💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"
"Abang....macam mana kita nak tahu kalau orang tu betul-betul dah meninggal?"
"Maksud sayang? "
"Semalam.... "
Ayatnya terhenti disitu. Maira jadi takut-takut . Aneef mengalih pandang ke arah Maira. Keningnya ternaik sedikit.
"Kenapa sayang? Abang nampak sayang ni gelisah semacam je. Ada apa-apa yang tak kena ke ni? "
"Macam ni.. Semalam,ada orang cari Maira dekat gym. Tapi masa tu Maira tak sampai lagi, jadi dia tinggalkan nota ni dekat Amir..."
Nota semalam dikeluarkan dari tas tangannya lalu diberikan kepada Aneef yang sedang memandu.
Aneef membaca nota itu berkali-kali. Muka Maira dipandang sekilas.
"Kenapa sayang tak cakap dari semalam pasal hal ni? Sayang ingat ni benda main-main ke? Sayang masih tak serik ke kena culik hari tu? "
Mood Aneef sedikit dingin. Berubah riak wajahnya. Maira dah mula rasa nak menangis. Takut dan bimbang jika Aneef memarahinya.
"Abangg... Maira minta maaf... Maira pun tak tahu macam mana nak bagitahu abang. Maira pun terkejut..."
"Jadi inilah soalan yang sayang tanya abang tadi? Macam mana nak tahu orang tu betul-betul dah mati tau tidak? "
Maira mengangguk. Air mata dah mula bertakung di tubir matanya.
"Let me handle this! Biar abang siasat dulu... "
Jemari Maira digenggam kemas. Aneef nampak ada airmata di pipi isterinya itu.
"Hei sayangggg... kenapa menangis ni? "
"Abang marah Maira...."
Manjanya seperti video awek yang sedang kelaparan cendol. 😂
Meletus ketawa Aneef."Alahai bini aku ni... Awat yang manja sangat? Abang tak marah sayang pun... Cuma lain kali kalau benda-benda penting macam ni janganlah lengah-lengah beritahu abang. Sayang pun tahu kan ayah dah tak ada? Habis, takkan semudah tu sayang nak percayakan orang yang bagi nota ni? Tak ingat ke masa sayang kena culik hari tu taktik diorang guna pun lebih kurang macam ni kan? Dah! Tak mo nangis. Abang minta maaf sebab berkasar tadi. Nanti abang settle benda ni. Sayang tak payah fikir, ok?"
Peha Maira ditepuk lembut. Pipi gebu Maira turut disentuh. Airmata isterinya itu diseka dengan jari.
"Jom.. Dah sampai. Ingat abang pesan ni, kalau ada siapa-siapa pun cari sayang , cepat-cepat inform abang. Jangan pandai-pandai ikut orang yang sayang tak kenal tau! Bahaya. "
Pesan Aneef pada Maira bagaikan seorang ayah kepada anak gadis lagaknya. Kerana kejadian culik tempoh hari, Aneef sentiasa kena ambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan isterinya itu. Tak mahu kejadian sama berulang kembali.
Masuk sahaja ke dalam gym, Hans orang pertama yang dicari Aneef.
"Hans!"
"Ha, Tuan! Pagi Tuan. Kebetulan saya pun memang cari Tuan ni. "
"Aku pun cari kau! Buka cctv date semalam aku nak tengok! "
"Saya dah buka pun Tuan. Ni saya dah print out wajah dia. Memang saya nak call Tuan semalam tapi Puan kata Tuan ada operasi jadi kami tak nak ganggu Tuan. "
"Lepas ni kalau orang ni datang lagi, cepat-cepat call saya. Jangan bagi dia dekati Maira walau atas apa alasan sekalipun! Betul atau tak dia ayah kandung Maira yang sebenar, itu saya akan siasat. Tapi buat masa sekarang awasi dia jangan sampai dia apa-apa kan Maira. Faham? "
YOU ARE READING
Miss U ❤ Abang Inspektor
Romance⚠🔞⛔(Mature content) Tuan Inspektor Aneef Anaqi seorang yang tegas dan workaholic. Tidak pernah bercinta dan tidak punya perasaan untuk bercinta.Tapi dengan Dahlia Humaira tiba-tiba dia berubah 360°darjah! Dari tegas➡manja,kasar➡romantik! Kenakalan...