Bab 5
Kak Tasha dan lena Berdengkur kat sebelah aku. Awal betul Kak Tasha tidur. Baru pukul sembilan setengah. Penat sangat gayanya jaga booth siang tadi. Perut aku ni pula berkeroncong dari tadi. Sabar kejap ye perut. Aku nak turun cari burger. Aku tinggalkan Kak Tasha yang lena dibuai mimpi. Sambil menuju ke bawah hotel, aku jenguk-jenguk laman instagram kejap. Wah wah bukan main aku takde kat rumah ye. Qistina, Farahana, Arfan dengan Faliq buat double date nampaknya. Siap lilin bagai. Ni kalau tak jadi kahwin memang aku gelakkan. Uishh. Tak baik tau Nur! Aku singgah di kedai burger yang nampak enak itu. Mestilah nampak sedap sebab aku tengah lapar teruk. Aku order burger daging special cheese. Lapar aku bukan mainan. Memang kena makan. Tiba-tiba idea menerjah di kepala aku. Apa lagi apabila brader burger tu siapkan burger aku, aku keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar. Lalu aku memuat naik ke lama instagramku dengan caption:
"Aku ada event kat luar pun dia sanggup datang. Belanja burger pun dah kira sweet apa"
Aku menekan skrin telefon bimbitku. Post! Mesti berbulu mata Qistina dengan Farahana tengok kejap lagi. Aku terus balik ke bilik tak fikir apa dah. Nak jamah burger dan terus lena di sebelah Kak Tasha.
Nak tidur macam mana bila telefon bimbit aku berbunyi tak berhenti. Whatsapp dari Qis dengan Fana. Diaorang ajak gosiplah apa lagi. Siap screenshoot gambar burger aku muat naik tadi. Rasa nak tergelak pun ada. Diaorang punya teruja nak tau macam mana buah hati aku yang tak wujud tu boleh sampai ke Ipoh. Aku jawab dengan jawapan rahsia macam biasa. Qis dengan Fana masih kecewa sebab tak dapat nak korek rahsia siapa kekasih hati aku tu. Memang takkan dapat sebab kekasih aku tu tak wujud pun. Sudahlah. Aku malas nak layankan Minah dua ketul tu. Aku tutup data dan terus pejam mata. Esok ada tugas yang perlu aku langsaikan. Nanti tak pasal-pasal aku tidur dekat booth.
Rasa macam baru semalam berjumpa dengan orang gadis yang bernama Dania Irdina. Rasa macam baru semalam majlis pertunangan selesai. Kejap je masa berlalu. Semuanya berakhir sampai sini saja. Dania seorang gadis yang sukar ditemui. Lemah-lembut dan sopan bicara. Mungkin sudah suratan ilahi dan jodoh antara kita bukan di muka bumi ini. Thaqif melangkah perlahan meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.
Thaqif kembali ke kedai bunga Kak Lin. Melangkah perlahan. Sedih tapi dia tidak mahu sedih itu menghantui dirinya. Dia menguntum senyuman lebar. Kak Lin tangan sedang sibuk menyusun bunga menoleh laju ke arah Thaqif.
"Laaa kan Kak Lin cakap cuti je.. Tak payah masuk kerja.. Nanti kalau dah okey barulah masuk kerja.."
Bebel Kak Lin. Kak Lin memang macam tu. Dia risau kalau Thaqif tak dapat fokus dengan kerjanya.
"Alaa Kak Lin saya okey jelah.. Yang pergi tetap pergi.. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup Kak Lin.."
Balas Thaqif dengan senyuman.
"Haish.. Kak Lin suka semangat kau ni dik.. Tapi kalau rasa tak boleh buat kerja ke apa, bagitau Kak Lin tau jangan diam je.."
Bebel Kak Lin lagi. Thaqif mengangguk dan berlalu ke kaunter.Selesai tugas di Ipoh. Masanya untuk pulang semula ke Selangor. Tempat lahirku dan tempat praktikalku. Masih ada sisa sisa baki yang perlu aku habiskan sebelum menggenggam segulung ijazah. Petang tu, Abang Zahid yang memandu. Aku dengan Kak Tasha dah lena kat tempat duduk belakang. Tinggallah Abang Zahid dan Abang Amran berdua.
Mereka menghantar aku ke rumah terlebih dahulu kerana rumahku agak jauh dari rumah mereka. Disebabkan terlalu mengantuk aku terus keluar kereta tanpa membawa keluar beg laptopku. Aku pun tak tahulah kenapa aku ni cuai sangat. Sudahlah esok aku kena hantar laporan kat Encik Azhar tentang Projek Buku selama dua hari lepas. Matilah nak.
Lepas aku siap-siap mandi, solat isyak dan lepak dengan Qis dan Fana baru aku teringat yang aku tertinggal laptop dalam kereta Abang Zahid. Apa lagi menggelabahlah aku. Cadangnya aku nak siapkan laporan tu malam ni sebab esok kena hantar. Aku dah siapkan hampir lima puluh peratus. Takkan aku nak kena taip semula?! Memang taklah! Nasib baik aku ni pandai drive. Aku ambil keputusan untuk pinjam kereta Farahana dan ke rumah Abang Zahid sebentar.
"Kau tak nak kitaorang teman ke?"
Soal Qistina.
"Takpelah.. Aku pergi sendiri je.."
