💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada, begitulah juga aku & kamu"
"Abang!!! "
Maira terjaga dari tidurnya. Dia menangis. Melihat Aneef pulang dalam keadaan berlumuran darah sangat menakutkannya.
Masih terngiang suara Aneef meminta tolong berkali-kali namun akhirnya suara itu tenggelam dengan sendirinya bersama tubuh yang lemah longlai tertiarap ke tanah.
Telefon bimbit di atas night stand dicapai. Nombor Aneef didail berkali-kali. Tiada jawapan. Maira hampa.
"Abang... Maira rasa tak sedap hati... Maira harap abang selamat kat sana.. "
Telefon digenggam kemas. Airmata yang menitis di pipi diseka perlahan. Maira bangun melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia mahu membuat solat sunat tahajjud seperti kebiasaannya.
Dalam sujudnya dia masih melihat Aneef mengesot kesakitan meminta pertolongan dalam keadaan yang berlumuran darah.
"Apakah yang cuba disampaikan kepadaku ini Ya Allah? Tolong jangan ambil suamiku tuhan..aku belum bersedia untuk kehilangannya!"
Bisik Maira pada hatinya. Dia mendongak melihat jam di dinding. Baru pukul 3 pagi.
Al-quran terjemahan hantaran semasa perkahwinannya dibuka dan dibaca. Debaran hati yang kencang membuatkannya tidak fokus terhadap bacaannya. Sebutannya asyik salah saja.
Akhirnya Al-quran itu ditutup. Airmata yang ditahan sejak tadi berhamburan keluar. Dia risaukan Aneef. Dia tak sanggup melihat Aneef dalam kesakitan sebegitu walaupun hanya didalam mimpi dan bayangan.Apalagi kalau dalam realiti.
"Ya Allah ya tuhanku, Maha Suci Engkau yang hebat merancang dan berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu,aku memohon pada Mu Ya Allah kau selamatkanlah suamiku Aneef Anaqi walau di mana pun dia berada.Lindungilah dia dari sebarang bahaya dan bencana sama ada yang nyata ataupun yang tersembunyi. Jauhilah dia dari perbuatan zalim manusia. Kau panjangkanlah umurnya dan berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi sebarang rintangan dan dugaan yang mendatang. Hanya Engkau lah sebaik-baik penolong Ya Allah. Maha Suci Engkau yang Maha Mengetahui apa sahaja yang tersirat dan tersurat. Kau perkenankanlah doaku ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.. "
Doa panjang diatur. Airmata yang masih bersisa diseka dengan hujung jari.
Sekali lagi telefon bimbit dicapai dan didail. Tetap tiada jawapan dari Aneef.Hati yang rawan dipujuk sendiri.
Sejadah dan telekung dilipat rapi dan diletakkan di atas penyidai sejadah.
Maira melabuhkan punggungnya di birai katil. Bingkai gambar perkahwinan mereka diambil lalu dibawa ke dada.
Maira cuba memejamkan matanya untuk meredakan ribut kuat yang sedang membadai hatinya saat ini dengan beristighfar hingga akhirnya dia terlelap dengan sendirinya.
Telefon bimbitnya menjerit nyaring meminta dijawab. Terpapar nombor Kak Nadia di skrin Telefon.
"Hello Assalamualaikum Maira. Maira ada mana? "
"Waalaikummussalam kak. Maira ada rumah ni. Kenapa kak?"
"Ok takpe. Kejap lagi akak sampai. "
Talian diputuskan. Kak Nadia macam tergesa-gesa.Maira kembali ke dapur menyendukkan nasi goreng kampung di dalam kuali masuk ke dalam pinggan.
Perutnya yang lapar minta diisi dengan segera. Sejak semalam dia tidak menjamah makanan. Terasa senak sudah perutnya.
Ketukan di pintu kedengaran. Maira yang sedang mencuci kain di dalam mesin basuh berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.
"Maira.... "
YOU ARE READING
Miss U ❤ Abang Inspektor
Romance⚠🔞⛔(Mature content) Tuan Inspektor Aneef Anaqi seorang yang tegas dan workaholic. Tidak pernah bercinta dan tidak punya perasaan untuk bercinta.Tapi dengan Dahlia Humaira tiba-tiba dia berubah 360°darjah! Dari tegas➡manja,kasar➡romantik! Kenakalan...