Q T 41

60 2 0
                                        

*Al-Qur'an*

Al-Qur'an merupakan surat - surat cinta dari Allah Swt
Kawann sya selalu pesan
Bila kita nak Allah Swt cakap dengan kita bacalah Al-Qur'an

Bila kita terima surat dari kekasih. Confirm kita sentiasa nak baca. Rasa nak baca hari-hari. Rindu nak baca. Rasa macam tak sah kalau tak baca.

Begitu juga dgn Al-Qur'an
surat cinta dari Kekasih kita yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
Jadi bacalah Al-Qur'an setiap hari.
Bacalah surat-surat cinta yang telah disampaikan oleh kekasihNya iaitu Rasulullah saw

Al quran.
banyak faedah kepada manusia.
Dari Al-Qur'an pelbagai pengajaran yang telah disampaikan untuk kita supaya kita dapat mengambil yang jernih buang yang keruh.
Seperti kisah-kisah yang telah diceritakan dalam Al-Qur'an, kisah kaum nabi Luth, kisah kaum nabi Nuh.

Selain itu, banyak beri ketabahan melalui kisah-kisah perjuangan nabi-nabi dan kisah Maryam ,kisah nabi Yusuf digoda oleh Zulaikha
dan al quran telah dijadikan petunjuk buat manusia dlm kehidupan seharian.
Seperti menutup aurat. Dalaam surah al ahzab dan surah annur
jadi. Berikut beberapa cara Rasululullah ketika membaca Al-Qur'an

semoga amalan sunnah kita bertambah dan moga Allah reda

1) Membaca dgn jelas

2)Mengikut hukum tajwid(jgn ambil ringan benda ni...)

3)Memotong bacaan pada setiap ayat.

contoh : Alhamdulillahirabbil alamiin
*berhenti*

Ar rahmanirrahim
*berhenti*

Malikiyaumiddin
*berhenti*

4)Kadangkala perlahan dan kuat..(mengikut ayat )

5)Membaca Al-Qur'an pada waktu malam

6)membaca suara dgn merdu

Jadi hikmah bila kita baca al quran pada setiap hari ialah

1)sebaik-baik manusia ialah yg mempelajari dan mengajar Al-Qur'an

Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sebaik-baik kalian adalah siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengamalkannya," (HR. Bukhari).

2)Mendapat pahala

"Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur'an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya," (HR. At-Tirmidzi).

4)Mententeramkan hari

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram," (QS.13:28)

5)Menyembuhkan penyakit

"Hendaknya kamu menggunakan kedua obat-obat: madu dan Al-Qur'an," (HR. Ibnu Majah dan Ibnu Mas'ud).

Sebenarnya banyak lagi faedah . Yang dapat kita peroleh.

Jadi rajin-rajinlah baca Al-Qur'an jadikan dia sebagai teman sejati kita.

Macam mana nak istiqomah dalam baca Al-Qur'an.

Cuba try kumpul duit sendiri
pergi kedai
beli al quran guna duit yg dh dikumpul tadi
dan niat kan waktu membeli
*Aku nak jadikan kau sebagai teman sejati ku sehingga ke akhirat*
insyaallah,Allah permudahkan
dan baca tiap hari. Kalau hari ni tertinggal. Double kan bacaan esok
dan ketika baca al quran.

Baca lah penuh adab.

Baca lah dgn khusyuk.

Baca lah bersungguh.

Niatkan dalam hati supaya dapat membersihkan hati yang penuh dosa dan ada banyak lagi.

Bila hati gelap

Carilah hati dengan 3 perkara

1)Solat

2)Baca Al-Qur'an

3)Zikrullah

Klau tak jumpa .

Minta dengan Allah hati yang baru.

Quotes Dan TazkirahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang