Pagi yang mendung seperti wakil untuk menunjukkan rasa kesedihan mereka kerana pemergian orang tersayang.
"Qisya anak ibu, terima kasih sebab sudi menumpang ke dalam rahim ibu dan menjadi seri kepada kita sekeluarga. Tunggu kami di syurga ya sayang" ucap Puan Juliana dengan kesedihan yang tak dapat disembunyikan lagi. Ibu mana yang tidak sedih dengan pemergian anak bongsu mereka.
"Qisya..kakak dengan abang Farhan sayang dengan Qisya. Qisya adalah adik yang terbaik kami ada.." Qistina Adawiyah juga turut mengalirkan air mata. Adik yang mereka sayang sudah pergi buat selamanya.
Sayang..terima kasih untuk memori kenangan yang sayang bagi pada abang. Walaupun banyak dugaan yang hadapi sehingga sayang lupakan abang tapi kita tetap bersama sehingga akhir hayat sayang. Mungkin penderitaan sayang sebelum ini sudah berakhir.
Abang tahu yang sayang banyak derita selepas kehilangan orang yang sayang cintakan dulu, dan sekarang abang dah rasa. Sakit yang tak dapat diungkapkan lagi.
Rehatlah sayang disana, abang redha dengan pemergian sayang. Abang janji yang abang akan jaga anak kita dengan penuh kasih sayang walaupun tak sehebat kasih sayang seorang ibu Aira Sofia nama yang sayang nak sangat letak untuk anak kita.
Aira comel macam sayang, mesti sayang happy kalau tengok muka anak kita. Nanti ada masa abang akan bawa Aira kesini ye.
"Qayyum jom balik, mesti Aira tengah tunggu nak tengok daddy dia" pujuk Datin Maria yang sedih melihat anaknya yang terpaksa menghadapi detik kehilangan ini.
Qayyum bangun dengan lemah.
Sayang.. abang pergi dulu, abang janji abang akan selalu datang ziarah sayang ye. Terima kasih sebab dah berjuang untuk anak kita, terima kasih untuk semuanya.
Saya sayang dan cintakan awak Qisya Humairah.
-throwback-
"Qayyum kau pegi check kat garaj moto, aku kena pegi check dekat pagar belakang" arah Mikael yang merupakan ketua pengawas disekolah itu.
"Okey" balas Qayyum.
"Haihh hari pertama ada ke orang datang sekolah lewat.."
Tiba tiba
Dupp
"Oh mak kau hijau" latah Qisya apabila terlanggar seseorang. Qisya memandang dari bawah ke atas dengan perasaan cuak.
"Ehem.. Awak okey? " Soal Qayyum yang agak terkejut.
Qisya mengangkat muka nya " Saa...ya ok" jawab Qisya yang sedikit tergagap. Lalu Qisya terus melarikan diri
Qayyum terpinga pinga dengan kejadian beberapa saat tadi lalu ketawa kecil melihat gelagat pelajar perempuan itu. "Mak kau hijau? " soal Qayyum lalu ketawa apabila teringat akan latah si Qisya tu.
.
.
."Eh tu budak perempuan tadi" kata Qayyum perlahan. Tiba tiba idea tercetus di fikirannya.
Dupp
Qisya jatuh terhempas atas jalan tar. "Haduhh" rungut Qisya sambil mengosok punggungnya.
"Asal hari ni aku asyik terlanggar orang jer" berontak Qisya lalu bangun dengan bantuan sahabatnya. "Err..Sorry awak okey ? " soal Qayyum yang berpura pura.
Qisya memandang ke arah Qayyum. Dia lagi ? Terkedu Qisya.
Qayyum!
"Kau lagi ? " soal Qisya sambil memandang raut wajah Qayyum lagi.
"Eh..awak ? " soal Qayyum sambil senyum hambar.Uishh kasar juga minah ni, elok aku saya awak tapi dia kau aku. Bicara hati Qayyum.
Qisya memandang dengan dengan wajah yg tidak puas hati. "Kenapa aku asyik langgar kau hah ? " marah Qisya.
"Hah? Aku ? Atau kau sengaja nak langgar aku ?" soalan dibalas soalan Qayyum tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya.
Qisya membulatkan matanya. Hah? Aku sengaja? Pikir dia Bagus sangat ke ?!
Qisya hampir menumbuk Qayyum tapi dihalang oleh rakannya."Dah laa Qisya orang tengok ni" pujuk Jannah sambil memaut lengan Qisya berharap yang Qisya akan beredar dari situ.
"Kau tunggu ! Kau pikir kau bagus hah ? Muka macam lenga hangit. Pikir aku suka kau ?! " Qisya berlalu pergi dengan menghentak kakinya berjalan ke arah kelas.
Qayyum terkejut dengan jeritan Qisya itu. Lenga hangit ?
Qayyum masih berdiri tegak di situ. Sejujurnya dia malu kerana dipanggil begitu. Ramai pelajar menonton drama yang tak berbayar itu.Tanpa berlengah Qayyum pun terus berjalan ke arah kelasnya. Malu.
***
4 tahun kemudian.."Aira elok elok jalan tuu" kata Qayyum sambil mengejar puteri sulungnya. Laju betul dia melangkah
"Daddy ni lambat la, Aira tak sabar nak jumpa mummy" balas Aira Sofia dengan langkah besar.
"Assalamualaikum mummy, mummy sihat ? Sorry laa Aira lama tak datang jumpa mummy sebab daddy busy hmm" ngadu Aira Sofia walaupun baru berusia 4 tahun.
Qayyum menggeleng disertakan senyuman dibibir.
"Pandai eh anak daddy ngadu" kata Qayyum sambil menggosok kepala anaknya.
"Mummy..tahun depan Aira dah boleh masuk sekolah eyy tak sabar nak ada kawan" luah Aira Sofia yang sudah terbayang akan dirinya menjejak kaki ke Tadika.
"Aira rindu mummy, hari hari Aira tengok gambar mummy sebab mummy cantik hehe" luah Aira Sofia lagi, tiba tiba terasa sebak di hati Qayyum.
Dia juga rindu akan permaisuri hatinya.
"Mesti laa mummy cantik sebab daddy kan handsome" balas Qayyum yang cuba menyembunyikan rasa sedih itu.
"Tak" balas Aira Sofia spontan. Walaupun usianya baru 4 tahun tapi petah berkata kata.
"Sampai hati kata daddy tak handsome" kata Qayyum dengan nada berpura pura merajuk.
"Tak laa Aira gurau je hehe" balas Aira Sofia dengan sengihan.
"Dah cakap bye dekat mummy, mesti tokma dah tunggu kita" kata Qayyum sambil mengerling jam di tangan kirinya.
"Bye mummy, nanti Aira datang sini lagi eh." Ucap Aira dengan riang apabila dapat meluahkan kepada ibunya walaupun hanya dapat melihat batu nisan.
"Bye sayang.." Qayyum menggosok batu nisan yang terpacak di kubur isterinya.
Mereka jalan beriringan keluar dari tanah perkuburan.
"Tadi tokma call kata harini dia buat kek coklat, Aira suka kan ?" Kata Qayyum sambil melangkah ke arah keretanya.
"Wahh Aira suka kek coklat" riang saja Aira Sofia menjawab. Qayyum tersenyum melihat anaknya yang berperangai mengikut seperti ibunya.
Aira Sofia lah pengubat rindu saya kepada awak Qisya Humairah.
-TAMAT-
YOU ARE READING
SENIOR VS JUNIOR
Random"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mes...