17

2.8K 127 6
                                    

*Titttt.. Titttt.. Titttt*

Jam lonceng milik aku berbunyi kuat untuk menyedarkan aku bahawa sudah tepat 6:30 pagi. Waktu begitu aku sering bangun jika hari persekolahan. Aku mencelik kedua-dua mata. Nafas hangat milik Iyad membuatkan leherku menjadi geli. Tangannya memeluk erat pinggangku. First time Iyad sedekat ini dengan aku dan first time jugak dia sekatil denganku. Aku mengalihkan tangannya, malangnya dia mengeratkan lagi pelukan.

"Iyad bangun" ujarku setelah menghadap Iyad. "Hmm" responnya. "Bangunlah, kita nak ke sekolah nanti" ujarku yang dahinya dan dahiku tersentuh. Tangan kanan aku menyentuh pipi milik Iyad. "Iyad, bangun. Kita nak kesekolah. Nak kena cuci tandas lagi ke?" soalku. "Taknak. Lima minit" ujarnya yang sengaja mendekatkan wajahnya dengan wajahku sehingga menyebabkan hidung kami berlaga.

Aku mencium bibirnya sekilas. "Nak lagi" kata Iyad yang masih memejamkan mata. "Bangun dulu, mandi. Baru aku bagi kiss" acahku. Iyad terus bangun dan mengambil tuala yang terletak di penyangkut lalu menuju ke bilik air di tingkat bawah.

Aku mengambil tuala dan menuju masuk ke dalam bilik air yang berada di bilik aku.

🌸🌸

"Iyad, Lissa cepat turun. Sarapan dah siap" laung mama di luar bilik kami. Aku membetulkan tudungku yang sedikit gelembung. Iyad pula membetulkan tienya. Setelah aku siap membetulkan tudung, aku memandang Iyad.

"La tak siap lagi ke?" soalku lalu mendekati Iyad. "Aku kalau pakai tie memang lambat" jawabnya. Aku memakaikan Iyad tie sekolah miliknya. Dua minit berlalu akhirnya tie siap diperkemaskan. "Terima kasih" ucapnya. "Sama-sama" balasku.

Aku mahu menuju ke pintu bilik tapi ditarik Iyad sehingga ke dakapannya. "Where my morning kiss?" soalnya. "Kan aku dah bagi tadi" balasku. "I want more than that kiss" kata Iyad lalu mencium bibirku yang berpelembab sedikit pink.

Adakah ini salah satu gian apabila sudah berkahwin?

"Lissa sarapan da-. Opps sorry" ujar mama lalu menutup pintu bilikku semula.

Aku menolak Iyad setelah mama menutup pintu bilik kami.

"Arghh! Malunya!" jeritku malu kerana mama nampak perbuatan aku bersama Iyad.

"Haha, pipi dah merah. Okay jom turun sarapan"

🌸🌸

"Turunkan aku kat sini je Iyad" suruhku kepada Iyad untuk memberhentikan di sebatang pokok yang sedikit jauh daripada sekolah. "Kenapa? Aku boleh je hantar kau sampai sekolah" soal Iyad. "Aku tak nak orang tahu kita dah kahwin" jawabku lalu turun daripada motor 125ZR milik Iyad. "Take care" ujar Iyad setelah meninggalkan aku sendirian di bawah pokok.

Aku melangkah menuju ke pagar sekolah. Tapi langkahku terbantut saat aku ditarik oleh seseorang. Aku di tolak sehingga terjatuh di belakang sebuah bangunan. Aku syak ni bangunan yang hampir dengan sekolah. Terdapat tiga gadis yang memandang aku.

Siapa lagi kalau bukan Sarah, Riana dan Syairah. Wajah mereka tampak sangat marah dan wajah milik Riana lebih merah berbanding yang lain.

"Kau nak apa? Aku nak pergi sekolah ni. Nanti lambat" ujarku dengan nada yang sopan santun. Aku taknak timbulkan pergaduhan.

