Dua minggu sudah berlalu. Pernikahan antara aku dan Iyad sudah terlaksana dengan biase sekali. Kami sekeluarga hanya menjemput tetamu-tetamu yang penting sahaja. Tak lupa juga Nash jugak turut hadir. Tapi perkara itu dirahsiakan.
"Lissa, terima kasih sebab jadi isteri aku" ujar Iyad yang sudah duduk disebelah aku. "Sama-sama. Wait, why you call me Lissa?" jawabku sambil menanyakan soalan. Dari haritu dia panggil aku Lissa. "Nama manja kau kan?" soal Iyad semula. Soalan berbalas soalan terlaksana. "Haah"
"Aku panggil Lissa sebab tu nama manja kau. So, kalau aku panggil kau Lissa. Kau boleh bermanja dengan aku" jawabnya. "Eeiuww, jijik aku nak manja dengan kau! Kau kena ingat pernikahan kita ni hanya atas kertas" balasku. Muka Iyad yang senyum terlihat gigi arnah kini bertukar muram. Aku salah cakap ke?
"Kenapa Iyad? Muka kau tu" soalku sambil menunding jari ke arah mukanya. "Takde apalah" jawabnya lalu menghempaskan badannya ke katil bilik kami berdua.
"Ha okay. Aku nak mandi jap. Rimas aku pakai baju wedding ni" kataku yang sedikit menggaru belakang leherku yang sedikit gatal. Langkah kaki ini di tuju ke bilik air.
"Lissa, aku harap kau boleh buka hati kau untuk aku"
🌸🌸
"Iyad, bangun. Dah pagi, aku dah buatkan sarapan" ujarku yang tak berhenti menolak-nolak badan Iyad. "Hmm" jawabnya. "Bangun. Nanti kita lambat nak ke sekolah" kataku. Pergh memang Iyad ni susah nak bangun ke? Aku yang malas nak mengejut Iyad lantas menyepak badan Iyad sehingga jatuh tergolek-golek. Actually semalam aku tidur dekat lantai, dia tidur dekat atas. Sadlife.
Sesudah Iyad berhenti berguling di atas lantai kerana di sepak oleh aku lantas dia bangun naik ke katil semula dan sambung tidur. Shit, penat aku sepak.
"Hehehe, taknak bangun ye Iyad" ujar aku lalu mengambil sesuatu di dalam laci meja solek aku.
Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke sebelah Iyad yang masih lena di buai mimpi. Lantas aku meletakkan benda yang ku pegang tadi di telinganya.
"IYADD!! LIPAS KAT TELING KAU!" jerit aku. Iyad yang terkejut itu lantas melompat turun dari katil dan berlari menuju ke belakang aku.
"EIIII LIPAS!" jeritnya. "Hahahahahahahahahaha" tergelak-gelak aku melihat telatah Iyad yang tak ubah persis kanak-kanak. "Kau pehal gelak-gelak" bentaknya kerana aku tak berhenti gelakkannya. "Kelakar,dengan lipas pon kau takut"
"Diam kau. Ha sekarang pukul berapa?" soalnya. "Sekarang pukul 7:10 minit" jawabku selamba. "Kau pehal tak kejut aku!" jerit Iyad lalu berlari laju menuju ke arah bilik air. "Aku dah buatkan sarapan! Nanti turun makan!" laungku yang membetulkan tudung sekolah aku. Aku memandang jam baru pukul 7:15. Wait, what! Lagi 5 minit nak 7:20. Terus aku berlari pecut kalah semut menuju ke garaj.
Ha Pak Samad ada kat situ. Mana Pak Wahab? Cuti bini bersalin anak yang ke-17 ke? Lantaklah janji aku tak kena denda.
"Pakcik Samad. Hantar Ad pergi sekolah" ujarku lalu masuk ke dalam perut kereta BMW. Pak Samad akur lalu memulakan perjalan ke sekolah.
🌸🌸
"Sebaik kau sempat sampai. Kalau tak aku dah suruh kau cuci tandas" ujar seorang pengawas yang menjaga pagar sekolah. Seminit sahaja lagi aku akan di denda. Sebaik tepat sampai. "Terima kasih" ucapku lalu berjalan pantas menuju ke kelas.
Setiba di depan pintu kelas. Jantung berdegup laju. Ni maknanya takut kena marah lah ni.
*tokk.. Tokk.. Tokk*
Pintu kelas aku ketuk.
