Langkah Qayyum semakin laju. Dia hanya mengendahkan sahaja panggilan di belakang.
"Qayyum!"
Gadis itu berdiri dihadapan Qayyum untuk menghalang Qayyum dari meneruskan jalan.
"Kau nak apa lagi?" soal Qayyum dengan suara yg mendatar."Aku nak cakap something nih" balas Alia. Qayyum memandang ke arah lain. Malas nak menatap muka perempuan psiko ini.
"Ni soal Qisya" terus Qayyum memandang Alia dengan dahi yang berkerut. "Apa?"
"Takkan nak borak tepi jalan? Jom gi cafe." Nak tak nak Qahyum harus ikut juga untuk mendengar cerita dari mulut Alia.
Mereka masuk ke dalam Cafe old Town. Alia memesan minuman.Manakala Qayyum tidak mahu. Alia hanya mengikut sahaja. Kang dia lari susah pulak.
"Okey apa yg kau nak kata?" Qayyum terlebih dahulu menanya. Malas nak duduk lama lama dengan Alia!
"Haritu aku jumpa Qisya" Alia memulakan cerita. "So?"
"Dia kata dia dah nak tunang" kata Alia. Dia melihat riak Qayyum yang selamba. Dia tak terkejut ke?
"Tunang je pun. Bukan kahwin" balas Qayyum sambil sandar pada kerusi dan menyilang tangannya ke dada. Matanya melihat arah tingkap.
Terbeliak biji mata Alia. Dia pula yang terkejut dengan jawapan Qayyum.
"Baik kau move on la" balas Alia dengan senyuman sinis. "Aku tak akan give up selagi apa yang aku nak tak dapat!" balas Qayyum dengan nada yg keras sambil jari telunjuknya menekan meja tersebut.
Alia ketawa kecil. "Qayyum Qayyum.. nak kata kau bodoh tak sebab belajar pun tinggi. Nak kata cerdik pun tak tahu la" kata Alia dengan sinis.
Qayyum merenung tajam pada gadis yang bertudung bawal berwarna hitam. "Apa maksud kau?!" soal Qayyym dengan nada yang keras. Dia cuba perlahankan suara agar tidak kedengaran orang lain.
"Kau tak rasa dibodohkan ke?" soal Alia. Senyuman sinis tak pernah lekang. "Boleh tak kau cakap je terus apa yang kau nak cakapkan! aku tak ada masa nak tunggu la!" balas Qayyum dengan kasar.
Alia masih lagi dalam keadaan tenang. "Kau tak pelik ke? Macam mana Qisya boleh ingat semua kawan dia kecuali kau". Alia tersenyum sinis melihat riak wajah Qayyum.
Qayyum diam. "Dah korang rapat dengan dia. Mesti la dia ingat korang" balas Qayyum untuk menyedapkan hatinya.
"For your information Qisya dah ingat kau okeh" kata Alia dengan berterus terang.
Terkedu Qayyum. Apa? Qisya dah ingat dia? "Maksud kau?""Qayyum. Qisya dah ingat kau la. Cuma kau je yang bodoh tak perasan" bidas Alia sambil memandang ke arah lain. Qayyum memandang tajam ke arah Alia. Tapi Alia hanya beriak biasa saja.
"Kau tipu aku kan?" soal Qayyum. Dia tak pasti sama ada perlu percaya pada Alia atau tak. Mungkin Alia mempunyai agenda yg dia tidak dapat dihidu.
"Tipu?" Alia ketawa kecil dengan satu perkataan tu. "Hello motif apa yang aku dapat. Kalau aku tipu kau?" sisa ketawa Alia masih ada."Kau tipu sebab mungkin nak aku benci Qisya kan?" tembak Qayyum. Alia terdiam. Ya memang tepat. Dia nak Qayyum benci Qisya. Jadi masa tu boleh la dia menjadi penyelamat dikala duka hati Qayyum. Tapi dia tak tipu. Memang Qisya sudah ingat dia.
"Terpulanglah pada kau. Tapi kau tak ada rasa pelik ke hah? bila kau dengan dia.?" soal Alia. Saja ingin psikologikan Qayyum bagi dia sedar sikit! "Dah la aku malas nak layan kau!" Qayyum bangun dan terus beredar dari situ. Malas nak berlama dengan Alia.
Tapi betul ke Qisya dah ingat dia? Apa yang aku perlu rasa sekarang ni? Gembira sebab ingatan Qisya dah pulih? Atau sedih sebab Qisya telah tipu dirinya ?
Ah keliru. Aku mesti jumpa Qisya dan tahu dari mulutnya sendiri bukan dari Alia psiko itu !
