18

4K 130 30
                                    

"Lissa, muka kau teruk sangat ni" ujar Iyad yang membelek-belek wajahku. "Biarlah teruk. Biar kau tak suka aku. Hahahahaha, aduh" ujarku yang ketawa sesuka hati dan pipiku mula sakit. "Ha gelak lagi. Kan dah sakit" kata Iyad yang menyuapkan aku sesudu bubur. Gigi sakit, pipi lebam, tepi bibir ada lebam sikit, memang hebatlah rasanya.

"Aku taknak dah Iyad" ujarku yang menolak mangkuk yang di pegang Iyad. "Makanlah, kau tu sakit au" kata Iyad lalu menyuakan sesudu bubur. Kesian tengok Iyad dah penat masakkan bubur tapi aku tak makan.

"Makanlah, kau tu sakit. Makan banyak sikit" suruh Iyad yang menyuakan makanan. Aku tolak. "Aku kenyang" ujarku lalu menuju ke tandas.

"Susah jaga nak orang ni"

++

"Dzareel, aku mintak maaf sebab tak bagitahu bende ni kat kau" rayu Iyad. Dzareel nampak semuanya. Nampak perbuatan Iyad dan Adriena di hospital waktu itu.

"Kenapa tak bagitahu aku?" soalnya.

"Aku tak nak kau kecewa Dzareel" balas Iyad yang memujuk Dzareel. "Kecewa sebab?" soalnya lagi.

"Sebab aku kahwin dengan Ad" jawab Iyad. "Ginilah Iyad, man and man. Cerita sini abis sini. Aku cuba nak bukakan hati aku untuk perempuan macam Adriena tu. Tapi tak boleh Iyad, aku trauma dengan semuanya. Aku-" ayat Dzareel di berhentikan.

"Tell me" suruh Iyad yang menepuk belakang kawannya. "Aku tak boleh move on dengan Riana. Dia first love aku" sambung Dzareel.

"Biar aku tolong kau rembat hati dia"

"Nice dude" balas Dzareel yang membuat Hi-5. Iyad menyambut hi-5 milik Dzareel. Mereka berdua tergelak sesama sendiri.

++

"Riana, aku cuma nak kau jangan ganggu isteri aku" ujar Iyad secara lembut di depan Riana. "Tapi Iyad, saya cintakan awak" balas Riana yang mula mengalirkan air mata. "Jangan sekali kau mengalirkan air mata kau. Air mata kau mahal" ujar Iyad yang mengelapkan air mata milik Riana menggunakan sapu tangannya.

"Kau benci aku?" soal Riana yang berhenti mengalirkan air mata. "Aku tak benci kau. Aku cuma tak ada rasa sayang bila dengan kau. Macam ni lah, kau bahagialah dengan orang yang sukakan kau. You know what, Dzareel actually suka kau. Dah tiga tahun. Tapi sejak kau tergila-gilakan aku. Dia berubah serta merta" balas Iyad panjang lebar. "Dzareel?" soal Riana yang mula bingung.

"Ya Dzareel. Kau tak pernah nampak ke?"

"Dia terlalu baik Iyad. Aku jahat, orang jahat tak sesuai untuk orang baik" balas Riana spontan mengalirkan airmata. "Don' cry" ujarnya. Riana tersentak saat air matanya di sapu oleh orang lain. Dia memandang.

"Dzareel? Awak buat apa kat sini"

"Saya kat sini sebab nak hati awak jadi milik saya"

++

+7 Years Later+

Dah 5 tahun pernikahan aku dan Iyad. Aku dah habis belajar, sudah berkerja dan sudah memberi Iyad perluang untuk mendapatkan cintaku. Aku bekerja sebagai Doctor, Iyad pula bekerja sebagai CEO di syarikat papa.

"Sayang" panggil Iyad. "Iyaa" balasku yang asyik membaca majalah. Iyad melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Hai baby papa. Sihatkan?" soal Iyad yang meletakkan telinganya di perutku yang sudah memboyot. Kandungan aku sudah mencecah 9 bulan. Tunggu hari je aku dah nak bersalin

TengkuWhere stories live. Discover now