untuk mengemas kawasan rumah. Lepas ibu dah tak ada rumah ni dah macam tongkang pecah. Selesai menyapu, membasuh dan mengemas rumah aku berehat sebentar di ruang tamu. Mencapai telefon bimbitku. Aku membuka laman sosial. Gambar majlis perkahwinan Qistina dan Arfan menerjah bebola mataku. Oooo.. Dah kahwin. Alhamdulillah. Nikah juga akhirnya walaupun tak jemput aku langsung tak bagitahu aku takpelah. Aku meletakkan semula telefon bimbitku di atas meja. Merenung ke dapur. Kemudian aku merenung keluar tingkap. Apa lagi yang perlu aku lakukan? Bosan dan mati akal. Aku bingkas bangun. Berlari anak ke kamarku. Mencapai komputer riba. Menaip sesuatu. Menulis segala yang terbuku di hati.
Thaqif tertarik dengan penulisan bloger yang hanya menggunakan nama "Keypad Berdetak" sebagai nama penanya. Penulisan tentang hidup. Tentang manusia yang hampir putus asa dengan hidup. Tentang semangat. Semangat untuk meneruskan hidup.
"Dunia ini hanyalah sementara. Antara kita semuanya akan pergi cuma masanya belum lagi. Yang masih bernyawa teruskan, yang sudah tiada, redhakan.."
Thaqif tertarik dengan kata-kata itu. Ingatannya pada Dania masih menebal. Betul. Hidup harus diteruskan. Sapaan Kak Lin mematikan Thaqif daripada termenung jauh.
"Qif.. Menung apa lagi tu..."
"Takde apalah kak.. Cuma teringat je.."
"Sudahlah tuu.. Kau taknak cari pengganti ke? Selagi hati tu kosong selagi tulah teringat.."
"Biarlah dulu kak.. Nanti adalah tu.."
"Haa menung-menung juga kerja tu jangan tak jalan.. Akak ke belakang dulu.."
Kak Lin berlalu ke belakang kedai.
YOU ARE READING
KEKASIH YANG TAK WUJUD
RomanceAnnur Shauqiya. Kehilangan ibu dan ayah. Kesepian dan kesunyian. Farahana dan Qistina sahabat karib yang masing-masing sudah mempunyai pasangan. Turut ingin merasakan diri disayangi, Annur menempah bunga dan coklat buat dirinya sendiri. Kononnya su...