Bab 19

30.2K 536 23
                                    

💘🔫"Pistol  & peluru berpisah tiada,  Begitulah juga aku & kamu"

   Aneef sudah dibawa menjalani ujian air kencing. Ternyata ada kandungan dadah jenis methampethamine dalam tubuhnya.

   Dadah jenis itu merupakan sejenis bahan psychoactive yang banyak ditemui dalam bentuk pil yang dikenali dengan nama Ecstasy, XTC atau MDMA(methylenedioxymethampethamine) dan juga dikenali sebagai dadah perangsang "spiking drink".

  Dadah dari jenis ini juga boleh dicampurkan ke dalam minuman selain ditelan dan tindak balasnya juga lebih cepat. Selain itu Ectasy juga menyebabkan penambahan nafsu syahwat  untuk melakukan seks.

  Oleh sebab itu jika di luar negara pil ini terkenal dengan jolokan nama "love pill" kerana kehebatannya beraksi dan kesannya yang lebih pantas.

  Dani sempat berpesan kepada anggotanya yang melakukan ujian urine test ke atas Aneef agar tidak menghebohkan perkara ni dahulu sehingga bukti-bukti kes ditemukan selengkapnya.

  Aneef ditinggalkan di balai bersama anggota yang lain sementara Dani pergi ke rumah Rania mencari video yang dirakam melalui camcodernya.

  Dani berpuas hati apabila menjumpai banyak pil Ectasy dalam simpanan Rania di dalam laci wardrobe bersebelahan dengan Camcoder yang ditemuinya. Ini akan membuktikan bahawa Aneef sebenarnya diperangkap oleh Rania.

  Selain bukti video hubungan seks mereka, banyak lagi bahan-bahan bukti lain yang mungkin jadi penyelamat Aneef.

  Dan salah satunya adalah penemuan gambar-gambar Rania bersama Stephens yang menjadi buruan polis selama ini. Dia tak sangka bahawa sepupunya itu adalah perempuan simpanan Stephens.

  Terkejut Dani melihat banyak video antara Rania dan Stephens yang dijumpai dalam bentuk CD di laci paling bawah wardrobenya.

  Kesemua bahan bukti yang ditemuinya dibawa masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba Dani teringat sesuatu. Sample air minuman yang dikatakan Aneef semalam.

  Dani masuk semula ke dalam rumah Rania. Mug berwarna hitam metallic itu dipegang. Ada sedikit bekas horlicks di dalam mug itu.

  Plastik putih kecil di dalam poketnya diambil lalu sample air itu dituang ke dalamnya. Dani bergerak keluar dari perkarangan rumah Rania balik ke IPD.

  Kesemua bahan bukti yang ditemuinya berkaitan Stephens di bawa ke bilik ASP Razlan dan sample air horlicks yang diambil di rumah Rania di bawa ke makmal. Semua kejadian tentang Aneef diceritakan kepada Tuan Razlan.

  "Rania adalah senjata kita untuk perangkap Stephens. Tapi buat masa sekarang kita selesaikan dulu kes khalwat Aneef, jika Aneef terbukti bersalah dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Tapi Rania kita tetap akan dakwa dia dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1998) dibawah Seksyen 39 (A) (1) kerana memiliki 10gm Ampethamine Type Stimulants (ATS) iaitu dari jenis pil Ectasy yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun dan diwajibkan sebatan antara 3 hingga 9 kali.

  Dani mengangguk faham. Rania memang sepupunya tetapi kesalahan Rania tidak boleh dimaafkan lagi. Rania sudah jauh tersasar. Biarlah hukuman ini yang memanusiakan dia.

-----------------

  Setelah keadaan Aneef nampak sedikit pulih, Dani menghantar Aneef pulang ke rumahnya untuk membersihkan diri manakala keretanya di rumah Rania yang ditinggalkan semalam pula telah diambil dan dihantar oleh anggota mereka ke kediaman Aneef sebentar tadi.

  Dani perlu berbincang banyak perkara dengan Aneef terutamanya berkaitan isterinya Maira. Keadaan Maira yang sedang berbadan dua sekarang ini perlu lebih diberikan perhatian.

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now