Rinduku Padamu, Ya Rasulullah.
ㅤ
Sukarnya untuk luahkan. Setiap namamu diucap oleh insan yang merinduimu, hati ini kembali sebak. Sebak kerana rindu. Lalu airmata mengalir. Sukar untuk aku menahan.
ㅤ
Aku masih terus belajar untuk cintakanmu dengan setulusnya. Jujur, aku tidak mahu menjadi umatmu yang munafik. Aku masih malu pada diriku. Bantulah aku.
ㅤ
Kisahmu menjadi teladan dalam hidupku. Akhlakmu menjadi contoh untuk aku belajar dan ikuti bersama. Kau menjadi kekasih Ilahi. Biarpun kau sempurna tetapi kau tetap sujud pada Tuhan yang Maha Esa.
ㅤ
Aku rindu kamu, Ya Rasulullah. Aku ingin melihatmu dalam mimpiku. Bantulah aku untuk letakkan cinta kepada Maha Esa agar hati ini dapat aku menjaga sebaiknya. Moga ia dalam keadaan baik, saat aku mempersembahkan kepada Ilahi.
ㅤ
@hijabrindu
