🎈Special Part🎈

41.8K 1K 85
                                    

💘🔫"Pistol &peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"

Hakim, Farina dan Tengku Faridah yang baru tiba di hospital selepas selesai majlis resepsi mereka petang itu nyata terkejut melihat bayi-bayi Maira dan Aneef. Sangka mereka hanya seorang sahaja tetapi rupa-rupanya sekali kembar.

"Neep!Kau makan apa ni sampai boleh dapat dua sekali? Sharelah petua dengan aku mana tahu aku boleh praktikkan ke.. "

Soal Hakim. Bergurau. Tengku Faridah dan Farina sudah mengangkat kedua kembar itu ke dalam dakapan.

" Mana ada petua apa-apa lah Kim! Kecuali aku hari-hari makan telur rebus. Bolehlah kau try mana tahu petua aku menjadi. Sekali mengandung dapat kembar 5 ke, nanti boleh lah kita buat friendly bola sepak! Hahaha.."

Balas Aneef selamba. Semua disitu ketawa.

"Kalau telur rebus la petuanya, hari-hari aku kena makan telur rebus satu papan la jawabnya! Tapi sayang, kalau abang tertentutt tu jangan marah ek.. Anak kembar punya pasal!"

Hakim mengangkat keningnya kepada Farina. Tersengih-sengih dia melihat Farina.

"Banyaklah petua dia ni.. Kalau kentut bau satu bilik tu nak tutt pun tak dak selera la cik abang oii.. Kan mama? Apa punya Aneef ni pun. Entah apa-apa petua la dia bagi ni..."

Farina ni sejenis spesis yang cakap lepas tak ada selindung-selindung langsung. Relaks je dia bantai tuttt tu.. 😂

"La, dah korang tanya aku bagitahu la. Dah tu je aku amalkan, mana ada petua lain nak bagi. Lagipun mana ada keturunan aku anak kembar, Maira pun takde. Masing-masing anak tunggal, dah rezeki dapat kembar nak buat macam mana.. Barang baik bro! Lempar kat mana pun hasil dia tetap menjadi, hahaha.. "

Seloroh Aneef. Maira menampar lengan Aneef manja. Suka melawak blue style. Malu dia depan Tengku Faridah ni. Maklumlah orang tua kan, nanti apalah dia fikir pulak.

"Sorry la mama.. Abang ni kalau melawak tak kira dah siapa depan dia. Malu kat mama la abang oii.. "

"Takpe lah Maira.. Mama open-minded je. No problem.. Hehehe"

Balas Tengku Faridah. Maira dan Aneef tersenyum.

"Ni ma, kena suruh budak dua orang ni cepat-cepat sikit ma! Kami dah tiga, kalau nak lawan kitorang kenalah aktif sikit! Ha, amacam? Ada brannn? "

"Amboi amboii... Ok! Baik! Aku sahut cabaran kau tu Neep! Jom sayang. Kita balik buat anak ramai-ramai! Kita buktikan kita boleh lawan! Lawan tetap lawan! Hahaha"

Bidas Hakim kembali. Dia mengacah menarik tangan Farina mahu keluar dari wad. Terus pecah ketawa mereka berlima disitu.

"Ewah-ewah Tengku Hakim Fahri oiii... Kamu ingat nak buat anak tu senang macam kamu tanam kacang hijau esok lusa jadi taugeh? Hei.. Buat memang senang, tapi nak lekat tu susah. Sebab kuasa memberi rezeki tu bukan kat tangan kita. Kat tangan Allah! Faham? "

Tengku Faridah mula dah potpet potpet. Hakim nampak sudah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kan dah kena tazkirah awal ramadan.. Amik kau! Hahaha.. 😂

"Yelah-yelah, faham.. Mama ni kan.. Suka berleter! Nanti jadi nenek kebayan baru tau!"

Hakim mengusik Tengku Faridah. Mereka semua ketawa dengan telatah Hakim dengan mimik mukanya yang sedikit manja dan keanak-anakan itu.

"Tengok tu.. Sampai hati kata kat mama nenek kebayan! Mama nak lari lah! Nak duduk dengan Maira! Tak nak kawan kamu lagi! Huh! "

Tengku Faridah acah-acah merajuk. Eloklah perangai mak dengan anak ni. Macam-macam peel!

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now