Aku bergegas keluar rumah.Hampir tiga puluh minit juga aku memandu ke rumah Abang Zahid. Maklumlah aku ni pemandu berhemah. Berhati-hati di jalan raya orang kata. Terpekik terlolong jugaklah aku depan rumah Abang Zahid sebab salam aku tak dijawab dan Abang Zahid langsung tak keluar rumah. Mungkin dia penat memandu. Lepas berpuluh-puluh kali aku memberi salam barulah ada jawapan itupun dari isteri dia, Kak Azira.
"Kenapa Nur? Abang Zahid tidur dah penat katanya.."
Ujar Kak Azira sambil menuju ke arahku.
"Sorry kak sebab ganggu. Saya punya laptop tertinggal dalam kereta Abang Zahid. Boleh amik tak kak? Sebab Saya ada kerja nak kena siapakan.."
Balas aku gelabah.
"Oh.. Boleh kejap ye, akak amik kunci.."
Fuhh aku menghembus nafas lega. Sebaik sahaja aku mendapatkan semula laptopku aku pun berlalu pulang.Jam di tanganku menunjukkan hampir pukul sepuluh malam. Aku tak biasa drive malam malam macam ni apatah lagi keseorangan macam ni tapi aku gagahkan diri demi tugas yang perlu aku siapkan. Kali ini, memang betul-betul buat aku gelabah. Tayar kereta Farahana boleh pecah pulak waktu waktu macam ni. Aku menelan air liur. Ini memang tak kelakar. Aku sorang kot. Allah.. Bantulah hambaMu ini. Aku meraba-raba poket seluarku. Ingin menelefon Qis dan Fana. Tiada. Telefon bimbitku tiada di dalam poket seluar. Aku masuk semula ke dalam kereta. Juga tiada. Aku menepuk dahi! Cuai! Tulah Annur kau cuai sangat! Sebuah kereta kelisa berwarna silver perlahan-lahan berhenti di belakangku. Aku menoleh perlahan. Takut-takut kalau perompak ke, penyamun ke.
"Kenapa ni cik?"
Soal suara yang seperti ku kenali itu. Lelaki itu menghampiri.
"Tayar pecah ke cik?"
Soalnya lagi apabila aku tidak memberikan jawapan. Aku cuba mengintai wajahnya. Mamat bunga! Patutlah aku kenal suara dia ni.
"Haa tayar pecah.."
Balas aku. Lelaki itu duduk mencangkung melihat keadaan tayar kereta.
"Ada tayar spare?"
Soalnya sambil mendongak melihat aku yang masih tercegat di sebelahnya.
"Laaa awak ke? Awak buat apa keluar malam-malam sorang-sorang ni?"
Tutur Thaqif sebaik sahaja melihat wajahku.
"Saya ambil barang tertinggal kat rumah kawan.."
Balas aku dan masih tercegat di situ.
"Ada tayar spare tak?"
Soal Thaqif lagi. Aku boleh lupa pula dengan soalan tu. Aku berlari anak menuju ke arah bonet kereta. Aku pun taktau Fana ada simpan tayar spare ke tak.
"Ada niii..."
Aku sedikit menjerit. Thaqif bangun menuju ke arahku. Tanpa disuruh dia mengangkat tayar kereta tersebut menuju ke depan. Dia menuju pula ke arah keretanya mengambil peralatan lain. Aku masih tercegat di belakang kereta. Memerhatikan Thaqif. Aku taktau nak buat apa. Sama ada nak tunggu dia siap tukar tayar, duduk termenung ataupun ajak berbual. Aku melangkah perlahan. Aku cuba membuka bicara.
"Baru dilevery bunga ke?"
Nampak macam soalan bodoh tapi cuma itu saja soalan yang terlintas dibenakku.
"Tak adalah. Kami tak dilevery bunga sampai malam.."
Thaqif sedikit ketawa.
"Mana saya tau..."
Aku memuncung.
"Memang orang sini ke? Kerja dekat Dubook Press tu ye?"
Soal Thaqif pula.
"Memang orang sini. Praktikal je kat situ.. Saya study kat USM.."
Balas aku.
"Saya tak tanya pun awak study mana.."
Sengaja Thaqif mengusik. Aku terdiam. Eh mamat ni, aku nak bagitau suka hati akulah.
"Saya gurau jelah.."
Ujar Thaqif.
"Habis praktikal bila?"
Soal Thaqif lagi.
"Tinggal seminggu je lagi. Lepastu bulan 10 graduate.."
Balas aku.
"Bulan 10 ehh, bolehlah nanti saya datang jual bunga kat sana.."
Ujar Thaqif.
"Boleh.. Saya nak bunga free satu.."
Seronok pula berbual dengan Thaqif ni walaupun agak menyakitkan hati.
"Siap dah.. Ni awak nak balik mana?"
"Taman Pelangi.."
"Saya teman.. Awak jalan dulu saya ikut belakang.."
Tersentak aku. Biar betul? Sekarang ni aku taktau nak suka, takut ataupun seronok. Rasa macam ada orang ambil berat pula pasal aku. Eh.. Kau jangan cepat perasan Annur.. Dia kesiankan kau je tu. Dia nak tolong kau je tu. Aku persetankan saja segala kata-kata yang bermain diminda. Aku berlari anak masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
KEKASIH YANG TAK WUJUD
RomanceAnnur Shauqiya. Kehilangan ibu dan ayah. Kesepian dan kesunyian. Farahana dan Qistina sahabat karib yang masing-masing sudah mempunyai pasangan. Turut ingin merasakan diri disayangi, Annur menempah bunga dan coklat buat dirinya sendiri. Kononnya su...