Setelah beberapa jam..
(Di Hospital Sky Dream)Eunji tersedar.Dia melihat cahaya putih disekelilingnya.Dia memegang kepalanya.
"Aku kat mana ni?Apa yang berlaku tadi?"bisik Eunji perlahan.
"Eunji dah bangun?"ujar Chae Rim keriangan.Dia lekas memeluk tubuh Eunji.
"Lepaskan akulah!!Apa ni pegang-pegang?!"marah Eunji sambil menolak tubuh Chae Rim.
Chae Rim menjauhkan dirinya daripada Eunji.Eunji memegang kepalanya.Kepalanya berdenyut kuat.
"Arrgghh!".Eunji mengerang kesakitan.
"Eunji okay ke?"tanya Chae Rim sambil mendekatkan dirinya.Dia mengusap kepalanya Eunji.
"Arrgghh..sakit!!".Eunji mengerang kesakitan lagi.
"Doktor!Doktor!Tolong anak saya,Doktor!"panggil Chae Rim.Dia memegang erat tangan Eunji.
Seketika kemudian,kelihatan seorang doktor bersama dua orang jururawat memasuki bilik wad itu.
Doktor tersebut mula memeriksa keadaan Eunji.Chae Rim diminta menunggu sebentar di luar sementara doktor tersebut melakukan pemeriksaan ke atas Eunji.X-rays dilakukan ke atas Eunji.
Chae Rim bermundar-mandir dihadapan pintu wad itu.Dia risau dengan keadaan Eunji yang sebegitu.Dia menunggu doktor itu keluar dari wad Eunji dengan penuh sabar.
1 jam 30 minit kemudian...
Doktor bersama dua orang jururawat itu keluar daripada wad Eunji.
"Bagaimana dengan keadaan anak saya,doktor?"tanya Chae Rim yang kerisauan.
Doktor tersebut hanya menggelengkan kepalanya.
"Kenapa dengan anak saya,doktor?Cakaplah!!"gesa Chae Rim lagi.
"Kita bincang dibilik saya."balas doktor itu.Mereka beiringan ke bilik dortor tersebut.
Di bilik Doktor Kang Ju In..
"Anak puan disahkan menghidap barah otak peringkat pertama.Ujian yang dilakukan ke atas anak puan membuktikannya."ujar Doktor Kang Ju In itu sambil memaparkan laporan keputusan X-trays Eunji.
"Tak..tak mungkin!!"kata Chae Rim sambil menggelengkan kepalanya.Dia tidak menyangka bahawa Eunji akan menghidapi penyakit itu.
"Tapi Puan jangan risau,penyakit tersebut masih dapat diatasi kerana ianya masih di peringkat awal.Sekiranya anak puan mengambil seluruh ubat yang diperlukannya dan menjalani rawatan lanjut,peluang dia untuk sembuh adalah sangat cerah."ujar Doktor Kang Ju In itu lagi.
"Doktor tolong sembuhkan anak saya ya?Saya sanggup bayar berapa sahaja asalkan anak saya sembuh kembali.Tolong saya ya Doktor?"pohon Chae Rim merayu.
"I will.Itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor.Saya berharap puan dapat memastikan anak puan tidak berasa tertekan kerana tertekan dapat menjejaskan tahap kesihatannya."
" Baiklah.Terima kasih Doktor.Saya minta diri dulu."
Chae Rim melangkah keluar dari bilik itu.Dia masih tidak dapat menerima berita itu.
Air matanya jatuh.Berita itu mengusik naluri keibuannya.Dia terduduk di lantai hospital itu.
Orang yang lalu-lalang dihadapannya tidak dihiraukannya.Dia menghamburkan tangisannya.
Dia takut sekiranya Eunji akan meninggalkannya keseorangan didunia yang fana ini.Sungguh dia takut.
"Aku tak boleh lemah!Aku kena kuat dihadapan Eunji!"ujar Chae Rim.Dia mengesat sisa-sisa air matanya.
Dia bingkas bangun dan berjalan ke bilik wad yang didiami oleh Eunji.
Pintu bilik wad yang didiami Eunji ditolaknya.Dia melihat wajah polos Eunji yang tidur lena seakan-akan bayi yang baru lahir didunia tanpa sebarang kesalahan.
Dia mengusap kepala Eunji.Lantas,dia mencium dahi Eunji.
"Omma sayang Eunji.Tidur lena ya sayang!Omma akan sentiasa ada disisi Eunji!"bisik Chae Rim perlahan.
Shawl di kepalanya dibetulkan.Dia memakai topeng muka agar tiada siapa perasan akan wajahnya yang telah cacat itu.Dia risau sekiranya orang melihat wajahnya,orang itu akan berasa takut.
Chae Rim menggenggam tangan Eunji erat.Tanpa dia sedari,matanya mula memberat.Dia tertidur.
2 jam kemudian...
Chae Rim tersedar dari tidurnya.Dia memisat-misat matanya.
Dia melihat tubuh Eunji diatas katil.Muka Eunji putih pucat sepertia tiada darah mengalir.
Eunji terjaga dari tidurnya.
Kelopak matanya berasa berat untuk dibuka.Kepalanya masih berasa sakit seperti jarum yang tajam menusuknya."Dah bangun?Kepala masih rasa sakit?"tanya Chae Rim.
"Sakit...aku nak air.."pinta Eunji lemah.Suaranya begitu perlahan seakan ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya.
Chae Rim segera mencapai gelas yang telah penuh diisi dengan air mineral.Dia menyuap air itu kepada Eunji.
Eunji meneguk rakus air tersebut.Dia benar-benar kehausan.
"Nak lagi?"tanya Chae Rim apabila air didalam gelas itu habis diminum oleh Eunji.
Eunji menggelengkan kepalanya.Chae Rim meletakkan kembali gelas tersebut di atas meja bersebelahan dengan katil.
"Kenapa aku ditahan didalam wad ni?Aku sakit apa?Kenapa kepala aku berdenyut-denyut?"tanya Eunji yang ingin tahu akan tahap kesihatannya.
Chae Rim hanya membatukan dirinya.Dia tidak mampu berterus-terang.
"Jawablah!!Kenapa kau diam?"tengking Eunji.
"Omma harap kamu dapat mengawal emosi kamu.Eunji sebenarnya menghidap barah otak tahap pertama."
"Tak..tak mungkin..Kau tipu aku kan?Kau tipu!Kau penipu!!Jawablah!!"jerit Eunji.
"Omma tak tipu Eunji.Percayalah..kalau penyakit Eunji boleh bertukar orang,omma sanggup menghidapinya demi Eunji.Eunji jangan sedih ya sayang?"pujuk Chae Rim.
Eunji meronta-ronta.Dia mula menangis tersedu-sedu.Chae Rim memeluk erat tubuh Eunji.
"Eunji kuat ya sayang?Kita sama-sama lawan penyakit ni.Omma akan sentiasa ada disisi Eunji.Omma janji!"pujuk Chae Rim lagi sambil mengeratkan lagi rangkulan itu.
Eunji menangis semahunya di dakapan erat ommanya.Chae Rim mengusap-usap belakang Eunji.
Bersambung...

YOU ARE READING
The Killer's love
CasualeDibenci sedari kecil menyebabkan Eunji berubah menjadi seorang yang pendendam atas pertolongan insan yang menyelamatkan nyawanya ketika maut menghampiri. Kematian bapanya yang disayangi membuatkan Eunji bertekad untuk membalas dendam dan berusaha me...