12. JEMBALANG ALMARI

207 14 1
                                    

"Bang, belilah almari baru. Almari ni dah macam nak arwah dah saya tengok." Danial menolak-nolak almari plastik milik abangnya. Memang dah kritikal sangat rupa perabot ini. Warnanya sudah lusuh dan terkoyak di sana-sini.

Danish memegang almari kesayangannya dan bersetuju dengan kata-kata adiknya, memang sudah teruk dan perlu ditukar dengan yang baru. Menyampah betul.

"Teman abang pergi beli almari petang ni." Ajak Danish.

Danial menggelengkan kepala, "Saya ada perlawanan futsal petang ni. Abang pergilah beli."

"Bukannya penting pun futsal kau tu. Baik kau temankan abang kejap."

"Saya dah janji dengan kawan-kawan sayalah bang. Sorry!" Cepat-cepat Danial melarikan diri ke biliknya. Jika lama-lama pasti bertekak dengan abang kembarnya itu. Danish pula akan melempar segala jenis kusyen dan bantal jika bertekak dengannya. Dah macam anak dara putus cinta pula.

"Motor abang pakai petang ni! Jangan harap kau boleh pergi futsal!"

"Kawan saya akan jemput saya so don't worry..." Jerit Danial dari dalam biliknya. Danish mencebik. Akhirnya dia terpaksa ke kedai perabot seorang diri. Hampeh punya adik!

Petang itu kira-kira pukul 4 petang, Danish menunggang motosikal hingga ke kedai perabot di bandar. Danial pula sudah lama ke gelanggang futsal. Pandai betul pemuda itu mengelak dari menemani abangnya pada hari itu. Dia tahu pasti Danish akan memilih almari merah jambu dengan corak berbunga macam sebelum ini.

Di kedai perabot, Danish tertarik dengan satu almari kayu yang bercorak flora. Walaupun ia berwarna kayu dan tidak merah jambu tetapi dia sudah jatuh hati dengan almari tersebut. Dengan pantasnya dia memanggil taukey kedai itu dan ternyata harganya juga sangat berpatutan. Hanya seratus ringgit sahaja. Tidak padan dengan cantik dan unik.

"Kami akan hantar almari ni ke rumah adik lepas ni." Ujar taukey itu selepas Danish membayar dan memberi alamat rumah sewanya. Dia mengangguk penuh kegembiraan.

Tak sabar mahu melihat almari cantik itu terletak dalam bilik tidurnya.

*****

Danial merenung almari yang baru dibeli itu dengan penuh minat. Entah mengapa dia turut berasa tertarik dengan almari abangnya. Satu, kerana ia bukan berwarna pink dan kedua, ia sangat unik dan klasik. Dia suka.

"Saya pun nak beli almari ni. Ada lagi tak kat kedai tu?"

"Satu ni aje. So abang orang yang bertuah sebab beli. Seratus aje kau tau."

"Ha? Biar betul... Cantik macam ni seratus ringgit je?" Danial bagaikan tidak percaya. Pasti abangnya bergurau.

"Betullah... Takde masa la nak tipu kau."

Danial mendekati almari tetapi menjauhinya beberapa saat selepas itu. Hidungnya ditekup dengan tapak tangan.

"Kenapa?" Danish menyoal.

"Bau hanyirlah. Abang tak cium ke?" Danial berasa loya. Bau hanyir seperti darah sangat kuat menjolok anak tekak.

Kembang kempis hidung Danish cuba menghidu bau yang didakwa Danial. Apa yang dia cium hanyalah bau minyak wanginya yang bercampur dengan bau peluh Danial.

"Bau ketiak kau ni. Pergi mandi!"

"Bau ketiak bukan bau hanyir bang. Bau ketiak bau hapak. Macam bau ketiak abang! Ni bau hanyir... Bau darah." Jelas Danial panjang lebar. Ada pula bau ketiak bau hanyir? Tak belajar sains agaknya abangnya ni.

Danish menggeleng-geleng, "Hidung kau yang bermasalah ni. Dah, pergi mandi!"

Danial mendengus. Masuk sahaja almari itu ke rumah terus rumah itu berbau darah. Dia syak ada yang tidak elok tentang perabot klasik itu. Abangnya bukannya mahu percaya. Gembira sangat beralmari baru sampai bau darahpun dia tidak perasan.

HIMPUNAN CERPEN SERAMWhere stories live. Discover now