Q T 44

43 3 0
                                    

#TazkirahOhsem

Pernah tak berada di situasi begini.
Bila kawan kita buat kemungkaran, kita takut nak tegur dia? Kita takut dia terasa? Kita takut dia tarik muka dengan kita? Kita takut akan bergaduh dengan dia?

Pernah?

Kerana nak jaga hati kawan punya pasal, kita biarkan dia lena dalam selimut kejahilan. Kawan macam apa kita ini? Di bibir cuma bicara "Aku sayang kau kerana Allah."
Tetapi saat dia jauh tersasar kenapa kita tak tegur dia? Kita biarkan sahaja? Nak masuk syurga jangan sorang sorang. Tarik sahabat sekali.

Sampai bila mahu sembunyikan dosa yang dia lakukan? Itulah gunanya sahabat. Saling menegur & saling mengingatkan. Jangan butakan mata, buat buat tak nampak seolah tiada apa yang dia laku sehingga di akhirat esok kita ditanya "kenapa di dunia kau tak tegur aku?"

Yang kau perlukan adalah
KEBERANIAN.

Beranilah. Beranikan diri menegah kemungkaran. Tidk kiralah apa pun kesalahan dia, tegurlah. Jika tidak mampu menegur melalui tutur kata, jika tidak mampu tegur secara berdepan, kirimkan sms/whatsapp.

Jika tidak mampu juga menegur melalui text, gunakanlah media sosial sebagai jalan untuk menegur/ nasihat/berdakwah.
Mention namanya di setiap pos yang berkaitan atau tag namanya di setiap post yang kita update. Itu cara yang paling selamat.

Putus kawan? Bergaduh? Perselisihn faham? Takut kawan terasa?

Allah kan ada. Dia akan bantu. In shaa Allah. Jika dia benar benar sahabat kita dia akan faham niat baik kita sebenarnya.
Jika kita dah tegur, dah nasihat, tetapi dia masih enggan dan masih dengan perilakunya yang sama, kirimkan doa buatnya. Moga diberi hidayah oleh Allah swt.

_______________________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 Telegram.me/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Quotes Dan TazkirahWhere stories live. Discover now