Perjuangan ini ada pelbagai cara.Antara yang akak nak tekan kat sini. *Perjuangan seorang Ketua atau seorang pelajar*
itu jugak dinamakan sebagai jihad
Kadangkala-kadangkala kita ada satu fasa kita akan rasa penat kita rasa struggle habis.Pernah ke kita rasa nak give up? nak putus asa? rasa sedih?☺
jadi,tepuk dada tanya iman.apa yang kita nak dalam kehidupan kita.🌸
Memang rasa penat,rasa letih.kadangkala perjuangan kita tak dihargai.Kita mesti rasa penatkan? disaat kita perlukan orang lain bantu kita tapi sering kali alasan diberikan." *MAAF AKU BUSY*" Apa kita rasa? tika itu,mesti rasa sedih atau marah kan? yela bayangkan seorang diri nak handle satu tugasan besar tapi.Orang lain takde siapa nak hulurkan bantuan pada kita.
sehingga kita rasa futur,kita rasa penat.Kita rasa nak give up.Sehinggalah kita ingin mengalah.Tunggu sahabatku..........,
kerana perjalanan kita masih jauh.Kita akan jumpa pelbagai ragam manusia 💕Dan andai kita simpan dendam diatas kesakitan tu.Kita tak akan sembuh sebenarnya.Malah,kita membuatkan hati semakin benci pada seseorang.Sehingga kita,
rasa ini semua tak adil.Sabar sayangku💕
Nak cakap sabar tu memang senang.tapi nak buat perlukan mujahadah yang besar.
Bila kita jadi ketua ini kita kena ada *Perancangan* setiap plan kena ada backup.setiap masalah kena selesai Dengan tenang.Jangan cepat melatah.🌸
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.💕👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
Akak pun tahu jadi ketua ni tak mudah.Kita perlu korbankan masa.Lagi-lagi jika ada tugas.Sebab tu.kena ada *plan dan jadual*🌸
.Setiap kesalahan kadangkala yang kena ketua.sebab tu,ketua ni kena kuat untuk hadam segala nya🌸
setiap kesakitan itu ada penawarnya.🌸Iaitu *belajar ikhlaskan diri tanpa mengharapkan bantu manusia*🤔
macam mana tu?😍😍😍😍
Setiap kali kita diberi tugasan.Kita jangan letak Expectation 100% kepada manusia akan bantu kita.
kerana kalau kita letak.Itulah kita akan hadapi kecewa💔
Sebaliknya letaklah Expectation hanya pada Allah.inshaaAllah tidak ada luka.
dan dalam masa sama.Doa.❤ Moga Allah berikan seorang yang membantu kita tanpa diminta.🌸
Jadi jangan lemah ye awak,bangkitlah.Memang nak bangkit tu.Perlukan masa dan waktu💕 Jadi,ia memakan masa untuk kita rasa . " *Aku okey,aku tak harapkan pada manusia*"🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Cuba kita renungkan.Bila kita rasakan orang tak amik kisah tentang satu ilmu,kita rasa apa? sedih? marah? kecewa?🍃
Contohnya.
" *Kita bagi usrah bersungguh nak harapkan ahli respon.Tapi yang ada 2 atau 3 orang je.Kalau kadangkala takpelah.ini setiap masa*
jadi,apa perasaan naqibah tu? dia mesti akan rasa down? rasa sedih? rasa ilmu di bagi tu tak bermanfaat? 💔
Jadi nak hargai ilmu ni senang je.Cuma kadangkala orang amik benda ni remeh.Sebab zaman sekarang ni tak rasa susah nak cari ilmu. Semua hujung cari.Macam usrah sana sini ada je.Tapi kalau dulu,Zaman dulu.Kita yang cari guru.Cari ilmu.Jadi kesimpulannya.Orang akan lebih menghargai ilmu itu.:')🌸tepuk dada tanya iman.
Jadi, nak jadi seorang ketua ini memang perlu semangat yang kuat.Tatkala ada ujian dalam sebuah group Kita tengok bagaimana ketua tu sendiri menenagkan ahli group🌸
Dan last sekali sebagai ketua ni.Niat kita ingin mentarbiah satu sama lain.Jangan ada sifat *Pilih kasih* dan berpuak pada seorang je.Layan semua sama rata🌸 Termasuk ahli jua kena layan semua orang🌹.
Jika ada masalah berlaku dalam group.Jangan buka aib sesiapa.Selesai cara elok.Tanpa perlu campur tangan.Dan sememangnya nak tabah hadapi semua ni tak mudah.Nak tarbiah orang sana sini.perlukan semangat yang kental pada diri kita.🍃jadi,Sama-sama muhasabah diri kita.baiki mana yang patut.Yang terkurang.Tersalah tu salahkan diri dulu.sebelum menunding jari pada orang lain.🌹..
inshaaAllah.Moga,segala keresahan.Kesedihan hati kita terubat.Tanpa mengharapkan bantuaan orang.jadi be strong.