Awak.
Yee..
Buat apa tu?
Chat dengan awak ler. Haduhh soalan..
Hehehe.. Jom date!
Eii gatalnya. Sorry okay tak boleh..
Kenapa?
Awak ni jenis gatal kan. Hahaha tunggu laa bila besar nanti ke. Sekarang kita baru bawah umur ok.
Emm ok la. Tapi esok kat sekolah kita jumpa tau. Bye saya ada kerja. Love u!
Qisya tersenyum dengan ayat terakhir dari Qayyum. Love u! Berbunga bunga hatinya. Iye laa perempuan mana hati dia tak berbunga kalau lelaki yang kita suka kata love u! Auch.
Lagu we don't talk anymore berbunyi. Qisya melihat siapa yang menelefonnya.
Kak wiyah!
Hello akak!
Hello. Aik kenapa suara macam happy jer?
Hehe tak ada apa laa. Ha kenapa akak call Qisya ni?
Tak ada apa pun. Saja jer rindu adik akak ni.
Iye ke?
Ye laa.. Ibu ayah macam mana sihat?
Sihat jer diorang. Kecuali ayah jarang ada kat rumah. Sebab sekarang ni ramai yang pesakit yang accident laa demam laa kat klinik tu.
Ohh. Ha Qisya tu pun kena hati hati. Memang sekarang musim accident jer.
Hahaha. Okey laa akak ada kerja sikit. Kirim salam sayang akak kat ibu ayah tau. Bye.Insya Allah bye.
Panggilan pun tamat.
***
"Ehh siapa pulak yang letak coklat kat ada meja aku ni?" soal Qisya sebaik sahaja masuk ke kelas. "Wahh coklat! Untung nyer orang tu dapat coklat. Coklat crispy pulak tu." kata Alia ala ala cemburu.
"Ish kau ni. Takpa nanti kita kongsi laa" kata Qisya sambil membelek coklat untuk mencari dari siapa agaknya ni.
"Tak nak laa aku. Orang tu bagi kat kau. Aku pula yang menyibuk nak makan coklat tu. Dan tak payah laa belek coklat tu. Dah tahu siapa yang bagi tu. Mesti Qayyum kan" tembak Alia lagi.Qisya memandang ke arah Alia. Wahh pandai sungguh kawan aku ni bab meneka. Memang win!Sedang belek belek bungkusan coklat tu baru Qisya perasan ada tulisan kat coklat tu.
For my love. Qisya.
Qisya sudah pun tersenyum. Haduh kau ni Qayyum tak sweet laa. Kalau ye pun tulis laa kat kertas tak payah laa aku susah nak cari. Dah la plastik coklat ni warna koko bercampur pula dengan tulisan marker hitam. Haish..
"Ha senyum sorang sorang" tegur Alia apabila melihat Qisya tersenyum keseorangan. Hai laa kawan baik aku sorang. Gumam Alia.
***
"Okey di dalan novel ini banyak pengajarannya. Jadi setiap orang mesti membacanya dan cari nilai murni. Minggu hadapan saya akan pilih salah seorang untuk terangkan. Faham!" arah Cikgu Fatimah sambil mengemaskan buku di atas meja. "Okey sampai disini saja pembelajaran kita hari ni. Ingat semua mesti baca novel ni. Saya bagi tempoh selama 1 minggu sahaja. " kata Cikgu fatimah selaku cikgu bahasa Melayu."Bangun semua. Terima kasih cikgu " arah Ketua kelas.
Cikgu fatimah beredar dari kelas selepas itu.
Haish kenapa tiba tiba aku rasa mengantuk ni. Gumam Qisya. Baru sahaja dia ingin tidur tiba tiba ada orang memanggilnya. "Qisya! Ada orang nak jumpa kau" kata Nurin yang sedang berdiri di tepi tingkat.
Haduh sapa laa kacau mood aku nak tidur ni. Getus Qisya Humairah.Qisya terus bangun dan berjalan ke arah pintu kelas itu.
"Hai !" sapa Qayyum.
"Ish apa Qayyum buat ni? Kalau orang nampak macam mana?" soal Qisya sambil melihat kawan kawanya di dalam kelas. Semua orang sedang melihat Qisya dengan Qayyum. Ada yang mendekati jarak mereka untuk mendengar perbualan. Ada yang memerhati gerak mulut mereka. Haish teruk betul !
"Macam tu laa" balas Qayyum selamba.
"Qayyum nak apa? " soal Qisya. Malas nak berlama di sini. Nanti ada laa mulut tu nak bergosip. Haish mulut orang kan. "Nah.." Kata Qayyum sambil menghulurkan sebungkus coklat lagi ! Tapi ni jenama kitkat pula.
"Apa ni? Tadi kan Qayyum dah bagi coklat crispy" balas Qisya sambil mengerutkan dahinya. "Tu tadi. Ni sekarang. Nah ambil laa" rayu Qayyum sambil membuat muka seposen dia.
Nak tak nak Qisya terpaksa laa terimanya. "Qayyum nak bagi Qisya gemuk ke?" soal Qisya sambil mengembungkan pipinya. "Gemuk la comel tomey " balas Qayyum sambil tersengih. Handsome!
Qisya hanya ketawa kecil saja. Tapi masih lagi boleh nampak lesung pipitnya itu. Comel !
"Dah laa Qayyum pergi kelas dulu yaa. Bye mi amor" kata Qayyum sambil melambai ke arah Qisya.
Qisya masuk ke dalam kelasnya semula. Dia dapat rasakan. Semua orang memerhatikannya. Dia takut jika rahsia nya terbocor. Qisya berjalan ke arah tempatnya tanpa melihat orang lain. Sampai di tempatnya. Dia meletakkan coklat yang diberi oleh Qayyum di dalam laci meja nya.
"Ha dapat coklat lagi la tu" usik Alia sambil mencuit lengan Qisya. Qisya hanya tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.
Beberapa minit kemudian. Cikgu bahasa inggeris pun masuk. Iaitu Teacher MeiLin.
***
"Hoi termenung apa tu? Ingatkan buah hati ke?" usik Azzam. Qayyum berhenti mengelamun. Ya memang dia sedang ingatkan buah hatinya. Siapa lagi kalau buah Qisya Humairah binti Hamid.
"Ish kau Qayyum dah teruk ni" kata Azzam lagi sambil menyedut minuman yang dipesannya tadi. "Kenapa pula?" soal Qayyum sambil melihat ke arah kawan karibnya
"Iya laa kat sekolah tadi kan kau dah jumpa Qisya. Ni tak kan laa rindu kott" balas Azzam. Haish pening sungguh dia dengan perangai Qayyum ni. Semakin menjadi jadi sejak dapat couple dengan Qisya. "Ermm biar laa. Kau cemburu la tu" balas Qayyum sambil menuding jari ke arah Azzam dan menyepetkan matanya. Dah macam apek juai surat khabar lama, bateri lama sudah.
"Erhh buat pa laa aku nak cemburu. " balas Azzam sambil membuat muka loya dia. Mereka ketawa bersama sama. Haish kawan tetap kawan.
Jangan lupa vote,comment and share ❤
YOU ARE READING
SENIOR VS JUNIOR
Aléatoire"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mes...