Bab49 Twin?

23.9K 1K 36
                                    

"sayang jom makan" pujuk Naufal. Dia duduk di birai katil bersama semangkuk nasi air masakan dia sendiri.

Mangkuk berisi nasi air itu diletakkan di atas meja kecil bersama air susu.

Ditoleh pula kearah Naura yang masih berkabung dalam selimut. Kau buat apa ha dalam tu? Tak panas ngan rimas ke?

"sayang"panggil Naufal lagi. Rambut Naura dibelainya manja. Dahi isterinya ditekap dengan belakang tapak tangan. Panas!

"mummy syak dia akan demam sebab kejutan budaya,yela firstime buat kan"

Kata -kata Mummynya Haisya terngiang di ingatan. Dia mengeluh kesal,aku rasa aku tak buat secara kasar walaupun aku dalam keadaan tengah marah masa tu

"Naura.."sebelah tangannya menekap ke pipi Naura lalu ditepuk perlahan.

"sayang bangun,dah siang ni sayang tak makan apa -apa lagi"pujuk Naufal lagi apabila Naura menepis tangannya dari menyentuh mukanya. Naura terus berpusing kearah bertentangan.
Mata masih terpejam

"jangan kacau lah. Saya nak berehat,takde selera"kata Naura perlahan.

"ey sayang tak makan lagi ,makan cepat"arah Naufal yang makin hilang sabar.

"tch,"Naura berdecit. Kedua kelopak matanya dibuka lalu dia menjeling kearah Naufal.

"taknak tu taknakla!"

"baik sayang makan" ugut Naufal sambil menjegilkan mata.

"Bencilah!"jerit Naura lalu menolak Naufal supaya menjauhinya. Dia kini menarik selimut sampai menutupi kepalanya.

Naufal tahan wajah supaya tidak keruh . Dia cuba menarik selimut supaya dapat melihat wajah isterinya yang sudah cemberut.

"alaaa sayang...jangan buat abang rasa bersalah. Abang minta maaf"kata Naufal perlahan. Kepala isterinya diusap. Kedua belah anak mata Naura ditatap penuh kasih sayang.

"jangan nangis sayang"pujuk Naufal lalu menyeka air mata .

"jahat.."kata Naura perlahan lalu menekup mukanya di atas bantal sambil menangis.

Naura mengangkat kepalanya dan bantal tempat dia menangis tadi diangkat lalu diguna untuk memukul kepala Naufal

"sakit wei!!"

"dasar gatal!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"hello sayang"sapa Haisya dihujung talian

"hai mummy"balas Naura perlahan. Dahinya di picit ,masih sakit

"Naufal dah bagitahu kamu?"soal Haisya. Sengaja ingin bertanya

"bagitahu apa mummy??"Naura mengerutkan dahi,Naufal ada sorok apa-apa dengan aku ke?

Naura menolak selimut dari badannya lalu dia berjalan ke arah dapur.

"esok datang rumah mummy,kembar Naufal baru pulang dari America. Dia sambung study kat sekolah kita nanti. Jadi mummy ada buat makan makan. Mummy dah ajak dah mama ngan papa Naura"kata Haisya lagi

Semasa Naura menuruni tangga dia menangkap bunyi minyak goreng di dapur. Tahu sangatlah dia bahawa suami dia sedang memasak.

"ouh kembar Naufal yang mana? Farish ke?"soal Naura. Ya dia tahu Naufal mempunyai kembar tapi tak pula dia tengok muka kembar suaminya itu.

"ha yerlaa. Datang tau,kalau datang awal pon tak apa boleh bantu mummy"kata Haisya bersama ketawa kecil

"baiklah mummy"

[C] Tengku Naufal's BabygirlWhere stories live. Discover now