BAB 3

105 5 0
                                    

Bab 3

Tiba-tiba hari ini aku merasakan aku dah buat kerja gila. Kalau kantoi boleh mati berdiri aku. Inilah orang cakap bertindak tak berfikir dulu. Wajah ibu dan ayah yang tersergam indah di atas meja bersebelahan katil, aku tatap lama. Aku tahan air mata yang hampir jatuh. Aku tak boleh lemah! Aku kuat! Aku mencapai beg tanganku menuju ke pintu bilik. Farahana dan Qistina dah lama siap. Menanti aku yang sememangnya lambat bersiap.

Separuh perjalanan aku menepuk dahi. Aku lupa nak bawa laptop ke tempat kerja. Itulah salah satu perangai aku yang sukar nak dibuang. Pelupa! Cuai! Clumsy!
"Kau apa hal ni Nur?"
Soal Qistina menoleh ke arah aku di tempat duduk belakang.
"Aku tertinggal beg laptop"
Balas aku gelabah. Ya, aku kalau dah lupa aku memang gelabah. Rasa nak terjun kereta sekarang juga.
"Relax laa Nur.. Takpe kau guna laptop aku je.."
Balas Farahana tenang. Ya, Farahana memang sentiasa tenang.
"Habis kau nak guna laptop apa?"
Soal aku semula walaupun aku sudah dapat agak jawapan yang bakal diberikan.
"Nanti aku minta Faliq pinjamkan laptop dia"
Farahana menjawab dengan senyuman lebar. Aku anggukkan saja. Dah orang nak tolong takkan aku nak tolak.

Sebenarnya tak selesa guna laptop orang tapi disebabkan kecuaian aku terpaksalah aku guna sementara. Hari ni waktu makan tengahari aku gunakan alasan yang sama. Kononnya makan tengahari bersama teman lelaki padahal aku ke Flower Sister's. Aku mesti kena berkaki juga dengan mamat Thaqif ni. Kalau tak habislah aku kantoi. Sebelum aku masuk ke dalam kedai bunga Flower Sister's itu, aku mengintai dulu kawasan dalamnya. Yes! Thaqif ada di situ sedap menjamah nasi bungkus. Pintu yang ditulis Closed aku tolak sesuka hati. Thaqif yang sedang enak menikmati makanan berkerut melihat aku yang sedang menuju ke arahnya.
"Weh tak nampak ke kedai tutup? Sekarang time rehatlah"
Thaqif bersuara sambil mengunyah makanan.
"Haritu saya tak habis cakap lagi tau.. Saya nak minta tolong.."
Balas aku sambil meletakkan beg tanganku di atas kaunter.
"Apa dia awak ni.. Ish psiko lah.."
Suka hati je si mat bunga ni cakap aku psiko. Geram pula aku.
"Saya nak awak rahsiakan pasal saya tempah bunga untuk diri sendiri tu.. Jangan sampai orang lain tau.."
Jelas aku. Lapar pula perut aku tengok Thaqif menjamah makanannya. Aku tahan perut yang sedang berkeroncong.
"Hmmm yelah.. Ikut awak lah, apa apa jelah.."
Balas Thaqif gang nampaknya macam takut dengan aku. Yelah tu dia ingat aku gila. Arghh biarlah.
"Thank you so much awak! Nanti hari hari saya tempah bunga biar kedai ni kaya.."
Ujar aku dengan senyuman melebar dan terus berlalu. Ada sesuatu yang aku terlupa. Beg tangan aku. Sesudah sampai dalam pejabat baru aku sedar yang aku tertinggal beg tapi aku tak boleh keluar sebab lunch hour dah habis. So terpaksalah aku tunggu waktu habis kerja. Aku harap mamat bunga tu tak selongkarlah beg aku.

Dah lah psiko, kelam-kabut, pelik, pelupa. Ada ke beg tangan sebesar alam ni dia boleh tinggalkan macam tu je? Entah-entah dia ni memang orang gila ni. Thaqif membebel sendiri sambil menyimpan beg tangan Annur di dalam laci kaunter.

Disebabkan risau keadaan beg yang tertinggal di kedai Flower Sister's aku kelam-kabut keluar dari pejabat sebaik sahaja tamat waktu kerja. Sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu pejabat, aku terperanjat melihat Thaqif di situ sambil memegang beg aku. Alamak! Macam ni boleh kantoilah. Aku mengetap bibir. Kalau Qistina dengan Farahana tanya macam mana beg aku boleh ada dengan Thaqif macam mana? Mesti diaorang tanya buat apa aku jumpa mat bunga tu? Aduh aduh Thaqif oi! Kau tunggu jelah aku yang datang kedai kau!
"Beg awak tertinggal..."
Aku memberi isyarat supaya Thaqif tidak mengatakan beg aku tertinggal di kedai bunganya. Thaqif memahami dan tidak meneruskan kata-katanya.
"Saya jumpa beg awak tadi kat kedai makan..tertinggal lah ni sebab saya pernah dilevery bunga kat cik kan so saya pulangkan lah.."
Ayat spontan yang keluar dari bibir Thaqif membuatkan aku lega.
"Haaa saya ingatkan boyfriend saya yang sorok tadi.."
Aku ketawa palsu. Farahana dan Qistina sekadar melihat sahaja aku dan Thaqif yang kelihatan pelik itu.
"Terima kasihlah ye.."
Tambah aku. Thaqif mengangguk dan terus meminta diri. Fuhhh. Aku menghembus nafas lega.

Malam tu, tinggal aku sendirian je di rumah. Farahana dengan Faliq keluar tengok wayang. Qistina dengan Arfan pula dinner berdua. Aku tak berapa nak ada selera hari ni. Makan sorang memang takde selera. Nasi ku jamah sedikit. Tiba-tiba peristiwa lama menerjah ingatanku. Luth. Lelaki yang pernah aku kenali di zaman USM dulu. Lelaki yang kononnya mahu sama-sama berjuang mencapai cita-cita bersama aku. Katanya mahu mencipta sebuah bisnes dan habis belajar mahu bina hidup bersama aku supaya aku senang bersamanya namun aku yang bodoh lagi dibutakan cinta ni ikutkan sahaja semua kehendak Luth. Banyak kali juga penipu tu pinjam duit aku beratus dengan alasan mahu berbisnes sambil belajar. Aku tak tau kenapa masa tu aku terlalu bodoh dan ikutkan saja sampai sanggup ikat perut. Cinta mati betul aku kat Luth. Kalau mak ayah aku masih hidup masa tu mesti diaorang sedih kalau tau anak diaorang sebodoh ini. Hujung semester sebelum aku praktikal, aku dapat tau dia takde buat bisnes apa apa pun tapi dia berfoya-foya and dia dah ada girlfriend pun. See, bodohkan aku? Sebab tulah sampai sekarang aku taknak bercinta tapi sebenarnya aku ego, aku takut dengan perasaan sendiri. Sekarang aku yang cemburu tengok orang lain bahagia.

Ameer yang aku cipta tak wujud pun. Sekadar bayang-bayang dan cerita dongeng yang aku karang. Aku taktaulah kalau Farahana dengan Qistina dapat tau aku menipu apalah agaknya reaksi diaorang. Aku takut. Aku takut aku akan kehilangan sahabat pula. Aduh, Annur Shauqiya.. Apa yang kau buat ni?

KEKASIH YANG TAK WUJUDWhere stories live. Discover now