Qisya masih lagi terkaku dengan kata kata yang diberitahu oleh Qayyum. Jom couple ?! Fuh ini memamg gila !
Qayyum melihat reaksi Qisya sambil tersenyum kecil. Perempuan memang macam ni ke kalau lelaki laki ajak couple ? Gumam Qayyum di dalam hati.
"Bila?" Qisya bersuara.
"Hah ?" Qayyum tidak faham apa maksud Qisya
"Maksud aku.Sejak bila kau ada perasan tu?" terang Qisya Humairah
"Ohh" kata Qayyum sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal itu..ingatkan dia setuju nak couple dengan aku ! Getus hati Qayyum.
"Ermm sejak kali pertama kita terlanggar.."
Qisya terpampang. Ya dia baru teringat akan hal itu. Malu!
"So?" soal Qayyum sambil mengangkat kening sebelah. Dia inginkan jawapan.
Qisya hanya mendiamkan diri sahaja. Apa aku perlu beri jawapan sekarang?***
Pejam celik pejam celik sudah seminggu aku couple dengan Qayyum.Haa mesti ramai tertanya macam mana. Okey sis flashback. Saja nak bagi suspen hehe.
Flashback
"So? "
Qisya hanya mendiamkan diri sahaja. Perlu ke aku jawab sekarang.
"Kau tak main main kan?" soal Qisya untuk kepastian."Kau ingat aku jahil sangat ke? Nak main hati perempuan ni. Aku serius la." balas Qayyum dengan bersungguh sungguhQisya hanya buat muka menyampah. Meluat ! "Okey. Bagi aku masa. Dan satu lagi. Kalau kau main main. Siap kau!" peringatan Qisya kepada Qayyum.Kecut perut Qayyum dengan riak Qisya tu. Amboi garangnya. Nasib kau la Qayyum.
"Aku balik dulu" Qisya terus bangun dan berlalu pergi dari situ.
Sampai di rumah Qisya terus masuk ke dalam biliknya dan baring di aras katil.
"Esok aku mesti minta pendapat dari Alia! Ya mesti! " lalu Qisya pergi mengambil wuduk untuk solat asar.
Di sekolah Qisya berjalan sambil melihat kiri kanan. Takut kalau bertembung dengan budak hingusan tu. Alia hanya memandang pelik ke arah Qisya. "Oi kau dah kenapa. Tengok sekeliling macam lari daripada seseorng." soal Alia yang kehairanan.
YOU ARE READING
SENIOR VS JUNIOR
Random"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mes...