Bab 39

22.5K 586 66
                                    

💘🔫""Pistol & peluru berpisah tiada,Begitulah juga aku & kamu"

  Urusan pengebumian Ibrahim diselesaikan secepat mungkin. Maira yang masih bersedih turut sama hadir di sisi Aneef  di Tanah perkuburan KL-Karak yang diberi nama Raudhatul Sakinah itu.

  Aileen masih ditinggalkan sejak semalam di rumah Dani dan Nadia sementara urusan pengebumian diselesaikan pagi ini. Mujurlah adik perempuan Nadia ada boleh membantu menjaga Aileen kerana keadaan Maira yang masih demam dan lemah. Tambahan pula dia dikejutkan dengan berita kematian ayahnya lebih memburukkan keadaannya.

  Hakim yang baru selesai operasi turut hadir di situ. Selepas selesai semua urusan ,mereka pun bergerak balik ke kereta masing-masing.

  "Kim, terima kasih sebab tolong aku apa yang patut dari hospital sampailah jenazah selesai dikebumikan. Kesian kau.. Dahlah baru balik Ops. Mata pun dah tak larat angkat..."

  "Eh takpelah... Takde apa lah. Aku tolong apa yang patut je. Yelah sebab kau nak urus Maira dengan anak kecik lagi. Dahlah dia tak sihat..Aku faham tanggungjawab seorang suami tu bukan mudah bro.. That's why la sampai sekarang aku still macam ni... Dengan jadual kita yang padat, sibuk memanjang, mana nak handle Ops lagi, aku terfikir kalau aku kahwin nanti kesian anak bini aku kurang perhatian pulak..."

  Kata Hakim sambil menepuk bahu Aneef. Maira yang sudah dibawa masuk ke dalam kereta oleh Aneef tersandar lesu di kerusi penumpang hadapan. Kesian Maira.. Lepas satu, satu dugaan yang bertimpa ke atasnya. Hakim memandang Maira yang kelihatan pucat dan tidak bermaya penuh simpati.

  "Kim, aku ingat hari ni pun aku tak boleh masuk office lagi sebab dengan keadaan Maira macam tu, takkan aku nak tinggalkan dia sorang-sorang pulak. Kalau kau jumpa ACP Azeri nanti, tolong cakap aku minta maaf sangat-sangat tak sempat jumpa dia lagi. Ni, buah hati kau pun aku tak ambik lagi kat rumah Dani. Kesian dia semalaman tak tengok muka mama dia... "

  "Ala.. Sebut pasal buah hati terus rasa rindu kat dia... Hurm.. Tengoklah esok lusa aku datang rumah kau jumpa dia. Eh, kau nak pergi Ops kat sempadan tu bila? Jumaat ni ke? "

  "Yup! Jumaat ni aku kena bertolak dah. Tapi aku risau la pulak nak tinggal Maira sensorang. Takut jadi apa-apa dengan dia tak sihat lagi.. "

  "Aku kalau nak teman dia tu takde masalah la cuma... Kau faham kan, tak manis kami berdua je kat dalam rumah tu. Memanglah ada Aileen tapi si kecik tu mana boleh buat saksi incase kalau apa-apa jadi. Tak pun, macam ni lah! Mama aku pun tinggal sorang je kat rumah tu. Apa kata kau hantar Maira kat rumah aku je. Jadi kau pun tak risau apa-apa jadi kat dia. Mama aku pun ada kawan sembang dua hari tu... Ok? "

  Aneef berfikir sejenak. Bagus juga apa yang dicadangkan Hakim ni. Taklah dia risau nak tinggalkan Maira sendirian di rumah nanti.

  "Nanti aku bincang dengan Maira dulu. Kalau dia ok, aku roger kau balik. Tapi duduk serumah je tau! Jangan sebilik... "

  Hakim ketawa. Apalah Aneef ni.. Cemburu sungguh! 😂

  "Kau nii... Takkanlah aku nak try dia.. Walaupun dia memang taste aku, tapi selagi aku masih waras dan ada iman teguh di sini, aku takkan buat kau macam tu.. Inshaallah.."

  Ucap Hakim sambil menepuk dadanya. Aneef turut mengurut dada tanda lega.

  "Lega sikit la aku dengar kau cakap macam tu. Syukurlah dapat kawan baik macam ni.. Ni, aku balik dulu la. Nak bagi Maira makan ubat tu. Badan dia dah panas balik...apa-apa nanti call je lah ek.. "

  Aneef menghulurkan tangannya bersalaman dengan Hakim.

  "Ok-ok. Jaga Maira elok-elok. Apa-apa nanti call aku. "

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now