part 30

3.5K 178 1
                                    

Didalam kereta Qisya dan Naufal masing masing mendiamkan diri. Hanya kedengaran bunyi radio sahaja.

"Qisya ok tak?" soal Naufal. Dia berasa kekok apabila Qisya mendiamkan diri. Tak seperti selalu,Qisya banyak cakap tak habis habis bercerita itu ini,ada saja. Tapi sekarang dia mendiamkan diri sahaja.

"Qisya?" tegurnya lagi apabila tidak disahut oleh Qisya.  "Ha ?ya ? Awak cakap apa tadi?" soal Qisya apabila dia tersedar Naufal memanggil dirinya. Naufal mengeluh.

"Saya tanya tadi awak ok tak?" soalan yang sama sebentar tadi. "Eh okey je. Kenapa?" soal Qisya semula. Dia cuba beriak biasa.  "Tak la. Dari tadi awak diam je. why dear? any problem? just share with me dear" kata Naufal sambil memandang Qisya lalu memandang semula ke hadapan.

"Nothing la cuma penat je" tipu Qisya tanpa memandang Naufal. Sebenarnya dia masih rasa tak sedap hati lagi selepas kejadian rantai berloket hati tu yang diberi Naufal itu jatuh. Dia cuba buang rasa itu. Tapi tak boleh. Dia merasakan seperti sesuatu yang akan terjadi pada Naufal. Ditambah pula mimpi yang haritu. Astafirullahalazim Qisya jangan pikir bukan bukan!

"Tengok tu termenung lagi" tegur Naufal lagi apabila melihat Qisya masih keadaan yang sama. Dia ada masalahkah? Gumam hati Naufal

"Sorry" hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulut  Qisya. "Awak kalau ada masalah beritahu la" pujuk Naufal. Dia berharap sangat yang Qisya sudi bercerita padanya.b"Takde pape la." Nafi Qisya lagi. Perlu ke aku cerita dengan Naufal? Arghh serabutnya!

"Serius my dear?" soal Naufal lagi. Dia dapat rasakan Qisya ada sembunyi something dengannya.Qisya menarik nafas dengan panjang. "Ok"

Kereta Naufal berhenti di lampu isyarat berwarna merah. "ok what?" soal Naufal sambil memandang Qisya.

"Saya mimpi awak akan tinggalkan saya" air mata tak semena mena keluar dari tubir mata. Naufal terkedu. Lampu hijau menyala. Naufal menekan minyak dan meluncur ke hadapan.

"Kenapa saya nak tinggal awak pula?" soal Naufal lalu ketawa. Tapi apabila melihat muka Qisya dengan air mata terus ketawanya berhenti. Naufal memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Okey look. Qisya Humairah saya janji saya tak akan tinggalkan awak cause i very damn love you! Too much ! Tak ada sesiapa dapat pisahkan kita kecuali ajal dan maut saja sayang" pujuk Naufal dengan lembut. Dia tak sanggup melihat Qisya terus nangis.

"Awak janji?"

"Yup! sebab saya sayang awak. Kenapa perlu tinggalkan awak pula?" pujuk Naufal lagi agar Qisya percaya kan dirinya. Dan Qisya hanya tersenyum sahaja. Tapi hatinya masih tidak tenteram lagi walaupum sudah mendengar penjelasan dari Naufal. Lagi lagi ayat terakhir Naufal membuatkan dia berasa seperti lagi tak sedap hati. 'tak ada sesiapa dapat pisahkan kita kecuali ajal dan maut'.

Naufal berasa lega apabila melihat senyuman Qisya walaupun tak selebar seperti selalu.

"Oh ya saya nak ke kedai seberang sana jap.Dah alang alang berhenti kat sini." kata Naufal. Qisya hanya mengangguk sahaja.

"Awak nak turun tak?" soal Naufal sambil membetulkan rambutnya. Eii poyo !

"Tak apa la. Saya tunggu kat kereta je" balas Qisya. Dia sudah pun berhenti nangis. Tapi hatinya tak berhenti lagi menangis.

"Betul ke awak okey?" Naufal berasa berat saja hendak meninggalkan Qisya seorang diri dalam kereta. "Saya okey la. Awak pegi la beli barang yang awak nak. Dont worry nanti saya lock sehingga awak datang"  balas Qisya disertai dengan senyuman nipis.

"Auch so sweet la my dear ni. seperti menunggu kedatangan prince charming yaa " selorah Naufal. Mereka ketawa bersama.

"Okey awak lock tau. kalau ada orang ketuk tingkap ke apa. Jangan buka. Tunggu sampai saya datang. Okey!" bebel Naufal. Dah macam kaum ibu pula. Qisya mengangguk sahaja.

Naufal membuka pintu kereta. Dan keluar separuh dari kereta sambil memandang Qisya.

"Tunggu tau love y..."

Tiba tiba

Kelibat Naufal hilang dengan serta merta di hadapannya. Qisya terkaku.Pintu kereta Naufal tercabut ?! Bunyi hon kereta dari luar membuatkan jantungnya lagi berdegup dengan kencang

Mana Naufal.

Dia memandng ke arah jalan raya. Ramai yang berlari berkumpul di situ. "Nau..fal?"

Qisya keluar dari kereta. Dia berjalan perlahan lahan ke arah orang ramai. Matanya sudah berkaca. Katakan Tidak! No!

Dari celahan itu dia ternampak ada seorang terbaring dengan berlumuram darah. Dia cuba kuatkan semangat untuk melihat. Dan dia terdengar ada yang menjerit minta tolong. Ada yang menjerit menyuruh call ambulance.

Dia terkaku apabila orang yang terbaring berlumuran darah itu Naufal!

"Nau..fal?" dia mula mengeletar. No! bukan! "Naufal !" Qisya terduduk apabila melihat seraut wajah orang itu walaupumln dilumuri darah.

"Naufal!" dia menangis teresak. Meraung. Dia tak tahu nak buat apa sekarang. Naufal kemalangan di depan matanya sendiri.

Ya Allah kuatkanlah aku. Selamatkanlah Naufal. Qisya tak mampu untuk teruskan berjalan kerena dia fobia dengan kes kemalangan. "Naufall!!" Qisya menangis teresak esak. Dia tak mampu bertahan. Adakah kejadian ini membuatkan hatinya tak tenteram selama ini ?.

"Cik, sedara mangsa ke?" tanya salah seorang dari situ. Aku hanya mengangguk. Tak mampu hendak bersuara.

"Kejap lagi ambulance datang. Cik boleh ikut ke hospital" kata wanita yang linkungan 30-an.

Mereka juga turut simpati pada Qisya. Kejadian berlaku dengan cepat dan pantas.

Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi siren ambulan.

Apa yang bakal terjadi kepada Naufal Firdaus ?

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now