Pagi itu aku rehat sahaja di rumah Makcik Jamilah. Tidak berniaga. Aku masih terfikirkan peristiwa semalam. Siapalah agaknya yang mengintai aku tu. Setahu aku, aku tiada berhutang ataupun berdendam dengan sesiapa. Allahuakbar. Selamatkanlah aku daripada sebarang malapetaka. Aku membuka laptop aku. Memandangkan hari ini tidak ada apa yang hendak dibuat, Makcik Jamilah dan suaminya berniaga di kedai, jadi aku mahu menulis sahaja.
Kekosongan hati itu mengajar aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.
Quote untuk hari ini. Aku kembali termangu. Sunyi dan sepi rumah Makcik Jamilah ni. Sudah tiga puluh tahun Makcik Jamilah sudah berkahwin namun tidak dikurniakan anak. Rezeki manusia lain-lain kan. Allah takkan berikan semua kepada kita. Setiap manusia itu ada kurang lebihnya. Telefon bimbitku berdering. Nada dering whatsapp. Aku mencapai telefon bimbit. Nama Thaqif Kacak tertera di ruangan aplikasi whatsapp ku. Aku menekan skrin telefon, membaca.
Thaqif kacak : Saya ada kat luar rumah ni. Pakai tudung, keluar kejap.
Aku yang blur lagi bengap ni mencapai tudung dan terus keluar rumah. Eh, takde sesiapa pun. Oh ye! Ni rumah Makcik Jamilah bukan rumah aku. Jari-jemariku menari laju di atas papan kekunci, membalas pesanan Thaqif itu.
Annur Shauqiya : Saya takde kat rumah. Saya kat rumah Makcik Jamilah. Saya tidur sini semalam. Kenapa awak datang pagi pagi ni?
Thaqif Kacak : Aik? Kenapa awak tidur sana pula? Ada apa-apa yang jadi ke semalam?Mula-mula masa tak kenal memang sakit hati dan menyampah dengan Thaqif ni. Bila dah kenal baru aku dapat rasakan dia ni seorang lelaki yang sangat mengambil berat. Aku membalas.
Annur Shauqiya : Adalah.. Awak nak jumpa saya kenapa?
Thaqif Kacak : Rumah makcik Jamilah kat mana? Saya datang sekarang.Bersungguh betul dia nak jumpa aku. Aku pun tak tau kenapa dengan dia ni aku tak rasa takut dan rasa selamat. Jadinya, aku pun bagitaulah selok-belok rumah Makcik Jamilah kat mana. Tak berapa lama kemudian, Thaqif tiba. Aku dengan muka sememeh tanpa sebarang bedak mahupun tacapan confident je menunggu Thaqif. Thaqif keluar dari perut kereta dan menuju ke arahku. Entahlah kenapa aku rasa cara dia jalan pun dah macho. Aku dah angau ke?!
"Saya jumpa kerja kosong untuk awak.."
Ujar Thaqif.
"Serius ke?"
Soal aku, excited!
"Serius.. Saya bawa borang ni untuk awak isi cumanya tak berapa kenalah dengan course awak.."
Balas Thaqif menghulurkan borang tersebut kepadaku.
JAWATAN KOSONG KERANI READ AND EAT CAFE. Oh ya! Cafe ni! Aku pernah nampak. Tak jauh dari kedai bunga Thaqif kerja. Kedai buku dan cafe. Boleh membaca sambil menikmati makanan.
"Eh, tak kisah. Lagi pun berkaitan dengan buku kan.. Bolehlah saya cuba cuba kot kot nanti buku saya yang terjual kat situ.."
Balas aku menyambut borang yang dihulur oleh Thaqif itu.
"Dekat dengan kedai saya kerja tu, senang saya nak jenguk-jenguk nanti.."
Aku terkedu. Maksud Thaqif apa? Aku tak sempat menjawab. Telefon bimbitku berdering. Tertera nama Luth. Haish dia nak apa?! Aku minta diri menjawab panggilan telefon. Thaqif mengangguk, mengerti. Memberi ruang kepadaku untuk menjawab panggilan telefon.
"Awak nak apa lagi Luth.."
Nak duit aku dah bagi, kali ni apa lagi?
"Nur.. Awak datang jumpa saya boleh?"
Soal Luth. Aku dah mula tak sedap hati. Dah kenapa pula?
"Ada apa ya?"
Soal aku ragu-ragu.
"Saya dalam kesusahan ni.. Awak datang ye.."
Suara Luth terketar-ketar. Sajalah tu nak bagi aku simpati.
"Awak kat mana tu?"
Soal aku lemah.
"Nanti saya send location.."
"Emm.. Okey.."
Setelah Luth mematikan panggilan aku menuju semula ke arah Thaqif yang tercegat di hadapan balkoni rumah itu.
"Awak balik dululah, saya kena jumpa kawan kejap.."
Ujar aku.
"Kat mana? Naik apa?"
Soal Thaqif.
"Taktau lagi nanti dia send location. Saya naik teksi ke bas ke jap lagi.."
"Taktau lagi? Awak nak jumpa siapa ni? Jomlah saya hantar.."
Luth menghantar lokasinya kepada aku. Aku mengangkat telefon bimbitku.
