Bab 55 [Ending]❤

26K 1K 86
                                    

>After 3 Months<

5.30.a.m

Naura terpisat-pisat bangun apabila tidurnya terganggu dengan bunyi alarm milik telefon Naufal. Hish,dahla lagu Fire BTS . Bising gila!

Terus dia memanjangkan tangan untuk mendapatkan telefon itu sambil memejamkan mata menahan kantuk.Terpaksa dia naik atas Naufal sikit sebab terlalu jauh . Dimatikan alarm itu dengan perasaan geram. Kacau je aku mimpi indah Naufal cium aku.

Naura meletakkan telefon itu di sebelah meja miliknya . Malas nak letak meja tepi Naufal, jauh. Tak larat.

Naura baring memandang lantai dan menoleh kearah Naufal yang masih lena. Ish dia ni memang tidur mati eh. Lagu punyala kuat tepi telinga boleh tak dengar.

Naura mula naikkan tangannya dengan menyentuh wajah Naufal. Elok tangan itu melekap di pipi suaminya. Terus hujung bibir Naura cium sedikit. Takut nanti encik suami terjaga.

"suka goda abang pagi-pagi kan?" suara serak-serak basah Naufal memecah lamunan indah Naura. Terus sahaja Naura menjauhkan tangannya dan dengan kepala dan seluruh tubuhnya dia masuk ke dalam selimut. Menyorok kononnya.

Naufal mencelikkan mata sambil tersenyum senget. Sebenarnya dia dah bangun masa alarm berbunyi lagi. Tapi nampak isteri dah berura-ura nak tolong tutup dia sambung tidur. Tapi terganggu apabila isteri seperti menggodanya.

"tak payah nak menyorok,keluar cepat"kata Naufal lalu ditarik hujung selimut. Kini hanya kepala Naura yang kelihatan. Terkelip-kelip sepasang mata itu sebelum menyembunyikan wajahnya di celah leher Naufal.

Laju sahaja lengan kecil itu memaut pinggang suaminya.

"sayang,dah nak subuh ni . Nak abang mandi wajib ke lepasni?"soal Naufal sekadar mengusik

Berkerut dahi Naura.
"diamlah"katanya geram tapi masih tidak mengalihkan tangannya di pinggang Naufal

"kalau abang taknak diam?"

"abang ni janganla usik saya..malu tau tak"bentak Naura lalu memukul pelan belakang badan Naufal.

Naufal menjauhkan sedikit badannya dan memegang pipi Naura supaya menghadapnya.

Ditenung lama wajah itu sebelum dia mengucup lama dahi isterinya.

"kenapa?"

"saja..tak sangka muka ni yang buat abang hari hari jatuh cinta"bisik Naufal perlahan membuatkan Naura segera turun dari katil.

"alaa sayang cepatnya nak mandi!"

"biarlah!"

"baru nak bersweet"

"werkkkk! Tak dengar"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"weh serious eh kau nak confess kat Nurin?"soal Naufal kearah Adam. Adam yang dari tadi tersenyum sudah mengangguk ya.

Semenjak Adam syok kat Nurin,dia dah mula berdamai dengan Naufal dan semua yang berkait. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tak gituw? Kini persahabatan lama sudah terjalin kembali.

Kini Naufal,Adam dan Farish sedang menuju ke bilik pengawas.

"bila kau nak bagitahu dia?" Farish memandang sekilas wajah Adam. Sampai sahaja di bilik pengawas terus Naufal memasukkan kata laluan dan membuka pintu elektronik itu.

Adam pula menyusul di belakangnya.
"aku agak maybe dalam 2 3 hari lagi kot..sebab aku nak prepare apa yang patut.. Firstime kot aku nak bagitahu someone aku suka kat dia..kau tolong aku boleh?"soal Adam lalu dia membuka locker miliknya. Sejambak bunga dikeluarkan bersama sekotak besar coklat berbentuk hati.

[C] Tengku Naufal's BabygirlWhere stories live. Discover now