"Ad, awak okey?" soal Dzareel yang duduk di sebuah bangku bersebelahan dengan katil milik Adriena. Tapi baguslah, Dzareel tak pegang tangan Adriena. Maybe dia tahu batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang belum kahwin.
"Bongok, dia mana dengar apa yang kau cakap. Kau boleh tanye okey ke tak. Dia mestilah tak okey gile" ujar Iyad yang duduk di sebuah sofa yang tersiap sedia untuk pelawat sambil bermain dengan kuku ibu jarinya.
"Kau diam, dah lah buat hal dekat kereta tadi!" ujar Dzareel yang semakin menghampiri Iyad. "Bukan aku lah yang buat!!! Nash yang buat! " jerit Iyad yang rambutnya di serabutkan oleh Dzareel. Yang Iyad ni bising dalam bilik ni kenapa! Gile!
"Shutt, jangan ganggu pesakit"
Flashback
"Wei! Deodoran aku tertinggal!" ujar Iyad yang memecahkan kesunyian antara mereka bertiga. "Kau biar betik? Kita dah jauh ni!" ujar Dzareel yang sedang fokus pada pemanduannya.
"Jangan risau aku ada" kata Nash yang menyeluk-yeluk bagnya lalu diberikan sebungkus bag plastik kepada Iyad. Iyad dengan pantasnya merampas plastik tersebut. "Kau lah penyelamat aku" balas Iyad yang terus membuka bag plastik itu. Tiba-tiba...
Jeng..
Jeng..
Jeng..
"Arghhhhh!!! Makkkk!!!!!!! Tolong Iyad!!!!!" jerit Iyad yang ternampak..
10 ekor...
Lipas!
Mainan. Hambar.
"IYADDD!!! GILE APA KAU! AKU TENGAH MEMANDU NI! JANGANLAH MACAM ORANG GILE!!!" ujar Dzareel yang terasa terganggu semasa memandu. "Lekkk lah Iyad, lipas mainan je doww" ujar Nash pula yang telah membuatkan Dzareel terkekeh bersama. Iyad hanya berdiam diri.
Malu lah tu.
"Just shut up your mouth bitch" kata Iyad
EndFlashback
🌸🌸
"Maafkan saya doktor. Diorang memang macam ni" bela Nash kepada seorang doktor yang menegur Iyad dan Dzareel semasa di wad tadi. "Takpe, jangan buat lagi. Bende ni mungkin buat dia terganggu" ujar doktor itu lalu pergi meninggalkan mereka.
"Aku yang susah, kalau aku tak bela kau. Korang tak boleh tengok Adriena harinie" kata Nash yang wajahnya sedikit memerah. "Maafkan kami" ujar Dzareel dan Iyad srentak.
"Haaa, kau Iyad pergi temankan Ad sekejap. Aku dengan Dzareel nak pergi cafe bawah. Nak beli makanan, lepastu nak jumpa mak ayah Ad sekali." kata Nash panjang lebar.
Iyad sebenarnya nak ikut diorang, tapi disebabkan Nash tu lebih matang dari mereka berdua jadi, Iyad menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Kaylah, gerak lu. Roger-roger" ujar Iyad lalu memulakan langkahnya ke bilik Adriena.
Setibanya dia di hadapan pintu milik Adriena. Dia terus menguak pintu bilik itu dan masuk tanpa memberikan salam. Jangan contohi.
Tanpa berlengah terus Iyad melabuhkan punggungnya di sebuah bangku sebelah katil Adriena.
"Woi, aku tahu aku tak pernah nak bercakap dengan kau. Tapi jujurlah aku cakap, kau comel bila diam macam ni. Macam kau tengah merajuk." ujar Iyad yang telah mendiamkan diri selama 10 minit. Ayatnya yang keluar dari mulutnya tidak dijangka.
"Ehh, apa aku merepek ni. Hahahahah. Btw cepatlah sedar. Dzareel tu dah risau pasal kau tu. Kesian aku tengok dia macam orang gile bila dia dapat tahu kau kena langgar" ujarnya lagi. Dia mengeluh kecil. Kenapalah dia pulak yang kena jaga Adriena ni. Sedangkan dia tak pernah kenal.
Jauh Iyad termenung dan termenungnya terhenti saat dia terlihat jari milik Adriena bergerak. "Ad kau dah sedar?" soalnya yang sedikit gelabah.
"I-yad" panggil Adriena yang sedikit tergagap. "Yaa Ad nie aku. Kejap aku panggilkan doktor" ujar Iyad yang ingin melangkah pergi untuk memanggil doktor, tapi langkah terhenti kerana tangannya ditarik oleh Adriena. "Ja-ngan ti-tinggalkan a-aku" ujar Adriena.
"Tapi kau baru je sedar weh"
"A-aku na-nak kau te-mankan aku, ma-macam ma-mana kau jaga aku ma-masa aku koma aritu" ujar Adriena yang matanya kuyu sahaja.
"Kalau tu yang kau nak. Kau nak minum air tak? Aku ada bawa air spare tadi" kata Iyad.
"Nak"
Iyad membangunkan badan Adriena sedikit untuk memudahkan dia untuk meminun air. "Slow-slow, kau tu baru je sedar" ujar Iyad yang prihatin terhadapnya.
"Terima kasih" kata Adriena.
"Sama-sama"
Mata Adriena dan Iyad bertembung lama. Tapi pandangan mata mereka terputus kerana susuk tubuh seorang lelaki yang di kenali itu masuk ke dalam wad mereka.
"Adriena, awak dah sedar?"
"Siapa kau?"
.
.
.
To be continue 💙
YOU ARE READING
Tengku
Teen Fiction[Season 1 COMPLETE] Kes kahwin paksa dalam usia 17 tahun, cliche kan? Tapi tu biasa. ------ Tolong vote sekali, kerjasama anda sangat saya hargai Start: 17/6/18 High ranking: #96 in teenfiction (22/6/18)