"Aku nak apa? Aku nak kau tinggalkan pakwe kita orang!" jerit Riana yang menarik kolar baju kurung sekolah milik aku. "Aku takde hati nak amik pakwe korang lah!" lawanku lalu menolak kasar Riana daripada dekat dengan aku.

"Berani kau lawan kita orang eh Ad" kini Sarah yang berdiam diri sudah bersuara. Penumbuk di tangan di genggam erat. "Slowtalk boleh kan? Tak perlulah nak bergaduh" cadangku. Tapi cadanganku itu tidak di terima oleh mereka malah Riana, Sarah dan Syairah semakin dekat dengan aku. Aku mengundur dan mengundur ke belakang.

"Syir, kau pegang dua-dua tangan budak bodoh ni. Jangan sampai dia terlepas" suruh Riana. Syairah hanya akur. Tangan kiri dan kananku di pegang erat oleh Syairah.

Daguku didongakkan.

"Kau dah rampas Iyad, Dzareel dengan Nash daripada kita orang. So ni balasan untuk budak bodoh macam kau!" teriak Riana lalu menumbuk wajahku berkali-kali. Pipi kiri dan kananku di tumbuk tanpa belas kasihan. Tersembur darah yang berada di mulutku akibat di tumbuk. Perutku juga ditumbuk oleh Riana berkali-kali, semakin banyak pacuran darah yang keluar dari mulutku. Aku cuba melawan tapi mereka bertiga, aku seorang. Aku tak mampu.

Setelah puas Riana menumbuk aku, dia mengarahkan Syairah untuk melepaskan aku. Aku terkulai di tanah dan pengsan.

🌸🌸

"Tengku Adriena Qalissa, saya nak cakap yang saya tetap akan sayangkan awak."

"Janji dengan aku yang kau akan contact aku selalu"

"Entahlah, saya rasa saya dah jatuh cinta pandang pertama"

"Sa-sam-pai haa-hati aw-awak buat saya macam ni Aisy"

"Sayang, saya boleh jelaskan"

Bermacam-macam ayat yang bermain di fikiran aku. Sekarang aku sudah semuanya. Aku dah ingat siapa Aisy, siapa Dzareel.

"Mama!" jeritku lalu bangun dari pengsan.

"Lissa kau okay?" soal Iyad. Aku memandang sekeliling mama, papa dan Syairah.

"Kau buat apa kat sini!" jeritku yang memandang tajam wajah Syairah. "Sabar Lissa, dia yang selamatkan kau"

"Selamatkan aku? Iyad dia yang sepakat dengan Riana nak bunuh aku!" teriak aku lagi. Aisy yang entah dari mana datang melawat aku. Wajahnya nampak cemas.

"Adriena kau okay?" soalnya yang memegang erat tanganku. "Lepas! Kau blah! Aku benci tengok muka kau! Kau jangan sentuh tangan aku lah bodoh!" jeritku.

"Aisy baik kamu balik dulu" suruh papa dengan nadanya yang lembut. Tapi Aisy mengabaikan kata papa dan dia malah menyentuh dahiku.

"Baik kau keluar. Kau jangan sentuh isteri aku" ujar Iyad yang sudah membuat buku lima.

"WHAT!" jerit Aisy yang sudah terlutut. Syairah jugak turut terkejut dengan apa yang di katakan oleh Iyad.

"Ad, Iyad tipukan. Cakaplah dia tipu!" teriak Aisy yang memegang erat tanganku. Tangannya aku tepis kasar. "Haah, dia suami aku. Aku cintakan dia, dia everything untuk aku! Dia yang sentiasa ada dengan aku!" balasku.

"Hahah Ad. Kau buat lawak ke? Mana bukti?" cabar Aisy. Yes aku pantang di cabar. Mama dan papa hanya mendiamkan diri.

Aku menarik kepala Iyad dan bibirnya aku cium.

Aisy tergamam dengan tindakan aku. Dia mengeluh kasar lalu berlari meninggalkan aku dan Iyad.

.
.
.

To be continue 💍

TengkuWhere stories live. Discover now