*"Istiqamah"*
Orang kata hijrah tu mudah,
Tapi nak istiqamah dalam penghijrahan tu susah..
Ermm 🤔🤔
Assalamualaikum semua😍😍 semoga para ahli CSH dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dibawah rahmatNya. Untuk perkongsian ilmu kali ni Alyaz nak mulakan dengan sebuah hadis yang bermaksud:
*"Sesungguhnya semua amalan dinilai dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya (dia mendapat pahala dan reda Allah SWT.) Sesiapa yang berhijrah kepada dunia yang ingin diperolehinya atau wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah apa yang dia hijrahkan kepadanya."*
Kawan-kawan semua mesti pernah dengar hadis di ataskan.🌹🤪
🌸Semua perkara yang kita nak buat bermula dengan niat.
🌸Jika niat kita untuk mengejar reda dan rahmatNya percaya lah semua halangan in shaa Allah kita pasti mampu untuk lepasi.
🌸Bergitu jugalah dengan istiqamah..in shaa Allah dengan berkat kekuatan dan pertolonganNya kita pasti mampu.
🌸Niat itu kunci kepada segala pekerjaan kita, tak jumpa kunci itu, tak jumpa keredaan Allah.
Kawan-kawan..💓💓
🌸Istiqamah tu memang tak mudah..
Disebalik erti istiqamah memerlukan perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak, dan doa yang tidak pernah berhenti.
🌸Jika ingin berubah, semua orang boleh berubah, sebab ia merupakan pilihan hidup, tapi jika inginkan istiqamah tak semua orang mampu sebab istiqamah itu dipagari dengan ujian yang berduri..sangat sakit..😭😭 sehinggakan air mata menjadi teman akrab, sehinggakan ada yang terduduk layu....tersungkur lemah.
Teman-temanku yang dirahmati Allah sekali..
Sabarlah..
Sabarlah..
Sabarlah..
Sesungguhnya Dia☝🏻 sentiasa ada untuk kita.
🌸If you get tired, learn to rest, not to quit.
🌸Berehat?its OK tapi jangan terlalu lama sehingga wujudnya sifat malas dalam diri. Takut-takut, kita tergolong dalam golongan yang terjatuh, sehingga tak bangun-bangun.😖😖
🌸Usaha itu tangga kejayaan. Berusahalah sedaya upaya mencari keikhlasan dalam keterpaksaan, dengan izin Allah kita akan temui satu perkara yang sangt bernilai berbanding dengan harta dunia dan isinya.#Kemanisan iman.
🌸Kita semua sama, manusia, yang tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan, yang sentiasa mempunyai kelemahan.
🌸Tapi, itu bukan tiket kita untuk terus melakukan kesalahan.
🌸Memang betul iman kita ini sentiasa turun naik.. Iman kita akan meningkat bila kita melakukan amal ibadah, kebaikan dan akan menurun ketika kita melakukan kemaksiatan.
Sebab itu, penting tarbiah dan taubat.
Aspek ini memang kita tak dapat pisahkan untuk istiqamah.
🌸Kalau handphone📱 kita mati kita ada powerbank untuk cas bateri.
Tapi kalau iman kita mati kita ada powerbank tarbiah untuk kita cas iman kita.
Firman Allah SWT dalam surah al-Fath 48:4 : *"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."*
Ketika burung hidup,
Semut adalah makanannya.
Namun apabila burung mati,
Semut akan memakannya.
🌸Teruskanlah langkah mu duhai teman syurga..tetaplah istiqamah dan jangan bangga diri.
🌸Mungkin kita akan dikritik, dipalau oleh teman teman, dilabel acah alim atau sebagainya. Tabahlah, tutuplah telingamu dan teruskan perjalananmu kerana akan lebih banyak ujian yang lebih hebat perlu kau tempuhi.
*Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan kalian dan tidak pula rupa bentuk kalian. Akan tetapi, Dia melihat kepada (keikhlasan) hati kalian.HR Muslim*
Syurga tu sangat indah, istimewa, cantik, menawan, baunya sangat harum.🤤🤤 Tapi untuk memasukinya tak semudah yang kita fikir. Contohnya..kita nak masuk u kat London, mesir dll. Penilai pasti akan pilih mahasiswa/siswi yang result dia A+++ untuk dapat A+++ kita mesti berlajar bersungguh sungguh bukan?? Ahh mcm tu juga lah dengan syurga ..kalau kita nak masuk syurga..kita mesti melepasi ujian Nya untuk melepasi ujian Nya dengan cemerlang kita mesti berusaha bersungguh sungguh untuk mendapat reda dan rahmatNya.😃😃💪🏻💪🏻
Andai syurga menjadi pilihan,
Jauhilah sebarang perbuatan yang bakal menarik kita ke neraka. Nauzubillah min zalik 😥😥
🌸Islam itu mudah.....janganlah kita sukarkannya.Banyak sangat cara atau strategi untuk kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.
#12 tips🌹🌹
🌹Jadikan reda Allah sebagai tujuan utama dalam melakukan semua perkara.
🌹Ingat kembali segala pengorbanan Rasulullah. Tak kesian ke kita pada Rasulullah...terlalu banyak perngorbanan baginda untuk memastikan Islam itu sampai pada kita.😭
🌹Fikirkan ibu bapa kita bakal memasuki syurga tinggal satu langkah je lagi..satu detik 2 detik 3 detik...tiba tiba kena tarik masuk neraka disebabkan dosa yang kita buat.
🌹Hayati sirah para Nabi seperti Nabi Nuh yang dikatakan gila kerana membina bahtera atas bukit~~ (selanjutnya boleh rujuk yang lebih arif / pak cik google)
🌹Carilah teman yang mampu menasihati anda, mengingatkan anda kepada kematian, mendekatkan anda kepada Allah.
🌹Berdoa, istigfar memohon keampunan daripada Allah serta melakukan solat sunat.
🌹Ambil wudhuk dan baca lah al Quran serta tafsiran kerana tiada kata yang seindah dan lebih indah berbanding Surat cinta-Nya.
🌹Keluar lihatlah pemandangan ciptaanNya semoga mampu menenangkan hati dan menambahkan keimanan kita serta keyakinan terhadap KeagunganNya.
🌹Berzikir dan berselawat. Andai waktu itu kamu tidak mampu menghayati zikir tersebut semoga ia mampu melindungi mulut kamu daripada terus berkata buruk.
🌹Perbaharui iman dengan mengucapkan لا اله الله
🌹Membaca buku tarbiah, lagu yang memberi semangat atau melihat rancangan ilmiah.
🌹Muhasabah diri.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat☺. Yang baik semuanya datang dari Allah yang buruk jugak ..tetapi berpunca dari kelemahan diri saya sendiri.
"Istiqamah yang dicari sebenarnya bukan ciptaan daripada manusia itu sendiri, tetapi anugerah Allah...."~rijaluddin yahya
"Istiqamah yang dicari sebenarnya bukan ciptaan daripada manusia itu sendiri, tetapi anugerah Allah...."~rijaluddin yahya
🌹Tapi kita perlu berusaha untuk mendapat anugerah tersebut.
Selamat menyambut seruan fastaqim guys kerana janji Allah itu benar.☺☺
@youngfaith
