"Abang" panggil Puan Juliana.
"Yaa" sahut encik Hamid sambil memandang isterinya.
"Agaknya apa yang akan terjadi pada anak kita bang?" soal Puan Juliana dengan rintihan yang tidak dapat ditahan. Dia tidak dapat bayangkan jika sesuatu jadi pada anak bongsu mereka.
Encik Hamid menghela nafas "Awak jangan la fikir yang bukan bukan,banyakkan berdoa supaya anak kita cepat sedar dan sembuh" jawab encik Hamid dengan tenang. Puan Jukiana hanya mengangguk.
"Assalamualaikum"
Sapa seseorang. Encik Hamid dan puan Juliana memandang ke arah tersebut.
"Waalaikumsalam. Hashim kau buat apa kat sini ?" soal encik Hamid sambil menyua tangan untuk bersalamanPuan Juliana dan Maria juga turut bersalaman. "Aku nak tengok anak kau la Mid" balas Encik Hashim.
"Ha Qisya macam mana dah sekarang?" soal Puan Maria terlebih dahulu. "Dia masih koma" jawab puan Juliana. Tiba-tiba tangisan hadir semula. Dia tidak kuat untuk semua itu.
"Sabar laa jue mungkin ada hikmah di sebaliknya" pujuk Puan Maria sambil mengosok belakang puan Juliana. Dia hanya mengangguk sambil mengelap air matanya.
"Ha macam mana kau tahu anak aku masuk hospital?" soal Encik Hamid untuk hilangkan rasa sedihnya.
"Ha ni anak aku yang bagitahu yang Qisya accident. Tu yang kami datang melawat" balas Encik Hashim sambil menepuk bahu Qayyum.Qayyum hanya tersenyum sahaja
Sedangkan hatinya ingin sekali melihat Qisya sekarang. "uncle.." panggil Qayyum. Encik Hamid hanya memandang sambil senyum pada Qayyum. "Boleh tak Qayyum nak tengok Qisya?" balas Qayyum sambil menggaru kepala nya itu. Dia cuna mengawal gugup, takut, gopoh gapahnya itu. Encik Hamid hanya mengangguk sahaja
Qayyum tersenyum lalu menunduk untuk masuk ke dalam wad Qisya. Dia membuka pintu perlahan lahan. Sampai di katil Qisya. Dia hampir mengalirkan air mata selepas melihat figura Qisya yang terlantar di atas katil bersama saluran pernafasan."Qisya wakeup i miss you dear" kata Qayyum sampai di tepi katil. Dia cuba mengawal perasan sedih itu.
"Sorry Qayyum baru datang melawat Qisya. Sebab Qayyum baru jer tahu." kata Qayyum lagi. Dia melihat muka Qisya yang pucat itu. Ya Allah kuatkan la aku. Doa Qayyum sambil memejamkan matanya.
"Qisya. Sedar la cepat. Hujung minggu ni kan kita nak tengok wayang sama sama..." sebak di hati Qayyum tidak mampu bertahan lagi apabila mengingati janjinya Qisya untuk tengok wayang bersamanya. "Qisya. Qayyum terseksa tengok Qisya macam ni" rintih Qayyum lagi.
Sungguh dia sedih. Dia baru sahaja ingin kenal Qisya dengan lebih dekat. Tapi Allah yang lebih mengetahui tentang hal ini.
Manakala di luar wad Qisya pula.
"Mesti Qayyum dan Qisya tu rapatkan?" kata puan Maria .Mereka hanya tersenyum dan mengangguk tanda 'mungkin'.
"Andainya mereka jodoh. Boleh la kita berbesan kan" balas encik Hamid. Mereka ketawa kerana merasakan lucu pula. "Insya Allah kalau jodoh" balas Puan Juliana pula sambil tersenyum.
Tiba tiba Qayyum keluar dari dalam wad. Matanya kelihatan merah. Muka nya pun kelihatan seperti tiada mood. Mereka semua melihat Qayyum pelik sekali. Encik Hashim baru saja ingin memanggil Qayyum. Tapi Qayyum jalan terlebih dahulu tanpa melihat mereka.
Mereka hairan dengan sikap Qayyum selepas keluar dari lihat Qisya. "Emm maaf la Mid aku balik dulu ya. Ada masa nanti kami datang lawat lain. Jangan lupa beritahu perkembangan Qisya nanti." Kata encik Hasyim lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Selepas bersalaman mereka pun terus beredar dari situ.
***
"Qayyum!" Qayyum menoleh ke arah suara yang memanggil nya.
"Ohh Alia. Kenapa?" soal Qayyum apabila Alia berdiri di hadapannya.
"Kau melawat Qisya ke semalam" soal Alia. "Ermm" balas Qayyum dengan ringkas. Sungguh dia tiada mood. Tambahan pula apabila bercerita mengenai Qisya. Dia akan teringat akan wajah yang terlantar di katil hospital tu."Keadaan dia macam mana sekarang? " soal Alia lagi. "Macam tu la.. Dah la aku nak balik. Bye" balas Qayyum tanpa senyuman lalu dia beredar dari situ. Alia hanya memandang tubuh Qayyum sehingga hilang kelibat dirinya.
"Aku sedia ganti tempat kau Qisya" kata Alia perlahan sambil tersenyum sinis,lalu berjalan ke arah kelasnya.
Sudah seminggu Qisya tidak menyedarkan diri. Keadaannya masih lagi sama. Tetapi kadang kadang seluruh badannya menggeletar dan tetap tak menyedarkan diri. Puan Juliana dan Encik Hamid tidak putus berdoa agar Qisya cepat sedar.
"Qisya bangun laa.. Akak dah pulang. Akak ambil cuti 3 hari jer. Abang paan pun pulang nak tengok Qisya." kata Adawiyah sambil melihat ke arah Farhan. Lalu dia memandang ke wajah pucat Qisya. "Bangun Qisya. Kitaorang rindu Qisya" Kata Farhan pula. Mereka menjadi sebak apabila melihat adik bongsu mereka masih tiada perubahan.
Tiba tiba jari telunjuk Qisya mula bergerak. Farhan dan Adawiyah terkejut lalu Farhan berlari untuk mendapatkan doktor. Encik Hamid dan Puan Juliana pulang ke rumah kerana mereka mahu mengambil barang untuk dibawa ke hospital.
Doktor Fatiya bergegas masuk ke dalam wad Qisya diiringi oleh beberapa jururawat bersama barang keperluan.
"Wiyah dan Farhan tunggu diluar dulu. Biar doktor periksa Qisya dahulu okey" Kata Doktor Fatiya lalu menutup bilik wad tersebut."Farhan pegi call ibu ayah dulu jap" Adawiyah hanya mengangguk dan setia menunggu di hadapan pintu bilik wad Qisya itu.
Beberapa minit kemudian. Pintu wad dibuka. Farhan dan Adawiyah terus meluru ke arah Doktor Fatiya.
"Doktor macam mana dengan Qisya?" soal Adawiyah terlebih dahulu. Farhan hanya memandang sahaja Doktor Fatiya yang kelihatan tenang."Qisya sekarang dah stabil. But has something wrong with her brain. But don't worried i will talk with your parents. Where's they?" balas Doktor Fatiya.
"Doktor macam mana dengan Qisya?" mereka beralih ke arah suara itu. Rupanya Puan Juliana. Encik Hamid pula dalam perjalanan nak ke sini.
"She's fine. But i need to talk with Doctor Hamid but guys can meet Qisya first. I will wait at my office" balas Doktor Fatiya lagi lalu beredar dari situ. Tanpa berlengah mereka terus meluru masuk ke dalam wad Qisya.
Terlihat Qisya sedang duduk di atas katil sambil meminum air kosong. Puan Juliana terus berlari dan memeluk Qisya. Ia tak berhenti mengucap syukur dan terima kasih kepada yang Maha Ilahi. Encik Hamid yang baru tiba tersenyum. Diikuti Farhan dan Adawiyah.
"Emm makcik ni siapa ya?" soal Qisya
Jangan lupa vote,comment and share ❤
YOU ARE READING
SENIOR VS JUNIOR
Random"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mes...