"Masuk" ujar cikgu Idayati. "Maaf cikgu saya terlambat" balasku. Cikgu Idayati hanya membalas senyuman sahaja. Lalu aku berjalan menuju ke tempat duduk ku. Tempat Iyad masih kosong. Abislah kau Iyad, kena cuci tandaslah nampaknya.
Aku mengeluarkan buku teks Sejarah. Muka surat 34 aku buka. Wow, bukak je dah mengantuk. Kuat kuasa buku sejarah ni.
"Maaf cikgu saya lambat" ujar seseorang. Hahah Iyad rupanya. Lambat gile. "Kenapa awak lambat. Sekarang ni awak dengan Adriena lambat. Kalau sorang lambat saya boleh terima. Nie awak dengan Adriena lambat"
"Maafkan saya cikgu. Saya janji tak buat lagi" ujar Iyad. Jangan cakap cikgu nak denda aku dengan dia ah. "Janji? Ehh tahun lepas awak lambat. Janji taknak buat lagi. Tapi awak buat jugak. Adriena!" panggil cikgu di hadapan. Aku berdiri dengan wajahnya memandang lantai. "Adriena, bisu ke sampai taknak jawab!" kalini suara Cikgu Idayati semakin kuat. Patutlah jadi andartu.
"Ye cikgu" jawabku. "Saya nak awak dengan Iyad cuci tandas lelaki!" jerit cikgu terhinjut bahu kami sekelas. "Tapi saya takde kena mengena dengan Iyad cikgu" aku pertahankan diriku. "Takde! Awak dengan Iyad tadi lambat! Sekarang pergi cuci sana!" aku hanya akur. Langkah malas ini ku tuju ke tandas lelaki bersama Iyad.
🌸🌸
"Apalah nasib ku ini. Kena mencuci tandas lelaki yang busuk ini pada waktu pagi begini oh kasih" nyanyiku. Bosan dow. Dah lah krik-krik. Iyad diam je sambil buat kerja. "Diamlah! Buat lah kerja kau!" marah Iyad. Salah ke aku menyanyi?
"Sukati aku ah. Sebab kau aku kena cuci tandas!" marahku. "Kau yang taknak kejutkan aku waktu pagi!" balas Iyad dengan nada suara yang tinggi. "Aku da kejut! Kau yang taknak bangun. Lepastu aku letak lipas baru nak bangun!" marah ku pula. Kami bertekak di dalam tandas. Nice ah, setan sokong je.
"Kau boleh tak jangan melawan cakap aku!" ujar Iyad lalu menjatuhkan mop yang di pegangnya tadi. Langkah Iyad dituju semakin dekat dengan aku. Shit! Nak buat apa sia
"Mulut aku! Mampus lah aku nak cakap apa pun! Kau kenapa! Bende remeh nak besarkan!" bentakku. Iyad semakin dekat. Kini posisi aku adalah melekat di dinding. Manakala Iyad mengunci aku dengan kedua belah tangannya. Aku tak boleh larikan diri.
"Perkara remeh? Haha so funny. Remeh ke kalau sampai kena cuci tandas!"
Kini aku terdiam. Kerana suara Iyad lebih kasar berbanding tadi. "Asal diam? Tadi kata mulut kau. Lawan lah!"
"Lepaskan aku lah! Nanti orang nampak! Bodoh lepaskan!!" jeritku. Yelah takut kantoi yang aku dah kahwin!
"Mulut kau tak boleh diam eh? Madah nak jerit je" suaranya kini mula berbisik di telinga. "Haah! Memang tak boleh nak DIAM!!!!" perkataan diam aku jerit.
"Sini aku diamkan kau"
Ohmygosshhhh. Dia cium aku! Kenapa jantung aku laju sangat ni!
Wait! First kiss aku doh! Semalam baru kahwin takkan aku boleh relakan je! Terus aku tolak Iyad dengan sepenuh kekuatan yang aku ada. Terduduk dia di buatnya.
"Kau takde hak nak kiss aku! Aku tak cintakan kau! Berambus!" tengkingku lalu berlari meninggalkan tandas lelaki itu.
"Balas kiss aku tu bukan jatuh cinta ke? Haha"
.
.
.To be continue.
YOU ARE READING
Tengku
Teen Fiction[Season 1 COMPLETE] Kes kahwin paksa dalam usia 17 tahun, cliche kan? Tapi tu biasa. ------ Tolong vote sekali, kerjasama anda sangat saya hargai Start: 17/6/18 High ranking: #96 in teenfiction (22/6/18)