Q T 23

88 5 0
                                        

Nak tahu satu cerita tak?

Sesungguhnya kisah ini sangat sedih.
Tersebutlah kisah tentang satu makhluk ni.
Ketika patah hati, dirundung sedih, rasa keseorangan, rasa kehilangan, rasa kesakitan...

dikerah kudratnya.
Dipaksa asanya untuk pergi
menghadap Tuhan.

Dihambur segala rasa.
Dimuntah segala kecewa,
Dicerita segala masalah...
kepada DIA yang Maha Mendengar.

Hari-hari diusahakannya untuk jumpa Allah dalam tahajud.
Dia sanggup korbankan tidur, kerana mahu meluangkan masa bersama Penciptanya.

Bukan itu saja. Dia jaga betul solatnya. Selalu tanya-tanya orang- bagaimana menjaga hati, bagaimana nak dekat dengan Allah, bagaimana nak istiqamah etc.

Dalam kesibukan dirinya menghadapi hari demi hari yang makin mencabar, dia bekerja-keras untuk meningkatkan momentumnya untuk mengejar redha Allah.

Dia usaha nak meluangkan masa untuk turun program atau apa jua majlis ilmu. Dia korbankan masa lapang yang boleh dibunuh dengan perkara lagha melalui melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar.

Dia buat.
Dia usaha.

Namun, alangkah sedihnya rasa.
Bila hatinya sembuh, jiwanya tenang, dan kegembiraan datang kepadanya...dia mulai leka.

Dia lupa air matanya pernah tumpah memohon taubat daripada DIA.
Dia lupa, janji setia yang pernah dia ikrarkan untuk taati DIA.
DIA lupa, dan dia mulai berpaling tadah.

Bila dinasihati, dia melenting.
Dia mula berburuk sangka bila orang menegur khilafnya.
Dia memberi amaran, agar tidak perlu sibuk lagi tentang urusannya.

Dia...akhirnya menjadi dia....
yang sedang hanyut menangkan nafsunya.
Buat sesuka hati yang dirasakannya benar.

Sedih kan?
Kasihannya dia.

@Deep_Usrah 💥

Quotes Dan TazkirahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang