Q T 26

74 3 0
                                        

Hijrah secara umumnya membawa maksud berpindah. Dalam konteks zaman sekarang, hijrah sering dikaitkan dengan _'berpindahnya'_ seseorang ke arah yang lebih baik. Dalam bahasa mudah, perubahan seorang insan daripada jahiliah kepada jalan menuju redha Ilahi. Hijrah itu tak semudah kata yang disebut, ditulis dan dieja. Sungguh, hijrah itu tersirat pahit dan manis. Berada di atas jalan hijrah bukan sesuatu yg mudah. Tetapi, dipenuhi dengan duri yang tajam dan melukakan. Kadang, 'cedera parah' sehingga hampir putus asa. 

Sampai suatu saat, kau rasa tak terdaya

“hijrah memang ada liku
“hijrah memang perit
“hijrah memang sakit

Ia adalah lumrah kehidupan
Adakala kita jatuh dan bangkit
Proses ini berulang dan terus berulang....

Kita diuji oleh Allah swt 
Bukan untuk terus jatuh 
Ujian untuk kita muhasabah dan bangun menghadap Ilahi.

Kata-kata motivasi
“wahai sahabat yang sedang berhijrah mahupun yang tengah berhiijrah,tabahkan lah hatimu
Menghadapi  jalan-  hijrahMu 
Walaupun perit,
Ingat lah sesuatu sahabatku
-senyum dan sabar
Kerana ini adalah kunci segala-galanya.

Proses penghijrahan seseorang hamba Allah ,adalah untuk mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T.
Tanpa menghiraukan cacian manusia.kerana semangatNya yang kuat untuk mencari redha Allah.
Hijrah itu ada masam dan manisnya

Tips untuk berhijrah_

1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat!

Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mahu semangat. Macam mana itu? harus sedar diri betul-betul  nak berhijrah.tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macam ini ?'' Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. Kalau dari hati tak kuat, niat sekadar hangat-hangat  tahi ayam. rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup-celup jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati -hati yang kembali kepadaNya.


2)Doa senjata mukmin.

Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jadi hamba bersyukur. Allah kan dah firman...
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. ibarat Diari kita nak luah dekat Allah.

3)Sahabat yang soleh

Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam itu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua di sekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. sahabat cermin kita

4) bersahabat dengan sahabat yang sentiasa membawa kita ke arah kebaikan.

5) pergi majlis ilmu dan baca bahan ilmiah menambahkan ilmu pengetahuan.

sebaliknya jika di timpa ujian
Kita tidak seharusnya mengeluh atau menyalahkan takdir,tetapi sebaiknya kita mengucapkan Alhamdulillah aku adalah insan terpilih untuk ,menghadapi ujianMu Ya Allah.
Dan sentiasalah tersenyum walaupun ujian itu amat berat dan perit bagimu untuk hadapiNya. Apabila kita di fitnah,di caci,di hina dan sebagainya.kita tidak seharusnya membalas perbuatan mereka  dengan kata-kata kembali,sebaliknya berdiam dan mengucapkan Alhamdulillah dan ,mengukir kan senyuman dibibir.

Jangan berasa berputus asa dalam meneruskan jalan hijrah,kerana jalan hijrah pasti dipenuhi liku kehidupan.teruskan melangkah untuk mencari redha Allah S.W.T.
Anggaplah setiap ujian yang di timpa adalah rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.
Kepada kita.

Hadapi ujian dengan fikiran yang positif supaya kita lebih tenang menghadapi ujian itu.

Moga allah redha

Sekian terima kasih sahabat hijrahKu.

Quotes Dan TazkirahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang