02

5K 172 5
                                    

Tittt, tittt, tittt, tittt.

Bunyi penggeraku yang sudah tepat pada pukul 6:30 pagi. Aku hanya mempunyai masa 30 minit untuk bersiap ke sekolah. Mataku masih mamai, tak salahkan kalau aku tidur lima minit lagi? Disebabkan faktor mengantuk, aku melelapkan mataku semula.

"Tengku Iyad Zavier, bangunn!!!!! Dah lewat ni!!! " ujar seorang wanita dalam lingkungan 30-an mengejutku. Wanita itu ibuku yang bernama Tengku Qaseh. Aku hanya mengendahkan kejutan ibuku. "Iyadd!!!!! Bangun, dah pukul 7:15 dah!! " kejut ibuku yang berusaha mengejut anak bujangnya ini. "Apa! Alamak, ibu kenapa tak kejut Iyadd! Iyad dah lambat ni" kataku lalu terus bangun meninggalkan ibuku yang sudah bercekak pinggang. "Eisshh anak aku ni" keluh ibu.

🌸🌸

"Ibu Iyad pergi dulu! " tegurku pada ibu yang sedang menyediakan breakfast. "Iyad meh sini sarapan dulu"ajak ibu yang sudah menyapukan planta pada roti. "Maafkan Iyad ibu, Iyad dah lambat. Assalamualaikum ibu, bye-bye" terus aku pergi ke arah motor dan terus pergi ke sekolah.

🌸🌸

"Iyad Zavierr! Kamu lambat lagi ke kelas saya! " marah cikgu yang mengajar subjek Bahasa Melayu itu. Eishh aku terlambat lah, bukan sengaja! "Saya lambat je cikgu. Untung saya masuk kelas cikgu daripada tak masuk kelas cikgu" jawabku selamba. Inilah salah satu sikap aku, jenis yang kuat melawan. "Berani ya kamu menjawab cakap saya! " marah cikgu itu lagi. Senang cerita nama cikgu tu Cikgu Irsyad. Cikgu yang paling annoying yang aku ada. "Kalau saya tak jawab cikgu, cikgu kata saya bodoh pulak" balas aku lagi. Biadap kan? Haha.

"Wehh, kau tengok pakwe kau tu. Berani dia lawan cakap Cikgu Irsyad. " ujar salah seorang perempuan yang bernama Sarah. "Haha, normal lah tu. Aku suka cara dia, thats my boyfriend" ujar Riana yang bernama IC Putri Riana Safiyyah. Yelaa jujur aku cakap yang Riana tu awek aku. Actually kita orang couple pura-pura je.

Yelah orang sibuk cakap yang aku ni handsome, cool, kacak and everything yang ada pada aku tapi takde awek. Sedihkan? Bukan sebab aku ni jual mahal ataupon *GAY* tapi aku jenis yang tak minat nak bercinta. Why? Sebab tak semua perempuan boleh tahan dengan ego and panas baran aku. Ibu aku sahaja yang mampu bertahan sampai sekarang. Aku couple dengan Riana sebab popularity dia dan dia ni pun jenis yang tergila-gilakan aku. So why not aku try couple dengan dia.

"Iyad! Pergi berdiri di luar kelas saya! " marah cikgu Irsyad yang mukanya memula merah. "Sekarang ke cikgu? " soalku. "Yeee! KELUAR SEKARANG! " kata cikgu Irsyad. Perhh berdesing sia telinga aku. Tanpa melengahkan masa, terus aku pergi ke tempat dudukku untuk meletakkan beg.

"SAYA SURUH KAMU KELUAR, BUKAN DUDUK KAT SITU IYAD!! " jeritan cikgu Irsyad membuatkan semua murid dikelas itu terhinjut bahu. "Saya letak beg cikgu, bukannya nak duduk haih. Cikgu meh sini saya ajar gaya positif saya. Pandang positif, buang negetif, readha, tersenyumlah. Cikgu buatlah banyak kali. Insya Allah jadi Cikgu" jawabku selamba sambil membuat gayanya sekali.

Habis satu kelas 5 Cerdik tergelak sakan dek kerana caraku menganjing cikgu Irsyad yang tak pernah pandang positif terhadap anak muridnya.

"TENGKU IYAD ZAVIER! KAMU BERDIRI KAT LUAR SEKARANG!!!!!!!!! " jerit cikgu Irsyad dan kelas kembali senyap semula.

🌸🌸


"Best tak duduk luar kelas? " soal memberku yang susah senang sentiasa bersama iaitu Nash. "Best dow, tapi yang tak bestnya dapat rotan kat punggung aku ni. Sakit siaa. " ujarku sambil menggosok punggungku yang masih rasa kesakitan.

"Tulah kau, sape suruh kau melawan cakap cikgu Irsyad tu. Memang kena ah, kau tahukan dia tu cikgu disiplin" ujar Dz yang dikenali sebagai Dzareel. "Aku tahu, tapi tulah menye..... " belum sempat aku menghabiskan ayat minah nie pulak sampai "Baby, sakit tak punggung tu? Kenapa melawan cakap cikgu. Tengokkan kena padahnya". "Aku takde papelah, janganlah risau. Yang kau ni pegang-pegang tangan aku kenapa? " soalku kepada Riana a.k.a drama queen.

"Oppps, sorry tak sengajalah pulak" kata Riana lalu menjauhkan tangannya dari terus memegang tanganku. Aku pandang anak mata Riana, memang sah budak nie betul-betul risaukan aku. Tengah syok 'eyecontact' dengan Riana, si Nash nie pulak memekak "Wehh Iyad, tu new student ke? " soalnya sambil menunjukkan seseorang gadis yang memasuki ke sekolah mereka.

"Manalah aku tahu, kalau aku tahu aku dah pergi dekat sana" jawabku ringkas. "Kalau dia new student, jangan harap kau boleh amik dia daripada aku" pesan Dzareel pula. "Asal pulak? " soal Nash. "Sebab dia aku punya. HAHAHAHAHA " jawab Dz, suka hati dia je nak warning-warning orang. Aku dan Riana hanya mampu ketawa sepuasnya.

.
.
.

To be continue ❤

TengkuWhere stories live. Discover now