"Haa kawan saya dah send location.. Awak balik dulu ye.."
Aku menuding jari ke arah telefon bimbitku.
"Takpelah, alang-alang ni saya tak buat apa. Jomlah saya teman.."
Akhirnya aku akur dengan pelawaan Thaqif itu.Lagi dua minit kami akan tiba ke destinasi yang ingin dituju. Thaqif memberhentikan kereta. Melihat sekeliling. Biar betul. Lorong belakang kedai ni. Thaqif memandangku. Aku menelan air liur. Lokasi apa yang Luth hantar pada aku ni? Aku mula tak sedap hati.
"Betul ke kawan awak nak jumpa awak kat sini?"
Soal Thaqif.
"Kalau ikut location tu betullah.."
Balas aku. Telefon bimbitku berdering. Aku menjawab panggilan daripada Luth itu sambil mencuri pandang ke arah Thaqif yang nampaknya cuba mendengar perbualanku.
"Awak dah sampai ke? Saya tak nampak pun.."
Ujar Luth sebaik sahaja panggilan dijawab.
"Sampai dah.. Tapi kenapa awak nak jumpa saya kat tempat macam ni.."
Soal aku.
"Awak datanglah dulu kat saya.."
Balas Luth.
"Datang kat awak?"
Soal aku lagi. Laju kepala Thaqif menoleh ke arah aku. Aku menoleh perlahan ke arah Thaqif. Thaqif menggeleng kepala tidak membenarkan aku keluar dari kereta.
"Emm awaklah datang kat saya.."
Balasan sambil memandang Thaqif.
"Awak kat mana saya tak nampak.. Awak dalam kereta tu ke?"
Soal Luth. Aku nampak Luth mula menapak ke arah kami.
"Haah.. Dalam kereta.."
Sebaik sahaja Luth tiba, dia terus mematikan panggilan telefon. Aku baru sahaja mahu keluar dari perut kereta, Thaqif menghalangku. Sebaliknya, dia yang keluar dari kereta. Wajah Luth sedikit cuak. Aku duduk sahaja di dalam kereta.
"Nak jumpa perempuan kat tengah lorong macam ni untuk apa ya?"
Soal Thaqif.
"Ehh relax bro. Aku kawan dia. Kawan sejak Universiti lagi. Kau siapa?"
Balas Luth.
"Kalau takde hal penting kami nak balik jelah.."
Thaqif masuk semula ke dalam kereta. Wajah Luth nampak tak puas hati. Aku pun tak dapat nak agak apa motif Luth nak jumpa aku kat tempat macam tu. Sepanjang perjalanan pulang, Thaqif bertanyakan tentang Luth dan aku menceritakan segala-galanya. Termasuklah cerita tentang semalam mengapa aku tidur di rumah Makcik Jamilah. Terkejut Thaqif mendengar ceritaku itu.
"Jadi semalam, tidur rumah Makcik Jamilah sebab ada orang intai awak? Entah-entah lelaki tadi.."
Thaqif membuat andaian. Aku tidak mengiyakan tidak juga menidakkan.
"Saya tak tau apa yang dia nak dari saya.."
Balas aku.
Kami tiba di rumah Makcik Jamilah. Makcik Jamilah sedang menyapu di halaman rumah. Sebaik sahaja melihat kepulanganku dia mencekak pinggang. Aku keluar dari perut kereta, Thaqif turut keluar. Menuju ke arah suami Makcik Jamilah, yang sedang membaca surat khabar. Thaqif menghulurkan tangan bersalaman.
"Makcik ingat kamu ke mana, pergi rumah pun tak ada, lain kali bagitau dulu.."
Bebel Makcik Jamilah. Aku sekadar sengih.
"Alaa. Keluar kejap je, awal makcik balik harini?"
Aku menukar topik.
"Makanan habis cepat awallah balik.. Haaa masuklah dulu makan tengahari sama.."
Makcik Jamilah mempelawa Thaqif masuk.
"Eh takpelah makcik, mak saya dah masak kat rumah, kesian nanti mak makan sorang.. Saya balik dululah.."
Balas Thaqif.
"Haa takpelah macam tu.."
Makcik Jamilah mengangguk.
"Saya balik dulu. Nur, awak jaga diri. Apa-apa call saya.."
Pesan Thaqif terus berlalu ke keretanya. Allah... Cair hatiku. Aku sekadar mengangkat kening sambil mengangguk. Terkedu. Makcik Jamilah dan suaminya, Pakcik Hasnul saling berpandangan, tersenyum-senyum melihat aku dan Thaqif. Sebaik sahaja Thaqif berlalu pergi, suami Makcik Jamilah sengaja mengajuk.
"Milah.. Sudah sudah menyapu tu, jaga diri apa apa call i.."
Disusuli ketawanya.
"Eee pakcik ni.."
Aku menutup muka, malu dan terus menapak masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
KEKASIH YANG TAK WUJUD
RomanceAnnur Shauqiya. Kehilangan ibu dan ayah. Kesepian dan kesunyian. Farahana dan Qistina sahabat karib yang masing-masing sudah mempunyai pasangan. Turut ingin merasakan diri disayangi, Annur menempah bunga dan coklat buat dirinya sendiri. Kononnya su...