7 Peringkat Nafsu:
1) Nafsu Amarah: Golongan yang berada pada tahap ni mempunyai nafsu yang belum terasah iaitu golongan yang melakukan maksiat tetapi tidak berasa berdosa dan mereka yang melakukan kesalahan tetapi tidak berasa bersalah. Sifat mereka seperti haiwan yang membuang air, tidak beristinjak serta tidak berasa kotor dan merampas hak orang lain.
2) Nafsu Lawwamah: Golongan yang berada pada tahap ni ialah golongan yang berasa berdosa setelah melakukan maksiat. Namun sayangnya setelah bertaubat mereka masih ingin melakukannya kembali.
3) Nafsu Mulhamah: mungkin kita pernah memiliki kawan, ataupun mungkin kita sendiri yang mengalaminya. Di mana kita ataupun kawan kita mengalami perubahan yang positif kerana terdapat pengalaman buruk yang kita perolehi hasil dari perbuatan buruk.
Contoh, seseorang yang mengalami gangguan fungsi hati yang menyakitkan kerana minuman keras, kesannya orang tersebut tidak akan minum arak lagi, ataupun seorang penjudi yang jatuh miskin kerana kalah berjudi dan muflis, akhirnya isterinya berkahwin dengan orang lain, dia akan sedar dan bertaubat. Nafsu Mulhamah bermaksud nafsu yang disebabkan oleh sesuatu perkara yang lain dan memberi kesan ke atasnya.
4) Nafsu Muthmainnah: apabila seseorang yang pernah terjerumus ke lembah maksiat dan bertaubat. Walaupun dihasut oleh rakan-rakan untuk melakukan maksiat kembali, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulangi prbuatan tersebut. Maka dia tergolong dalam golongan yang bernafsu Muthmainnah.
5) Nafsu Radhia: apabila seseorang itu berada dalam kesenangan tiba-tiba dia ditimpa musibah. Walaupun begitu dia tetap bersabar dan berusaha untuk meningkatkan keimanannya kepada Allah. Oleh sbb tu dia telah mencapai Nafsu Radhiah iaitu nafsu yang diredhai segala ketentuan Allah kepadanya.
6)Nafsu Mardhiah: setelah dia meredhai atau ikhlas dengan ketentuan Allah, giliran dia untuk diredhai oleh Allah. Apabila yang ingin dilakukan telah diredhai oleh Allah, bermaksud dia telah dilindungi dari melakukan perbuatan yang tidak diredhai.
7) nafsu Kamaliyah: inilah nafsu yang sempurna, di mana dia sudah memiliki tiket ke syurga. Dia sudah mengalami pengembaraan nafsu yang jauh dan telah memiliki gelaran ahli syurga.
√ Ini adalah peringkat jiwa atau nafsu yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia. Semoga peringkat nafsu di atas dapat menjadi wawasan dan sasaran kepada kita semua. Walaupun istilahnya dari bahasa arab, namun bukan bererti hanya dapat dipelajari dan diaplikasi oleh orang muslim shaja.
