part 34

3.4K 177 7
                                    

Habis saja kelas Qayyum menuju keluar. Dia hendak ke cafe hilangkan dahaga dan baru hendak pulang ke rumah.
Sedang dia membuka pintu cafe itu dan melangkah tiba tiba dia terlanggar seseorang.

"Eh sorry sorry" kata gadis yang dilanggarnya. Qayyum memandang gadis tersebut.

"Qisya?"

Gadis yang sedang menekan skrin Iphone berhenti. Dia mendongak ke atas memandangkan lelaki itu tinggi darinya.

Qayyum?!

Qisya beralih ke lain dan ingin berjalan meninggalkan tempat itu dengan cepat. Dia masih tak bersedia hendak berjumpa dengan Qayyum. Tetapi Qayyum menghalangnya.

"Qisya. Lets talk" kata Qayyum. Dia rindu hendak bercakap dan bersembang dengan Qisya seperti dulu.

"Kita nak cakap apa lagi? Tak ada apa yng perlu dicakapkan lagi la Qayyum" Balas Qisya. Dia ingin beredar tetapi dihalang Qayyum lagi. Pandangan orang diendahkan.

"Pleasee.."

"Emm ok"

Mereka berjalan menuju ke meja yang berada di tepi tingkap. Tempat yang Qisya duduk sebentar tadi.

"Apa yang awak nak cakap?" soal Qisya dahulu apabila suasana sunyi

"Jom kita mula semula dan buka buku baru" balas Qayyum. Dia malas nak berselindung lagi. Qisya tak faham apa yang dimaksudkan oleh Qayyum.
"Ha? Apa maksud awak?" soal Qisya yang hendak minta penjelasan.

"Okey. Jujur saya kata saya masih sayangkan awak Qisya. Setiap hari saya rindu awak. Saya rindu Qisya yang dulu. Yang cakap bnyak , berani dan garang" kata Qayyum dengan ketawa kecil. Sungguh dia rindukan Qisya yng dulu.

Qisya terdiam. Apa? dia masih harapkan aku lagi ? Kenapa dia setia dengan aku. Sanggup tunggu. Tapi aku? Tak langsung.

Tiba tiba air mata Qisya mengalir. Qayyum ambil tisu dan hulurkan kepada Qisya.

"Kenapa Qisya menangis?" soal Qayyym yg ingin tahu. Qisya mengelap air matanya dengan tisu yg diberikan oleh Qayyum.

"Kenapa?" soal Qisya sepatah. Qayyum mengerut dahi. "Hah?"
Qisya memandang meja lalu memandang wajah lelaki yang pernah menjadi kekasih hatinya ketika dahulu.

"Kenapa Qayyum buat macam ni? Qayyum sanggup tunggu Qisya, setia dengan Qisya tapi sedangkan Qisya tak pun" balas Qisya dengan tangisan. Dia tak mampu bertahan lagi. Qayyum tak sampai hati melihat Qisya menangis. Jika boleh dia mahu saja mengelap air yang mengalir di pipi putih Qisya.

"Sebab Qayyum sayangkan Qisya" balas Qayyum dengan tenang. Qisya menangis semahunya. "Tapi Qisya tak setia!" balas Qisya suara naik satu oktaf.
"Qayyum tak peduli. Qayyum mahu mengisi hati Qisya dengan keceriaan. Susah senang kita kita bersama. Okey?"  balas Qayyum dengan bersungguh. Qisya mengelap air mata. Dia memejamkan mata untuk mengumpul sedikit kekuatan.

"Bagi Qisya masa. Lagipun Naufal...baru pergi tak sampai sebulan lagi" kata Qisya. Hatinya sedih dan sebak apabila menyebut nama arwah. Dia bertahan untuk tidak mengeluarkan air matanya lagi. Lalu Qisya terus bangun dan beredar dari situ. Qayyum hanya diam di tempat duduknya. Dia faham akan perasaan Qisya.

Tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.

****
"Bodoh ! Bodoh !" Jerit Alia sambil menghentak stereng kereta Myvi miliknya.

"Kenapa kau mati hah jantan ?!" jerit Alia lagi. Darahnya mendidih apabila mendengar perbualan Qisya dan Qayyum di cafe sebentar tadi.

"Pasal kau Qayyum nak bersama dengan Qisya semula ! Arghh!!" Jerit Alia sepuas hati di dalam keretanya. Bukan ada orang dengar pun kan?

Alia menekan minyak untuk melepaskan geram. "Qayyum milik aku la bodoh !" maki Alia di dalam kereta. Disebabkan keretanya meluncur laju di jalan raya Alia tidak dapat mengawal keretanya. Tiba tiba ada sebuah kereta datang bertentangan ke arah kereta Alia.

Alia mengelabah kerana keretanya tak dapat dikawal. "Arghhhh!!"

BUMM !

Bunyi kereta melanggar kereta yang sangat kuat. Kereta Myvi hitam Alia remuk teruk. Dan Alia tak menyedarkan diri.

Orang ramai berkumpul di sekeliling tempat kemalangan tersebut.Beberapa minit kemudian dua buah ambulans datang di tempat kejadian tersebut.

3:45 PM Nur Alia disahkan meninggal di tempat kejadian .

Alia meninggal tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah. Alia mengalami pendarahan yang teruk di otak dan kecederaan yang parah pada muka.

****

sebab Qayyum sayangkan Qisya.

Qayyum nak mengisi hati Qisya dengan keceriaan.

Lamunan Qisya mati apabila Iphone miliknya berbunyi.

unknown number?

Siapa yang call? soal hati Qisya. Tanpa berlengah dia terus menjawab panggilan tersebut.

Hello ?

Hello ni Qisya ke?

Ye saya Qisya ni siapa ya?

Qisya! Ni aunty Maznah ibu Alia.

Tiba tiba jantung Qisya berdengup dengan laju. Kenapa Aunty Maznah tiba tiba call?

Ye. ada apa aunty call Qisya?

Aliaa...

Kedengaran suara aunty Maznah serak seperti sedang menangis.

Kenapa dengan Alia aunty?

soal Qisya walaupun dia malas nak ambil tahu tentang musuh dalam selimutnya itu.

Alia dah tak adaa

Kata Aunty Maznah dengan tangisan.

Ha? maksud aunty ?

Alia dah meninggall !

Qisya terkedu. Alia meninggal ?

Aunty biar betul. How ?

Aunty tak tahu. Sekarang aunty ada katt hospital. Nak uruskan jenazah

Balas Aunty Maznah yang masih menangis.

okeh Qisya ke sana sekarang.

Qisya mematikan panggilan.

Betul ke Alia dah tak ada? Tapi macam mana dia boleh pergi secepat ini ?

Tanpa berlengah Qisya memakai tudung dan mengambil bag sandangnga yang tersangkut di dinding. Lalu berjalan keluar dari biliknya.

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now