💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"
Selepas sebulan pulih dari sakitnya, Aneef menunaikan janji membawa isteri kesayangannya itu berbulan madu. Kebetulan Tengku Faridah mahu menjaga Aileen sementara ketiadaan mereka, seronok tak terkata Maira dibuatnya.
Pada mulanya memang mereka mahu membawa Aileen bersama, cuma kata Aneef, lebih baik Aileen tidak ikut kerana dia baru baik demam. Khuatir jika perubahan cuaca akan menyebabkan dia demam semula.
"Sayang... Abang minta maaf tau sebab lambat bawak sayang honeymoon macam ni... Kesian sayang, terpaksa susah payah jaga abang masa abang sakit.. Patutnya abang yang jaga sayang,tapi terbalik pulak... "
Aneef menggosok lembut tangan Maira lalu dibawa ke bibirnya dan dicium. Romantis.
"Takpelah abang... Itu kan tanggungjawab seorang isteri.. Lagipun sayang nak jadi isteri yang terbaik untuk abang. Siapa tak nak masuk syurga?"
"Pandai isteri abang ni... Sayang.. Abang rasa sayang patut dapat reward atas semua penat lelah sayang selama ni susah payah uruskan abang,bisnes abang,jaga anak abang, dan tolong tambahkan lagi keturunan abang.Sayang nak apa? Cakap je nanti abang tunaikan. "
Aneef mengusap manja kepala isterinya yang berbalut dengan shawl merah jambu itu. Manja.
"Reward? Hurmmm... Sayang nak abang ja.. Boleh? "
"Ala, tak nak jawapan tu! Cliche sangat! Jawapan lain! Sayang nak apa abang nak bagi ni.. Emas ke, kereta ke, rumah ke,bisnes ke, apa-apa jelah! "
"Hurm..apa nak mintak ni? Sat sayang pikiaq... Emas dah banyak abang beli, tak larat pakai dah! Kereta dah ada, tak mau dah! Rumah pun dah cukup selesa, tak payah membazir lah abang. Tapi kalau bisnes, bisnes apa yang abang rasa sesuai untuk sayang? "
"Sayang pandai masak, dan sayang pandai buat kek, dessert, buka kedai kek! Ha, nak? Tak pun sayang nak buka butik? Sebab abang tengok sayang pandai design baju. Tengok baju-baju sayang ni, pandai pulak reka nak design macam mana ek. Dan sayang pun pandai jahit-jahit labuci dengan aksesori kat baju tu. Terpulanglah sayang nak mana, apa yang termampu abang tunaikan untuk sayang. "
YOU ARE READING
Miss U ❤ Abang Inspektor
Romance⚠🔞⛔(Mature content) Tuan Inspektor Aneef Anaqi seorang yang tegas dan workaholic. Tidak pernah bercinta dan tidak punya perasaan untuk bercinta.Tapi dengan Dahlia Humaira tiba-tiba dia berubah 360°darjah! Dari tegas➡manja,kasar➡romantik! Kenakalan...