Q T 24

96 4 0
                                        

Bismillahirahmanirahim..ulang kaji
....

LAKI BINI BERSENTUH BATAL WUDUK TAK?WAJIB KLIK SHARE BILA BACA. 😊

Penat kita tulis jadi hargailah, at least dengan bantu share sebarkan ilmu ini. Tulisan ini khusus buat bakal pengantin baru, pun begitu pengantin lama juga boleh ambil iktibar. Tiada istilah terlambat untuk keluar daripada kejahilan. Insya Allah.

Sebelum tu nak fahamkan apa maksud MAZHAB. Maksud mazhab ialah 'pegangan' ataupun ijtihad. Dalam agama Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Why ? Sebab, ulama yang 'berkemampuan' dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin mempunyai 'cukup syarat' dan keperluan untuk berijtihad. Malah bilangan mereka terlalu ramai.

Bagaimanapun, mengikut pendapat ulamak ahli sunnah wal jamaah, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih. Mazhab yang 4 tu adalah yang paling banyak orang amal tau. Take note. Nak tau kenapa ?

Sebab keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. So mazhab yang lain-lain tu takda kaedah yang 'cukup' atau 'lengkap' untuk dibukukan. Jadi apa 4 mazhab tu pula ?

1. Imam Syafi'e (Pejuang Kebenaran)
2. Imam Hanafi (Pendebat Kebenaran)
3. Imam Hanbali (Pejuang kebenaran)
4. Imam Maliki (Pengarang Kebenaran)

Kenapa keempat-empat ada kebenaran kebenaran kebenaran kebenaran ? Sebab apa yang dibawakan oleh mereka ini benar. Jadi kita balik kepada isu utama, hang duduk malaysia dan kebanyakannya masyarakat sini amal mazhab syafie tapi dalam bab solat hang berpegang kepada prinsip 'tak batal' air sembahyang kalau sentuh laki bini sedangkan DALAM MAZHAB SYAFIE batal air wuduk tersebut.

Jadi bagaimana solat kita ? Sah ke ? Diterima ke ? Batal ke ? Ok ke ? Sudah semestinya 'tidak ada masalah' sebab kesemua mazhab benar cuma 'kurang sesuai'. Sekali lagi kurang sesuai. Bahkan boleh jadi 'masalah besar' bila hang buat solat, campo-campo mazhab. Bisa jadi gila nanti.

Contoh hang berpegang kepada prinsip sentuh suami/isteri tak batal air wuduk, maksudnya hang bukan ikut mazhab syafie. Tapi tiba-tiba bab qada solat, bab jamak solat, bab tatatertib lain kita ikut mazhab syafie. Dah jadi serabut sebenarnya amalan kita. Kejap ni kejap tu.

Kita tak ada satu fokus dan ijtihad yang tetap. Sekali lagi, boleh memang boleh. Tak kisah hang nak yang mana, Cuma nanti hang nak rujuk sapa bila ada masalah. Semua orang ikut mazhab syafie.

Makcik kat pasar malam nuh, ramai buat dan jual karipap inti kentang, tapi hang nak buat inti mentega. Agak-agak tekak orang sini boleh terima dak? Secara logik akal memang laki bini tu dah halal, dah sah, dah kahwin, dah tak ada masalah sentuh-sentuh. Semua pun boleh.

Cuma mereka hanya 'dihalalkan' oleh satu akad nikah yang dilafaz didepan tok kadi sahaja. Mereka tetap bukan adik beradik. Faham ? Sebab asal dari mak asing-asing. Dan Pak asing-asing. Paham dak ?

Kita tak perlu banyak tanya kenapa mazhab kat malaysia dia suruh solat macam ni sekian sekian peraturannya begini begitu. Orang kata masuk kandang lembu makan la rumput, ni hang pulak makan KepCi. Aduh. Macam solat zohor 4 rakaat, kita tak payah tanya dah kenapa 4 rakaat ? Kenapa bukan 40 ? Haaa pi lah sorang buat 40 rakaat.

Kita tak payah pening-pening. Hang duk malaysia ikut ja mazhab syafie, semua orang amal mazhab syafie. kitab-kitab rujukan semua kat sini banyak mazhab syafie. Kalau hang terer boleh cari kitab mazhab lain yang mudah faham pastu ada terjemahan bahasa melayu tatau la.

Orang dah sediakan gelas yang elok sesuai untuk minum, buat apa nak minum guna mangkuk pula ? Mangkuk untuk sup abang oi. aduh. Hang mati pun ikut mazhab syafie. Jadi ikutlah kesesuaian masyarakat kat sini. Tok guru pondok, ustaz-ustaz, murabbi-murabbi, masyaikh, yang mengaji 4 mazhab diluar negara pun bila balik sini, mengajar mazhab syafie sebab apa ? Sebab masyarakat Malaysia sesuai dengan mazhab syafie.

Ya aku dah tau dah nanti hang akan komen kat bawah ni, habis kenapa lain-lain perkara kita ikut mazhab lain ? Zakat fitrah contohnya, ikut mazhab syafie kena bayar dengan beras. Tapi kita tak bayar guna beras pun. Yup! Kena ingat, kalau beribu orang bayar guna beras kan agak susah, jadi tolak ansur yang ringan 'dibolehkan' dalam hal sebegini.

Nak cerita pasal mazhab ni hang tau ka mazhab ni apa ? Aku dah explain kat awal tadi mazhab tu apa. . Fahamkan dulu apa makna mazhab dan apa jenisnya mazhab yang 4 tadi. Mazhab yang 4 yang mana orang duk sebut-sebut ni adalah mazhab bab feqah yakni bab hukum hakam yang 5.

Hang dari Kuala Lumpur nak ke Sabah, sat nak naik reta sat nak naik flight sat nak naik keretapi, sat nak naik jet, sat nak pakai payung terjun, sat nak renang ja, sat ini sat itu. menyusahkan diri. Baik hang terjun terus. 😂

La ni hang jawab 4 soalan ni.

1. Tauhid hang ikut sapa?
2. Feqah hang ikut sapa?
3. Tasawwuf hang ikut sapa?
4. Quran hang ikut sapa?

Semua 4 soalan tu menentukan hang ni ikut aqidah ahli sunnah wal jamaah ka dak ? Banyak orang sekarang tatau. Tak ambil berat. Takmo tau. Quran pun ada mazhab dia, kita duk buat dah cara baca dia tapi tatau ikut sapa. Hmmm.

Hang nak tawen ja sedap tapi belajaq tak sedap. Hang pi mana hang pi mana hang pi mana. Jawab soklan, jawab soklan jawab soklan. Erh ternyanyi 😂

Mention lah sapa pon nak mention. Selamat pengantin baru buat yang menghitung hari. Moga jadi saham kita bersama. Sekian. Wallahualam.

If ramai yang share maka bertambah semangat aku nak bebel lagi untuk hari lain. Ma'as salamah! Ohya, dalam mazhab syafie sentuh tulang (kuku/gigi) atau bulu (rambut) tak batal wuduk. Skin by skin batal, even sentuh sat. Ok ?....cik Qaseh...

Quotes Dan TazkirahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang