part 51

2.6K 124 18
                                        

"Anak anak mama dah sampai" kata Datin Maria dengan teruja. Qisya dan Qayyum jalan beriringan ke arah Datin Maria yang sedang menyiram pokok bunga.

"Mama sihat?" soal Qisya sambil bersalaman dengan ibu mertuanya.

"Alhamdulillah sihat, Qisya sihat? Baby?" soal Datin Maria sambil memegang perut Qisya yang kandungannya telah cecah 3 bulan. Cepat masa berlalu.

"Qisya dan baby sihat maa" balas Qisya sambil tersenyum. Seronok melihat ibu mertuanya yang tidak henti tersenyum sambil memegang perut menantunya. Excited nak jadi nenek katakan.

"Amboi mama tak pandang langsung eh anak lelaki mama ni" celah Qayyum yang dari tadi hanya memandang mereka berdua bersama.

"Lahhh mama lupa pula anak lelaki mama ni" selorah Datin Maria sambil menepuk dahinya. Qayyum tercenggang melihat mamanya. Mama dah lupakan aku dengan begitu cepat? Getus hati Qayyum.

"Mama gurau je la, takpayah buat muka sepesen macam tu dah jom masuk mama ada masak" balas Datin Maria sebelum merajuk anak lelakinya itu berlarutan.

"Eyy ngada ngada laa abang ni" balas Qisya yang lalu terus memeluk lengan Datin Maria masuk ke dalam rumah.

"Ehh itu mama abang laa" Qayyum terus berlari mendapatkan Datin Maria. Mereka berdua hanya ketawa melihat gelagat Qayyum yang seperti budak budak padahal dah nak jadi bapak budak nanti.

-

"Wahhh mama masak udang celup tepung" Qayyum sudah terliur melihat makanan yang sudah terhidang di atas meja makan.

"Sedapnya maa, ada ayam masak kicap, sayur goreng, ikan bakar uishh bukan biasa biasa masakan mama harini" puji Qisya yang juga terliur melihat hidangan di atas meja makanan ini.

"Mama masak semua ni tauu sebab korang nak datang sini,pagi tadi terus pegi pasar cari barang" balas Datin Maria dengan bangga. Qisya terharu dengan layanan ibu mertuanya.

"Papa pegi mana?" soal Qisya apabila tidak melihat susuk tubuh ayah mertuanya. "Papa macam biasa laa jumpa client lagi, jap lagi dia balik la tuu" balas Datin Maria sambil menuang air oren ke dalam cawan. Qisya hanya mengangguk.

Beberapa minit kemudian Dato Hashim pulang ke rumah. "Eh dah sampai anak menantu papa" tegur Dato Hashim dengan senyuman mesra.

"Papa ni kenapa lambat balik. Kitaorang dah tak sabar nak makan ni" balas Qayyum yang tidak sabar mahu menjamah semua masakan mamanya.

"Hahaha client lambat sampai itu yg lambat sikit" balas Dato Hashim dengan tenang.

Mereka makan bersama sama dengan riuh rendah walaupun hanya mereka berempat di meja makan.
.
.
.

"Abang rasa baby kita ni girl or boy?" soal Qisya sambil mengusap perutnya sudah kelihatan baby bump.

"Hmm tengok dari segi mood sayang, abang rasa mungkin perempuan" balas Qayyum sambil mengusap perut isterinya.

"Mood eh? Macam mana tu?" soal Qisya dengan ketawa kecil. Boleh pula ikut mood bagai.

"Yelaa mood awak kadang kadang manja pastu merajuk. Perempuan kan selalu macam tu" balas Qayyum lalu ketawa. Qisya sudah memerhati suaminya dengan pandangan tajam.

"Abang gurau je laa, abang tak kesah pun lelaki atau perempuan janji sihat, sempurna mental dan fizikal, dan yg penting mesti comel macam daddy diaa" balas Qayyum dengam sengihan.

"Apa pulaa comel macam daddy, comel macam mummy dia laa" balas Qisya yang tidak mahu mengalah. Qayyum ketawa dengam reaksi isterinya.

"Yela yelaa comel macam mummy diaa" kata Qayyum sambil mencubit kedua dua pipi isterinya.

"Abang.. Saya sayang awak sangat tauu, terima kasih untuk semua ini" kata Qisya dan tanpa diminta air matanya gugur.

"Lahh kenapa nangis ni, sayang suka bagi abang risau laa. Abang yang patut ucap terima kasih sebab sayang sanggup mengandungkan anak kita tauu"balas Qayyum dengan nada lembut dan tenang sambil menarik isterinya ke dakapannya.

"Sayang tak tahu laa kenapa sejak semenjak ni hati sayang tak sedap, sayang takut terjadi apa-apa"  kata Qisya lagi, mungkin ini perasaan ibu ibu ketika hamil. Menjadi seorang ibu yang sedang hamil bukannya mudah kalau tersilap langkah boleh kehilangan anak didalam perut ini.

"Shuttt, tak nak fikir bukan bukan ya. Selagi abang mampu abang akan setia dengan sayang dan jaga sayang okey. Taknak laa nangis nanti mama papa dengar pula". Pujuk Qayyum sambil mengelap air mata isterinya

"Sayang nak makan apa apa tak untuk malam ni?" soal Qayyum untuk mengubah topik sedih.

"Ermm nak makan abang boleh?" soal Qisya dengan nada manja. "Eyy gatalnya dia ni" balas Qayyum sambil memicit hidung kecil Qisya Humairah.

"Hehe gatal dengan abang je" kata Qisya lalu memeluk Qayyum dengan erat. Saya sayang dan cinta awak Qayyum.

Sorry lambat update 🙏

Jangan lupa vote, comment and share ❤

Do follow me for my information or update ❤

SENIOR VS JUNIOR  Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang