Bab 18

29.5K 504 26
                                    

💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"

   Pintu bilik Maira ditolak perlahan. Rupanya Maira sedang bersolat malam. Nadia menutup kembali pintu dengan perlahan.

  Nadia melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Tak tahu bagaimana mahu menyusun ayat untuk memberitahu Maira kejadian yang menimpa Aneef.

  "Kenapalah kau buat macam ni kat Maira ha Aneef?  Ish macam tak percaya la Aneef ni boleh buat macam tu. Takkanlah sebab dia amnesia dia boleh lupa yang dia ada isteri kot sampai kena berzina dengan Rania? Aishh! Apa aku nak cakap kat Maira ni..."

  10 minit kemudian Nadia kembali mengetuk pintu bilik Maira. Mahu atau tidak dia mesti sampaikan perkara ini ke pengetahuan Maira.

  "Maira... Akak ni.. "
 
  "Masuklah kak.."

   Nadia masuk lalu duduk disisi katil. Tangan Maira dipegang.

  "Maira...akak nak Maira kuat dan sabar walau apa pun yang jadi lepas ni ok? "

  "Inshaallah kak... Maira cuba walaupun kadang-kadang Maira rasa terlalu letih nak hadap semua ni kak.. "

  Suara Maira lirih. Hati Nadia turut tersentuh.

  "Maira...sebenarnya tadi Abang Dani dapat call dari pihak Jabatan Agama . Dorang cakap Aneef dengan Rania... "

  Mata Maira ditatap dalam. Airmatanya mula bertakung di tubir mata.

  "Depa kena tangkap basah kan kak? "

  Nadia menggangguk perlahan. Tubuh Maira ditarik ke pelukan.  Maira menangis.

  "Sabar Maira.... Sabar.. Ini semua ujian Allah... Ingat Allah ye sayang... Mesti ada yang tak kena ni.. "

  Nadia sedaya upaya memujuk walaupun sebenarnya dia sendiri pun sudah tak yakin lagi dengan perangai Aneef yang sekarang ini.

  "Kak macam mana abang Aneef boleh kena tangkap basah?"

  "Nak bagitahu pun akak tak tahu hujung pangkal. Nanti abang Dani balik kita tanya dia ye.. Apa-apa pun Maira kena tenang dulu. Istighfar banyak-banyak ye."

  "Maira cuba kak.. Maira cuba.. "

   Suaranya sedikit tenggelam kerana terlalu banyak menangis. Perutnya diusap lembut. Tak tahu apa yang perlu dilakukannya saat ini.

  Terlalu sakit hatinya menerima kenyataan ini. Tidak cukupkah layanan yang diberinya selama ini hingga Aneef sanggup makan luar? Pulak tu dengan Rania lagi.. Aduhai hati... Kuatlah dikau.

  Kalau pun dia bersalah beritahu sajalah apa yang perlu dilakukannya supaya dia dapat membetulkan semuanya semula. Bukannya menghukum dirinya dengan kenyataan seperti ini.

=============================

"Ustaz, saya Inspektor Dani Ilham kawan kepada Aneef Anaqi dan sepupu kepada Rania Adela pasangan yang baru ditangkap khalwat tadi. Boleh terangkan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku?"

  Soal Dani kepada Ustaz Faiz Pegawai yang telah mengetuai operasi dan melakukan serbuan ke atas Rania dan Aneef pagi tadi. Kad kuasanya yang berwarna biru ditunjukkan sebagai bukti.

  "Kami tak habis soal siasat lagi Tuan. Tapi kami ada perasan sesuatu yang pelik pada pesalah lelaki. Sebab bila kami tanya dia macam terpinga-pinga seolah-olah sedang khayal. Yang banyak cakapnya pesalah perempuan sahaja tuan. Kami rasa pesalah lelaki perlu jalani pemeriksaan air kencing sebab dia nampak macam dibawah pengaruh dadah. "

  Terang Ustaz Faiz. Dani nyata terkejut.

  "Tapi Ustaz, pesalah lelaki adalah seorang pegawai polis berpangkat Inspektor. Jika ujian air kencing dilakukan ketua atasan kami akan dapat tahu semua ni, dan dia mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib serta digantung tugas. Lagipun Aneef masih di dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami semasa bertugas. Mungkin juga dia khayal sebab kesan ubat yang dia ambil. "

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now