"no"
"kenapa? Senang je. awak layan diorang elok². Kalau diorang bagi hadiah awak terima elok elok. Kalau taknak bagi saya. Yer yer"Naura mencocok pinggang Naufal dengan pennya
"ish. Ok tapi jangan menyesal" ujar Naufal
"hai Firash"tegur Aira yang berada di tempat Syed.
Naufal hanya mengabaikan. Tapi Naura menjegilkan matanya kepada Naufal
Naufal menggulingkan matanya dan tersenyum memandang Aira
"hai"Aira terkejut. Ini kali pertamanya Naufal membalas tegurannya.
"awak busy tak petang ni? " soal Aira
"aku? Tak pon"balas Naufal dengan ramah sambil menongkat dagu memandang Aira
Naura yang memerhati, terbit perasaan cemburu pula dihatinya. Apa kau ni Naura, tadi suh dia layan peminat dia kan? Uhh
"keluar nak? Lunch nanti" kata Aira sambil memintal hujung rambutnya dan tersengeh sengeh memandang Naufal
Naura menoleh pula kearah Naufal yang tersenyum manis. Ni sudah lebih.. Dengan aku takde pula senyum camtuh.
"lunch? Ah boleh je"jawab Naufal lalu menoleh kearah Naura sekilas. Naura menggigit bawah bibirnya kuat. Jealous ni ha..
Naura segera bangun dan keluar dari kelas. Menyampah tengok drama sweet dua orang tuh
"aku suh layan elok elok bukan menggedik"bebelnya
Pintu tandas ditolak kasar lalu dia masuk dan berdiri di sinki menghadap cermin
"nampak garang. Tapi gatal gedik boleh tahan kau eh? Aish!"Dia membasuh tangannya dan memercikkan tangannya pada cermin. Memang geram sangat ni
Apabila dia sudah mengawal perasaannya, dia pun keluar dari tandas. Baru beberapa langkah, dia dikerumuni beberapa pelajar kelas sebelah iaitu 5Ginga.
Naura berhenti apabila dia sudah dikepung oleh geng Syena.
Sape lagi kalau bukan Tengku Alisya Humairah dan Tengku Syazyana Iman bersama geng peminat Naufal. Erhh.."wo wo sorang je ke awak" tegur Alisya mesra. Mesra sangat!
Naura mendiamkan diri. Dia tak mampu melawan dengan sejumlah besar peminat suaminya itu
"eh kau ada nampak orang tepi dia ke weh? Guys!?" Syaz menepuk tangannya mencari perhatian
"takde"jawab semua pelajar perempuan. Macam lembu kena cucuk hidung
"korang nak apa?"soal Naura sambil menggenggam penumbuk
"kau.. Jauhkan diri dari Naufal boleh?" bahu Naura ditolak tolak dengan jarinya
Naura tersentak
Pantas tangan Syaz ditepisnya
"suka hati aku la! "marah Naura menolak kuat bahu Syaz hingga dia terjatuh"kau ni kan"Alisya ingin menerkam Naura tapi terbantut. Seorang lelaki menolaknya kuat menjauhi Naura
"blah sekarang! "jerkahnya dan berdesup semua pelajar melarikan diri
"awak oky? "soal lelaki itu
Naura mengangguk sambil memeluk tubuh.
"saya Adam"katanya dan menghulur tangan ingin berjabat
Naura juga membalas tangannya
"Naura"****
Naura merenung tajam kearah mejanya yang telah diduduki oleh Nurin manakala semua pelajar perempuan mengelilingi Naufal
Dia mengeluh dan pergi ke mejanya
"Nurin, aku nak duduk"ucapnyaNurin mendongak. "Eh duduklah. Sory aku duduk tak mintak izin "ucap Nurin dan berlalu pergi. Sempat Nurin melambai kearah Naufal sebelum blah .Naufal balas. Ok dia lahnat
"korang pon taknak balik tempat masing-masing ke? "soal Naura dingin dan duduk ditempatnya tanpa memandang Naufal.
"alaa kau ni, nak sembang jap je ngan Naufal"ujar Aleeya
"betul tu.. Jarang tau dapat peluang"kata Ain pula.Naura mendiamkan diri
"kau nak sibuk pehal? Biar jelah" kata Naufal seraya tersenyum sinis menoleh kearah Naura yang naik bengis. Dia meletakkan kepalanya di atas meja dan tidur membelakangi Naufal.
Malas nak tengok kegedikan Naufal
Naufal yang perasan akan hal itu tersenyum. Jealous rupanya budak ni..
Naufal acah menjatuhkan pennya. Dia membongkokkan badannya dan semasa dia membongkokkan badan, sempat dia berbisik kepada Naura
"jangan membelakangi suami"
Naura segera bangun dan mengerutkan dahi memandang Naufal
YOU ARE READING
[C] Tengku Naufal's Babygirl
Romance"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita ni cringe dan noob namati ! Nak delete tapi sayang. Hiks ಥ‿ಥ Tengku Firash Naufal Ft Tengku Helen...