10. MISTERI

222 10 0
                                    


"Hujung minggu ni kita nak buat apa ye?" Liesa bertanya. Jemarinya bermain-main dengan sudu kecil di dalam mug.

Fiqah yang dipanggil dengan panggilan Oshin mengerling ke arah Anna. Pandangan mata keduanya bertemu. Oshin mengangkat-angkat keningnya. Dia sudah ada idea!

"Aku tau nak buat apa Sabtu ni. Kau orang nak join ke kalau aku cakap?" Oshin memulakan misi memujuk rakan-rakannya. Pasti ia akan menjadi kenangan 'manis' Liesa dan Anna sampai bila-bila.

"Nak pergi mana?" soal Liesa penuh curiga. Dia yang sedikit penakut mula merasa tidak senang hati. Oshin kan suka mengajak mereka ke tempat-tempat yang keras. Berhantu la senang cerita.

"Jap, aku nak call Iddia," Oshin mendail nombor telefon rakan lelaki mereka. Iddia Hasmat, seorang pemuda yang begitu menggilai dunia paranormal. Ingin ke kawasan-kawasan yang penuh mistik? Beritahu sahaja, pasti dia akan membawa sesiapa yang ingin ke sana.

Liesa terkebil-kebil. Eh gilalah! Takkanlah betul-betul mahu ke tempat berpuaka?

Anna pula sekadar tersenyum pahit. Dia tidak menolak jika mereka benar-benar akan melawat kawasan keras. Sempat dia memandang Liesa yang sudah pucat.

Iddia berhenti mengunyah kuih karipap apabila mendapat panggilan telefon dari Oshin. Panggilan itu dijawab malas, "Ye Oshin?"

"Kau bawak kitorang ke muzium lama hari Sabtu ni..."
"Aik tiba-tiba aje?"
"Yelah, kau nak bawak tak ni?"
"Beres! Nanti aku ke rumah korang pukul 9 pagi Sabtu ni..."

Oshin mematikan talian dengan mulut tersenyum lebar. Tidak lama kemudian, Liesa datang sambil mencuit lengannya. Wajah rakannya nampak bengang.

"Oi Shin! Memandai-mandai je kau ye? Apa kejadah nak ke muzium lama pulak ni?" Liesa bertanya marah. Merah padam mukanya. Rasa mahu sekeh-sekeh saja si Oshin ini.

"Ala, kau nak takut apa Liesa? Muzium je kot.." Anna mengusik rakannya.

"Muzium je kot? Wei, itu muzium lama! Muzium berhantu kau tau tak??" marah betul Liesa. Tawa Anna dan Oshin berderai. Liesa memang penakut..

"Kau percaya ke muzium tu berhantu? Kisah dongeng je semua tu," Anna berkata yakin. Oshin mengangguk setuju.

Liesa mengeluh.

Sabtu.

Iddia membunyi-bunyikan hon kereta di hadapan rumah tiga sekawan itu. Dia tiba di situ tepat pukul 9 pagi. Bersemangat betul dia mahu menghabiskan masa di muzium berpuaka.

Oshin, Anna dan Liesa beriringan keluar dari rumah. Bergegas masuk ke kereta Iddia. Agak lama juga lelaki ini menunggu di luar tadi. Al-maklumlah orang perempuan apabila berhias memang mengambil masa yang boleh tahan lama.

"Nak ke muzium berhantu pun pakai mekap?" sindir Iddia. Dia tersenyum sinis.

"Ala biasalah orang perempuan. Kau apa tau?" Oshin membuat serangan balas. Dia mencebikkan bibir.

Liesa hanya membisu seribu bahasa di belakang. Dia tiada mood untuk bergurau senda. Sudahlah terpaksa mengekori rakan-rakannya ke muzium berpuaka! Ada-ada sajalah plan hujung minggu manusia-manusia ini. Hish, macam tak ada tempat lain nak pergi! Bebelnya dalam hati.

"Senyap je Liesa? Ala, jangan takut..Abang Iddia kan ada?" Iddia mengusik nakal. Oshin menyenggol rusuk lelaki itu.

Amboi gatal!

Iddia mematikan enjin kereta di hadapan muzium lama. Ia sudah lama terbiar. Sudah puluhan tahun tidak terjaga. Tiada siapa yang berani ke situ walaupun pada siang hari. Iddia tersenyum dan beredar keluar sambil berdiri menghadap ke muzium itu. Dia sudah tidak sabar mahu memulakan misi meneroka kawasan misteri itu.

HIMPUNAN CERPEN SERAMWhere stories live. Discover now