***
"Morning ibu ayah" sapa Qisya dengan ceria setibanya di meja makan. "Morning. Amboi ceria semacam je anak ibu ni" tegur Puan Juliana. Encik Hamid hanya memandang anaknya sahaja.
"Nak keluar dating ler tu dengan buah hati.Cuti hujung minggu kan" sampuk Farhan sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut. "Ish abang ni mana ada la" marah Qisya. Boleh pula dia cakap dating depan ibu ayah. Haish dia ni
"Kamu nak keluar dengan Naufal ke?" soal Puan Juliana. Qisya terkulat kulat malu hendak menjawab. "Bila dia nak datang?" soal Encik Hamid. Tahu bebenor kalau Qisya tunjuk malu malu tu maknanya jawapan dia 'yes!'
"Lepas breakfast ayah" balas Qisya sambil mengambil roti dan memasukkan telur hancur ke dalam roti. Itu memang makanan yang dia selalu ambil di pagi hari!
"Kalau nak keluar tu boleh. Tapi ingat jangan lebih lebih. Ingat ibu ayah ni. Jangan buat perkara yang terlarang" pesan Puan juliana dengan panjang lebar. "Iye ibu." balas Qisya dengan sengihan. "Dengar tu. Jangan buat perkara yang terlarang" kata Farhan seperti mengajuk. Qisya hanya menjeling sahaja.
"Jangan kata Qisya. Kamu tu pun sama Farhan. Umur dah berapa bila nak kahwin? sorang calon tak nampak lagi. Kamu jangan nak bawa keluar anak dara orang sesuka hati kamu ni" tegur Puan Juliana kepada anak terunanya. Farhan hanya menunduk.
"Abang dah ada calon bu. Cuma malu je nak tunjuk" balas Qisya dengan selamba. Dan dia perasan yang Farhan sedang memandangnya. Tapi dia buat dunno jer.
"Ha bagus la. Apa yang nak dimalukn" sampuk Encik Hamid. Qisya ketawa bila melihat reaksi abangnya. Padan muka!
****
Penat berjalan Naufal dan Qisya membuat keputusan untuk singgah di taman. Mereka duduk di satu pondok yang teduh."Qisya"
"Ye?"
"Rasa sekejap jer minggu depan kita dah nak tunang." kata Naufal dengan senyuman yang sangat kacak. Qisya hanya tersenyum dan mengangguk.
"Rasa sekejap jer. Naufal rasa macam baru je kenal Qisya" balas nya lagi sambil ketawa kecil. Qisya juga turut ketawa "Haah kan. Sekejap jer"
"Qisya nak tahu satu benda tak?" soal Naufal sambil memandang Qisya. "Apa?"
"Naufal sayang sangat dengan Qisya tau." balas Naufal dengan suara yang sangat romantik. Pipi Qisya sudah membahang "Ya Qisya tahu. Qisya pun sayang Naufal juga" balas Qisya dengan senyuman
"Tiada apa yang dapat memisahkan kita selain ajal. Insya Allah Naufal akan jaga Qisya sampai akhir hayat Naufal" kata Naufal lagi. Kata kata itu membuatkan Qisya tidak dapat duduk dengan senang.
"Kenapa cakap macam tu?" soal Qisya dengan nada sedih. Dia takut kalau Naufal tinggalkannya. Naufal tersenyum. "Mana ada apa apa la.Just cakap je Qisya. Untuk pengetahuan Qisya. Naufal ikhlas kawan, sayang dan cinta Qisya pertama kali kita jumpa" katanya lagi.
"Jangan cakap macam tu. Naufal cakap macam esok je Naufal nak tinggalkan Qisya" balas Qisya sambil mencebik. Macam budak budak!
"Mana ada la. Ajal kat mana mana saja my dear" balas Naufal dengan senyuman. Qisya menarik nafas untuk mengumpul kekuatannya.
Tiba tiba dia teringatkan mimpi tu. No no no! mimpi tu hanya permainan setan sahaja!
"Dah jom balik. Nanti aunty dan uncle ingat Naufal culik Qisya pulak sebab tak pulang lagi" selorah Naufal . Qisya hanya ketawa kecil sahaja. Tapi dalam hatinya sungguh risaukan Naufal. Dia takut kalau Naufal akan pergi meninggalkan dirinya untuk selamanya..
Qisya think positive!
Jangan lupa vote,comment and share ❤
My others story #CikguPraktikalIsMine and #Depression 😚
YOU ARE READING
SENIOR VS JUNIOR
De Todo"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mes...