Special part [3]❤

19.8K 1K 212
                                    

Laju sahaja derapan kaki Naura memanjat tangga untuk mendahului langkah Naufal. Arh lantakla usia kandungan dah 6 bulan ke apa,dia nak mogok jugak!

"Sayang,naik slow slow please. Bahaya!" marah Naufal tapi Naura tidak peduli. Dari Msu sampai ke rumah dia tak henti merayu dan mengalirkan air mata minta simpati si suami.

Naufal pula dah buntu,pelipisnya diurut lembut . Tak tahu nak rasa apa. Comel la pula isterinya itu dengan perut bulatnya terkedek kedek cuba naik tangga

Terus Naufal melajukan langkah dan terus tubuh kecil isterinya itu didukung. Sempat dia bersandar di pemaut tangga. Kang jatuh semua mati.

"stay,nanti jatuh tangga"bisik Naufal bila Naura mula menunjukkan tanda tanda nak memberontak. Terus Naura memeluk tubuh dan memandang kearah lain. Perutnya yang sudah membulat itu diusap pelan.

"turunkan"kata Naura sepatah tanpa memandang Naufal

"eh memang tak arh,abang taknak awak jatuh tangga ke apa. Awak sedar tak? Awak mengandung anak abang " bisik Naufal sayu. Terus dia mendaki tangga perlahan-lahan . Nasib baik tubuh Naura ringan sahaja kalau tak dah berguling mereka berdua semasa turun tangga ni.

"abang kisahkan baby dalam perut ni ja,bukan saya.."bisik Naura perlahan. Tubir matanya mula bertakung dengan cecair jernih . Manakala Naufal dah menghela nafas.

Sabarla Naufal,perempuan pregnant memang sensitif.

"abang sayangkan awakla abang buat macamtu"kata Naufal lagi. Sampai sahaja di depan muka pintu terus Naufal menurunkan Naura. Pinggang isterinya dipaut awal awal untuk mengelakkan isterinya melarikan diri ke bilik sebelah. Iaitu bilik tetamu.

Semenjak mengandung memang tu je port dia nak merajuk. Rasa nak bakar je bilik tu.

"ish,lepas. Saya taknak cakap dengan abang" kata Naura mendatar

"kenapa taknak cakap dengan abang pula?"

Soalan Naufal membuatkan Naura memberikan panahan mata helangnya. Terus dia memulas tombol pintu dan masuk ke dalam apabila Naufal meleraikan tautan di pinggangnya.

"mungkin berat untuk sayang tapi tolonglah percaya ni terbaik untuk awak"

Naura buat tak endah. Terus dia duduk di meja solek untuk menanggalkan mekap ringkas miliknya. Alaa foundation dengan liptint je

"say something,jangan seksa abang macam ni" pujuk Naufal lagi dan memaut leher Naura dari belakang.

"saya taknak berhenti belajar . Abang tak faham ke? Siapa abang memandai nak berhentikan saya kat Msu tu. Abang tahu tak lagi setahun je lagi saya dah nak habis belajar. Abang tak apa la dah habis lama dah. Abang buat keputusan memang tak fikir perasaan saya. Selamani sia sia jela saya belajar"luah Naura perlahan. Air mata dikesat dengan hujung baju.

Terdiam Naufal dibuatnya, dia mula termenung memandang meja solek. Bukan dia sengaja nak hentikan pembelajaran isterinya tapi dia cuma risau akan kandungan isterinya yang sudah menginjak 6 bulan.

Alang alang dah habis semester empat terus Naufal sendiri pergi meminta surat berhenti belajar dari Msu tanpa pengetahuan Naura. Memang sah la isterinya akan mengamuk. Salahnya juga buat keputusan tak berbincang.

"lepas bersalin sambunglah study balik..Abang boleh bayar kat Msu tu untuk ambil sayang balik"bisik Naufal membuatkan Naura mendiamkan diri.

"abang tak faham saya"

"sayang pun tak faham abang, abang risaukan awak dengan kandungan awak. Awak ingat abang tak pernah ke risau tentang keselamatan awak? Lupa ke abang ni suami awak. Bukan orang lain. Awak nak sambung study sampai beranak ? Ingat boleh ke fokus? Tak kan. Awak tu yang tak faham apa abang buat"

[C] Tengku Naufal's BabygirlWhere stories live. Discover now