💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"
"Saya Aneef Anaqi. Suami kepada Maira, anak pakcik yang pakcik pernah nak jual dulu. Pakcik ingat lagi ke? "
Sinis Aneef memerli pakcik Ibrahim. Lelaki itu terus menunduk menekur lantai. Tak berani bertentang mata dengan menantunya itu .
"Kenapa ayah diam? Kenapa baru sekarang ayah cari anak ayah yang tak guna dan menyusahkan ni? Maira tak sangka orang yang sepatutnya jaga dan lindungi Maira sanggup dagangkan anak dia sendiri demi wang ringgit! Maira tak sangka ayah jadi hamba duit sampai tergamak nak jadikan Maira pelacur! Ayah jenis apa ayah ni? Apa salah Maira sampai gamak ayah nak buat Maira macam tu? "
Puas! Maira melepaskan amarahnya yang disimpan selama ni kerana perbuatan Ibrahim yang kejam itu.
Airmata sudah mengalir di pipi mulusnya.Aneef pula mengosok tenang belakang Maira menyuruhnya bersabar. Faham dia bagaimana rasanya tidak dihargai sebegitu rupa. Tentunya lebih sakit apabila dikhianati oleh darah daging sendiri berbanding orang yang tiada pertalian darah.
"Aa.. ayah terpaksa! Hang tak tau ayah takdak duit nak makan! "
Ibrahim bersuara. Agak lantang. Aneef memandang geram. Mahu saja dilumatkan muka lelaki itu tetapi mengenangkan lelaki itu adalah mertuanya, kesabarannya terpaksa ditebalkan sedikit lagi.
"Habis ayah ingat Maira makan apa dekat rumah tu? Ayah tak pernah tanya pun apa yang ada untuk Maira makan. Ayah tak tahu betapa susahnya Maira nak teruskan hidup tanpa ibu. Ayah bunuh ibu depan mata Maira! Masa tu Maira terlalu kecil untuk faham macam mana rasanya sakit. Tapi ayah paksa Maira untuk faham yang Maira perlu jaga dan lindungi diri Maira sendiri dari seekor binatang bergelar ayah! "
Ibrahim terpempan. Terkejut mendengar Maira memanggilnya binatang! Lantas dia bangun mahu menampar muka Maira. Namun cepat ditepis Aneef.
"Ini isteri aku! Kau tak berhak sentuh isteri aku tanpa izin aku sebagai suami dia yang sah! Walaupun kau bapak kandung dia tapi aku tetap tak izinkan kau jumpa dan sentuh anak bini aku sebab tangan binatang kau tu tak layak untuk sentuh diorang lagi apabila kau dah jual anak kau pada orang lain! Kau dah hilang hak istimewa kau sebagai seorang ayah! Kalau aku jadi kau pun aku malu nak berhadapan dengan anak aku sendiri setelah aku dajalkan dia dan hampir lacurkan dia! Tapi tak heranlah, kau kan muka tak malu. Apa yang kau harap bila kau jumpa Maira balik? Kau nak buat apa lagi dekat dia? Kau nak dia terima kau,setelah apa yang kau dah buat pada dia? "
Tengkingan Aneef mengejutkan staff-staffnya yang lain. Semua mata memandang ke arah kami.
"Aku nak mintak duit sikit! Aku tak ada duit! Hang takpalah dah senang ada laki kaya. Mana nak ingat aku dah! "
"Apa? Maira ingat ayah datang sini sebab betul-betul menyesal dengan apa ayah dah buat pada Maira, pada ibu! Rupa-rupanya ini tujuan ayah! Duit, duit! Ayah tak malu ke? Selama hampir 2 tahun ni mana ayah menghilang? Semua orang bagitahu Maira ayah dah mati kena tembak, tapi sebenarnya ayah masih hidup lagi tapi tak pernah pun cuba cari Maira. Ayah langsung tak peduli apa jadi dekat anak ayah sendiri! Nasib baik Allah jodohkan Maira dengan abang Aneef, tempat Maira bergantung dan berlindung! Kalau abang Aneef tak kahwin dengan Maira, entah-entah Maira pun lama jadi pelacur kat Siam tu sebab kena jual dengan bapak kandung Maira sendiri! "
Maira bengang. Kalau bukan diingatkan Ibrahim tu ayahnya dah lama dia tampar muka lelaki tua itu. Tindakan ayahnya memang melampaui batas kali ini.
"Macam nilah pakcik. Kami bukan tak nak tolong pakcik. Kalau pakcik datang sini dengan niat baik, kami akan layan dengan baik. Tapi sebab pakcik datang sini dengan niat tak baik, kami harap pakcik tak payahlah ganggu kami lagi. Pakcik nak duit kan? Ni! Ambil seribu ni. Pakcik mulakanlah hidup baru. Tapi tolonglah jangan ganggu isteri saya lagi. Kalau pakcik rasa dah betul-betul insaf dan mula sedar nak jadi seorang ayah balik nanti, baru pakcik cari saya!"
YOU ARE READING
Miss U ❤ Abang Inspektor
عاطفية⚠🔞⛔(Mature content) Tuan Inspektor Aneef Anaqi seorang yang tegas dan workaholic. Tidak pernah bercinta dan tidak punya perasaan untuk bercinta.Tapi dengan Dahlia Humaira tiba-tiba dia berubah 360°darjah! Dari tegas➡manja,kasar➡romantik! Kenakalan...