04

4K 142 7
                                    

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 2 petang, ini menunjukkan sesi persekolahan sudah tamat.

Aku pun mengemas barang-barang serta buku yang aku gunakan semasa belajar tadi. Pelajar yang lain turut mengemas barang mereka. 'First day kat sini aku dah kena perah otak' bisik hatiku sendiri. Iyad? Dia dah lama balik, buku teks semua dia tinggal bawah meja. Jangan contohi, kena rampas sia-sia hidup dia, yang ada kat kelas ni cuma dua tiga orang saje. Dzareel? Dia tengah tunggu aku tu kat luar kelas.

Setelah aku siap mengemas barang, aku terus menuju ke luar kelas. Tetapi langkahku terhenti apabila namaku dipanggil. Terus aku pandang belakang, ouh Sarah dengan Riana panggil aku. "Nak apa? " soalku sambil memandang Sarah yang wajahnya sedikit merah. "Kau boleh tanye nak apa?!  Kau tahu tak Dzareel tu pakwe aku! Yang kau duk menyebok gatal-gatal duduk sebelah dia kenapa! " jerit Sarah, Riana pula hanya tersenyum sinis memandang aku apabila aku dimarahi oleh Sarah. Tak takut, bluek! "Dzareel pakwe kau? Haha so funny. Kalau dia pakwe kau, kenapa dia tak rehat dengan kau? " lawanku. "Eiiiii, geramlah aku dengan kau! Last warning aku bagi! Kalau kau masih berdegil nak berkepit dengan Dzareel aku, siap kau! " jawab Sarah pula. "Eheh, pikir aku takut dengan warning kau tu? Haha loser" ujarku lalu meninggalkan mereka berdua.

🌸🌸

"Kenapa lambat sangat? " soal Dzareel yang bersandar pada pintu pagar sekolah. "Tadi tu, ada dua ekor mak jemah serang saya" jawabku selamba sambil memasukkan lolipop ke dalam mulutku. "Ouh, siapa jemah tu? Mana lolipop untuk saya? " soal Dzareel lagi. "Girlfriend awaklah, si Sarah tu dengan kawan dia" ujarku lalu membuka sampul lolipop untuk diberikan kepada Dzareel. "Eiuww, that girl? Not my taste. Taste saya macam awa... " tak sempat Dzareel menghabiskan ayatnya, aku terlebih dahulu menyumbat lolipop ke dalam mulutnya. Sweetkan?

"Eish apalah awak ni main sumbat je. Bagilah saya abiskan ayat saya dulu" bebel Dzareel. "Saya tahu apa yang awak nak sampaikan Dz" jawabku. "Nie awak balik naik apa?" soal Dzareel. Memang kuat menyoal budak ni. "Saya balik naik driver. Tapi tulah tak sampai-sampai drivernya, dah pukul berapa ni" ujarku yang tak berhenti memandang kekiri kekanan. "Mehlah saya hantar awak balik."

"Ehh susah-susah je. Takpelah" kataku. "Takpe, lagipon saya naik motor. Apa salahnya hantar awak sekali. Takkan nak biarkan anak dara sorang-sorang kat sini." jawab Dzareel. Taknak kalah budak ni. "Ermm, takna... " ayatku tergantung apabila Dzareel terus menarik lengan baju kurung sekolahku pergi menuju ke arah parking motorsikalnya.

🌸🌸

"Thankyou"ujarku. "Welcome, dah masuk dalam rumah sana. Jangan lupa solat asar sekali tau" ujarnya sambil tersenyum menampakkan giginya yang rata. Cair aku dibuatnya. "Kau buat aku cairlah" kataku perlahan. "Apa awak cakap tadi? Tak dengarlah" soalnya. Fuh sebaik dia tak dengar, kalau tak mati aku. Terpakse pakai kotak kat muka. "Takde apalah. Okey bye Dz. Saya masuk dulu" ujarku lalu melambai kearah Dzareel yang sudar beredar dari halaman rumahku. Semasa aku tersenyum seorang diri, seseorang menegurku.

"Qalissa"

"Ehh mama, assalammualaikum maa. Sorry late, tadi pakcik Wahab tak amik dekat sekolah, kenapa maa?" soalku, aish aku dah berdebar je kalau mama syak yang aku memboncengan dengan lelaki. "Waalaikumsalam, takpe. Ouh pakcik Wahab balik rumah sebab bininya nak bersalin anak yang ke-.. Ha nie kamu balik naik apa? " soal mamaku pula. "Lissa ba-balik na-naik.. Ermmm, naik... " kataku tergagap-gagap. Takut nak beritahu sebab mama mesti marah bila naik motor dengan lelaki yang baru kenal. Sedangkan aku naik Aisy sebab pakcik Wahab tak amik pun mama marah. Aisy yang dah lama kenal pon mama marah, alangkah Dzareel.

TengkuWhere stories live. Discover now