Seribu Tahun

9 1 0
                                    

Perempuan dan wanita,
apa saja panggilannya,
bagiku mereka adalah sama,
bidadari yang turun dari Syurga
menuju ke dunia yang fana,
menemani lelaki yang dirundung kecewa.

Aku mahu hidup seribu tahun lagi,
tidak sesekali ku akan pergi
setelah dia hadir menemani,
melewati hari-hari yang berlalu pergi.
Biarlah depresi ini tidak bisa diubati,
asalkan dia tetap ada di sisi.

Aku tak mahu mati!
Aku mahu hidup lagi!
Akan kuperjuangkan segala
sebelum beranjak pulang ke sana.

Akan kubangkit kembali,
hidup untuk seribu tahun lagi.

NorensatilaWhere stories live. Discover now