Kring!Kring!Jam loceng Eunji berbunyi nyaring.Eunji terbangun dari tidurnya.Dia menguap beberapa kali.Jam loceng di meja sebelah katilnya dikerling.Sudah pukul 9.30 pagi.Mujur hari ini dia tidak perlu ke sekolah.Kalau tidak,pasti dia telah terlewat ke sekolah.
Eunji bingkas bangkit dari katilnya menuju ke kamar mandi.Dia ingin mencuci mukanya terlebih dahulu serta mengosok giginya.
Setelah itu,dia menuju ke kamar tidur yang didiami oleh ommanya untuk melihat keadaan ommanya.
Pintu kamar tidur ommanya dibuka.Dia melangkah masuk.
Ternyata ommanya masih sedang nyenyak tidur.Muka ommanya masih memerah akibat disimbah asid.Muka ommanya melecur teruk.
Dia menyapukan krim tahan sakit ke muka ommanya dengan berhati-hati kerana dia tidak mahu mengejutkan ommanya.Di sudut hati Eunji,masih wujud rasa sayang untuk ommanya.Dia mengusap kepala ommanya setelah siap menyapu ubat.
"Eunji sayang omma.Omma tidur dengan nyenyak ya?"bisik Eunji sebelum keluar dari kamar itu.
Sebelum Eunji sempat keluar dari kamar itu,Chae Rim memanggil namanya.
"Om..omma lapar.."rintih Chae Rim.
"Lapar?Jap aku pergi amikkan kau makanan.Tunggu kat sini!"ujar Eunji sebelum bergegas keluar mengambil makanan untuk ommanya.
Seketika kemudian,dia kembali dengan sedulang makanan.
Dia meletakkan dulang tersebut diatas meja bersebelahan dengan katil.
"Buka mulut kau tuh!Aku nak suapkan kau!Cepat!"arah Eunji keras.
Chae Rim membuka mulutnya.Eunji menyuap makanan ke dalam mulut ommanya berhati-hati.Setelah beberapa suapan,Eunji menyuakan air kepada ommanya.Chae Rim meneguk rakus air tersebut.Chae Rim tersedak.
"Tulah,minum dengan rakus lagi..Kan dah tersedak.Siapa yang susah,aku jugak.Kalau terus mampus takpe jugak,ni takde menyusahkan aku jer!"marah Eunji sambil menepuk-nepuk belakang badan Chae Rim.
Chae Rim menitiskan air mata mendengarkan kata-kata Eunji.
"Dah kenapa kau menangis?Kau fikir aku akan simpati kat kau?Never!Jangan harap aku nak lepaskan kau.Aku tak puas lagi tengok kau terseksa!!"tengking Eunji.
Bagaikan petir datang menyambar,Chae Rim tersentak mendengarkan kata-kata yang lahir dari mulut Eunji itu.Dia tak sangka anaknya yang manis itu boleh menuturkan perkataan sedemikian.Air matanya semakin menderas turun membasahi pipinya.
"Ma..maafkan omma,Eunji."pinta Chae Rim.
"Baru sekarang kau gelarkan diri kau omma?!Kau tak layak jadi omma akulah,bodoh!!Aku takde omma sekejam kau!"tengking Eunji lagi.
"Aku.Takkan.Maafkan.Kau!"tekan Eunji.
"Mana kau saat aku perlukan sokongan seorang ibu?!Mana kau saat aku kehilangan seorang appa?!Mana kau saat aku membesar sendirian?!Mana kau saat hidup aku terumbang-ambing,hah?!Jawablah!!Kau buang aku dulu dari hidup kau!Kau cuba bunuh aku dulu!Lepastuh kau nak aku maafkan kau?!Mati hidup balik pun aku takkan maafkan kau!Kau dengar sini eh,kau bukan omma aku!"jerit Eunji kuat.
"Ma..maafkan omma,Eunji.Bu..buatlah apa sahaja kat omma janji Eunji maafkan omma.."rintih Chae Rim.Air matanya laju menuruni pipinya bak air terjun yang jatuh menderas.
"Aku cakap sekali lagi,aku takkan maafkan kau!!Aku benci kau!!"ujar Eunji lagi sambil melemparkan dulang makanan ke lantai.Bunyi kaca berderaian kedengaran.Dia berlalu pergi dari bilik itu dengan kadar segera memasuki kamarnya.
Chae Rim terhenjut-henjut menahan kesedihan.Dia mula menyesal atas perbuatannya dulu.
Eunji menjerit kuat sambil menyembamkan muka ke bantal tidurnya.Esakan kecil mula terhasil.
"Aku benci kau!Kenapa kau buat aku begini?!Kenapa kau tak pernah sayangkan aku?Tidak pernah wujudkah kasih sayang kau terhadap aku walaupun sebesar zarah?Kenapa kau seksa aku dulu?!Kenapa sekarang baru kau tunjukkan kasih sayang kau? Kenapa kau buang aku dulu!Kenapa?!Aku benci kau,omma!!"jerit Eunji sambil memukul-mukul bantalnya.Dia menangis teresak-esak.
"Appa,Eunji sakit!Sakit sangat!Eunji sakit dengan permainan takdir Eunji!Eunji tak sanggup menghadapinya lagi.Kenapa takdir mempermainkan Eunji?Kenapa hanya kesakitan yang dilalui oleh Eunji?Adakah Eunji tidak layak untuk bahagia?Kenapa,appa?Kenapa??Eunji perlukan appa.Appa tunggu Eunji ye?Eunji pasti akan menyusul appa tak lama lagi.Eunji sayang appa sangat-sangat."rintih Eunji seperti appanya berada disisinya.
Chae Rim tersentak mendengar jeritan Eunji itu.Dia menutup mulutnya menggunakan tangannya.Dia tergamam.Dia mula memahami kesakitan yang dilalui Eunji.
"Maafkan omma,Eunji..omma tak sengaja lukakan perasaan Eunji..omma sayangkan Eunji.."tutur Chae Rim kesedihan.
"Omma janji akan bahagiakan Eunji.Omma janji akan berikan kasih sayang secukupnya untuk Eunji.Omma janji,sayang!"janji Chae Rim kepada dirinya.Dia telah bertekad.Biarlah Eunji membuat apa sahaja kepada dirinya asalkan anaknya puas.Dia tidak akan menyalahkan diri Eunji atas apa yang berlaku kerana semua ini terjadi atas perbuatannya dulu.Dia telah bersikap kejam terhadap Eunji sehingga menyebabkan anaknya yang penyayang berubah menjadi seorang pendendam.
Dia juga tidak akan melarikan dirinya daripada Eunji.Dia akan bertanggungjawab atas perbuatannya dulu.Dia telah bersedia menghadapi kenyataan.Chae Rim berharap masih ada sinar kebahagiaan dalam hidup Eunji.
Dalam tangisan,Eunji terlena.Dia terlupa akan kesakitannya seketika.
Bersambung..
#maafkan saya kalau story nie hambar..please give me some feedback.
YOU ARE READING
The Killer's love
RandomDibenci sedari kecil menyebabkan Eunji berubah menjadi seorang yang pendendam atas pertolongan insan yang menyelamatkan nyawanya ketika maut menghampiri. Kematian bapanya yang disayangi membuatkan Eunji bertekad untuk membalas dendam dan berusaha me...