"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨
𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨"
Known as My Fierce Headprefect
WARNING! Sumpah cerita ni cringe dan noob namati ! Nak delete tapi sayang. Hiks ಥ‿ಥ
Tengku Firash Naufal
Ft
Tengku Helen...
"eh, Mana ada saya merajuk! " nafi Naura. Kedua tangannya disilangkan
"dah tu kenapa keluar dari kelas?" soal Naufal lagi
"dah awak marah. Saya ingat awak tak suka kalau saya duduk situ lagi..takpe nanti saya tukar tempat dengan Syen.. "mulut Naura ditekup kasar
Akibatnya Naura terdorong kebelakang dan hampir terjatuh tapi pinggangnya pantas dipaut oleh Naufal
Mata mereka menikam antara satu sama lain.
"ja..jangan libatkan dia. Dia takde hubungan ngan aku" kata Naufal
Naura kaku dan memandang tangannya yang berada di dada bidang Naufal
"Firash..le..lepas? "pinta Naura Segera Naufal melepaskan pinggang Naura menyebabkan Naura tergolek.nasib tak masuk longkang
Naufal masih dengan reaksi terkejutnya. Menggosok belakang lehernya "ma..maaf rosakkan firstday kau" Naufal segera meninggalkan Naura yang terpinga-pinga
Sepanjang perjalanan kekelas, Naufal tak henti bercakap seorang diri "kenapa aku berdebar? "
****
Suasana di meja makan hanya dipenuhi bunyi garfu dan sudu .Naura masih teragak- agak mengunyah makanannya kerana berasa janggal bila Aryan tak henti memandangnya.
Usai makan. Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan dan tisu dicapai lalu mulut dilap. Dia duduk bersandar pada kerusi. Kena tunggu kalau tak nanti Aryan mengamok
"Already full?" soal Aryan
"Yes Pa, Naura dah kenyang" jawab Naura sambil menunduk. Aryan hanya mengangguk lalu menyambung makan.
Puan Sara yang hanya menjadi pemerhati lalu bersuara untuk mengurangkan suasana tegang antara anak dan bapak ni
"camna First day hari ni? " soalnya.
"ermm, okay Ma.. Cuma tulah ada orang kacau Naura" luah Naura. Puan Sara yang sedang minum air itu tersedak.
"uhuk uhuk! " Aryan segera menepuk nepuk belakang isterinya yang tersedak.
"sayang oky? " soal Aryan. Wanita itu hanya mengangguk perlahan.
Naura pula memandang drama swasta itu. Bukan drama free sebab jarang Aryan bersikap sweet depannya. Garang je memanjang ngan anak. Tapi kalau dengan mama boleh dia menggedik.
"ermm.. Mama papa.. Naura ada banyak kerja sekolah ni. Kalau mama ngan papa nak bersweet .. Baik Naura blah dulu"
"err.. Sorry"
"Naura jangan risau. Lepas Naura kahwin, ada orang jaga Naura kat sekolah" terang Aryan.Naura membatu.. Isu kahwin diungkit..
"Ma.. Pa.. Naura kena kahwin betul ke ni? "
Sara dan Aryan mengangguk .
'demi kebebasan aku kena hadap benda kahwin ni' bisik hatinya.