Sedar tak sedar sudah masuk 5 bulan kandungan Qisya Humairah. Banyak keperitan yang dilaluinya ketika hamil yang pernah dirasai oleh ibu ibu yang lain.
"Eyy abang comel laa baju ni" Qisya mengapai baju kecil berwarna merah jambu.
"Comel itu iyelahh tapi kenapa ambik warna pink, kalau anak kita lelaki macam mana?" soal Qayyum sambil membelek belek baju yang dipilih isterinya.
Mereka berdua sengaja tidak mahu membuat scan jantina anak mereka, katanya mahu buat kejutan pada semua orang.
"Alaa haritu kan abang pernah cakap yang anak kita mungkin perempuan sebab mood sayang ni" balas Qisya lalu ketawa kecil.
"Sayang ingat lagi ehh" soal Qayyum sambil tersenyum. "Mesti laa ingat dan sayang pun dapat rasakan anak kita perempuan" balas Qisya dengan yakin sambil mengusap perutnya yang sudah jelas kelihatan.
"Apa apa je la sayang" kata Qayyum sambil memeluk bahu isterinya.
Selesai membeli barang keperluan untuk bayi mereka menyinggah ke cafe untuk minum.
"Abang, sedar tak sedar dah 5 bulan kan kandungan ni. Apa yang abang rasa sekarang?" soal Qisya sambil melihat wajah tenang suaminya.
"Mesti laa abang rasa excited sangat tauu, iyelahh lagi beberapa bulan abang dah dapat jadi ayah!" balas Qayyum dengan teruja disertai dengan senyuman.
Qisya gembira melihat suaminya senang sebegini. Tapi entah kenapa dia berasa seperti akan terjadi sesuatu kepada dirinya suatu hari nanti.
"Kenapa sayang senyap ni?" soal Qayyum yang hairan melihat isterinya.
"Takde apa apa laa hehe" balas Qisya dengan sengihan. Dia tidak mahu buat suaminya risau tentang dirinya sekarang.
"Awak dah ada cadangan nak bagi nama apa dekat baby kita ni?" soal Qisya yang cuba mahu membuang perasaan risau yang melanda dirinya.
"Emm abang dah ada laa nama tapi kalau sayang ada nama lain abang tak kesah" balas Qayyum sambil menyedut minumannya.
"Sayang pikir nak letak nama baby kita kann emm kalau girl sayang nak namakan Aira Sofia. Comel kan?" soal Qisya dengan teruja.
"Haah comel nama tuu. Kalau boy?" soal Qayyum yang ingin tahu.
"Emm kalau boy, sayang nak namakan Hafiz Daniel. Okey tak?" balas Qisya dengan teruja lagi.
"Wahh pandai laa sayang pilih nama baby. Abang sukaa" balas Qayyum sambil mencubit pipi isterinya.
"Kalau abang pula?" soal Qisya yang ingin tahu nama yang suaminya mahu namakan untuk anak mereka.
"Kalau abang simple je, semua satu nama macam abang ni haa. Girl Hannah dan boy Danish." balas Qayyum dengan sengihan lalu ketawa.
"Eyy apa ni letak satu nama jee" soal Qisya dengan kerutan di dahi.
"Simple apa. Jimat ruang ic dan mudah nak ingat sebut" balas Qayyum dengan selamba.
Qisya ketawa dengan jawapan suaminya. Boleh pulaa pikir macam tu eh.
Mereka berbual di dalam cafe tanpa gangguan lalu pulang ke rumah.
.
.
.
Sedang lena tidur tetiba kaki Qisya terasa sakit teramat, terus dirinya terjaga dari tidur."Aduhh kaki kram" mengaduh Qisya sambil mengurut betis, dengan keadaan perutnya sudah membesar sukar dirinya untuk terus mengurut kaki yang terasa sakit.
"Awak.."
"Ermm..?"
"Tolong saya.." Qisya hampir menangis kerana kakinya kejang. Qayyum terus bangun dari baring apabila mendengar suara isterinya yang seperti menangis.
YOU ARE READING
SENIOR VS JUNIOR
Aléatoire"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mes...