💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada,
Begitulah juga aku & kamu"💰💰💰
Aneef melingkar tangannya kemas di pinggang Maira semasa mereka menaiki eskalator di dalam pusat membeli belah terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Sesekali tangan nakalnya mencuit hidung Maira. Tanpa disedari lagak romantis mereka itu diperhatikan seseorang dari tingkas atas pusat beli belah itu.
Tangan Maira ditarik masuk ke dalam Watson's. Beberapa jenis alat mekap berbagai jenama dibelikan Aneef kepada Maira. Selain itu, keperluan diri Maira juga dibelikan sekali antaranya tuala wanita, deodorant,shampoo,minyak wangi,sabun mandi dan pembersih kewanitaan. Semuanya dipilih oleh Aneef Anaqi. Maira hanya menurut sahaja kehendak suaminya itu walaupun sebenarnya dia tidak tahu langsung untuk menggunakannya namun Aneef berjanji akan mengajarnya nanti perlahan-lahan.
Setelah keluar dari gedung farmasi serbaneka itu, Aneef mengajak pula Maira masuk ke sebuah butik pakaian dalam. Maira kelihatan kekok apabila Aneef pula yang sibuk memilih lingerie untuknya. Jurujual wanita itu hanya memandang mereka sambil tersenyum-senyum. Sesekali tubuh Maira ditarik Aneef ke depan dan belakang untuk mengukur saiz lingerie itu agar muat masuk di tubuh comel Maira. Merah padam muka Maira menahan malu. Aneef Anaqi memang seorang yang selamba. Tidak kisah sama ada tindakannya dipandang oleh orang-orang disekelilingnya atau tidak.
"Abang...cepatlah! Maira malu la lama-lama kat sini. Orang tengok kita tuu..." tunjuk Maira kepada orang yang lalu lalang di depan butik itu.
"Sayang....biarlah orang tengok. Bukan dorang kacau kita pun. Dan kita pun tak pernah kacau orang lain pun kan? Dah! Pergi pilih seluar dalam jenis mana sayang nak. Pergi ikut kakak tu dia tunjukkan. Pilih saiz bra sekali."arah Tuan Inspektor muda itu tegas sambil melemparkan senyuman ke arah jurujual wanita di sisi Maira. Maira hanya tersenyum sumbing di depan Aneef. Malunya sudah tidak dapat dibendung lagi. Rasa macam mahu menangis.
Aneef yang perasaan dengan perubahan riak wajah isterinya itu segera menghampiri mereka. Tangannya menggosok-gosok belakang Maira lembut.
"Sayang...tahu tak bra sayang cup jenis apa? Saiz berapa?"tanya Aneef separuh berbisik di telinga Maira. Pertanyaan suaminya itu dibalas dengan gelengan pantas. Suaminya itu tersenyum.
"Alahai sayangku Maira.... betul-betul suci kau ni! Rasa macam aku bawa seorang adik yang baru baligh beli pakaian dalam untuk pertama kalinya"bisik hati Aneef sambil tersenyum-senyum seorang diri. Lucu. Namun dia tetap sabar memilih saiz yang sesuai untuk Maira dengan bantuan jurujual di situ. Maira tak payah tanyalah, memang muka macam nak menangis dah kat fitting room tu!😂😂😂
Maira masih lagi dalam mood tak baiknya. Diam tak berkutik sepanjang jalan. Walaupun puas Aneef pujuk dengan bermacam-macam cara, tetap saja dia begitu. Akhirnya, tangan Maira ditarik masuk ke dalam McDonalds. Aneef membeli 1 sundae ice-cream chocolate dan 1 Mcflurry oreo . Mungkin rajuk si isteri dapat dipujuk dengan cara ini. Aneef mencuba nasib.
"Sayanggg.... nak aiskrim tak?"cup aiskrim diletakkan di hadapan Maira. Riak wajah Maira berubah ceria. Aiskrim coklat di hadapannya di pegang.
"Abang punya yang mana? Maira nak yang ni boleh tak?"cup Mcflurry ditolak kepada Aneef. Lega hati Aneef.
"Alahai sayang.... pujuk guna aiskrim je rupanya... Punyalah penat otak abang fikir nak karang ayat bergula manis-manis suweet-suweet tapi semudah ni ja dia cair. Rupanya upah aiskrim ja!"ketawa Aneef melihat tingkah laku si isteri. Comel. Aiskrim dihadapannya masih tidak disentuh. Seronok melihat Maira menyuap aiskrim di bibir mungilnya itu tanpa henti. Maklumlah,ini kali pertama dia dapat rasa aiskrim sesedap tu.
YOU ARE READING
Miss U ❤ Abang Inspektor
Romance⚠🔞⛔(Mature content) Tuan Inspektor Aneef Anaqi seorang yang tegas dan workaholic. Tidak pernah bercinta dan tidak punya perasaan untuk bercinta.Tapi dengan Dahlia Humaira tiba-tiba dia berubah 360°darjah! Dari tegas➡manja,kasar➡romantik! Kenakalan...